Friday, 26 January 2007

Umno BERJAYA KUBURKAN ISLAM - HASSAN ALI


AYER MOLEK 26 Jan : Umno telah berjaya menguburkan Islam dari hati anak-anak muda dan umat Islam sekarang ini. Tidak ada kejayaan yang dicapai oleh Umno selaku peneraju kerajaan sekarang melainkan mereka berkaya memisahkan Islam dari kehidupan rakyat sekarang.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Naib Presiden PAS. Dato' Dr Hassan Mohd Ali pada ceramah umum anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Kg Paya Dalam di sini malam tadi.

"Cuba tuan-puan tanya pada anak gadis tuan yang berumur 19 tahun bila kali terakhir dia baca Al-Quran, cuba Tuan-Tuan dan Puan-Puan jawab dengan jujur" katanya.

"Anak-anak muda lebih suka dan minat untuk menyanyi dari membaca Al-Qur'an, cuba ambil contoh bakal-bakal pengantin ketika ditanya oleh Imam supaya mengucap, berselawat dan membaca fatihah, boleh kata sebahagian besar dari mereka gagal membaca dengan betul" terang Dr Hassan dengan kesal.

Dalam ucapannya beliau juga mendedahkan bagaimana pemimpin negara hari ini langsung tidak insaf dengan bala Allah yang menimpa Johor sekarang ini. Tidak ada langsung perkataan bala terkeluar dari mulut mereka. Sebab itu kata Dr Hassan pemimpin Umno, Pemuda, Puteri dan Putera Umno mengadakan program karaoke di Pusat-Pusat Pemindahan banjir untuk mengubati kesedihan mangsa-mangsa banjir.

"Sudahlah Allah timpakan bala kepada mereka, sekarang mereka berkaraoke pula sehingga jauh malam, sebab ada seorang menceritakan kepada saya bagaimana ketika waktu subuh di sebuah Pusat Pemindahan hanya seorang nenek tua sahaja yang datang bersembahyang di surau, yang lain semuanya sedang tidur kerana mengantuk berjaga malam berkaraoke" tegas Dr Hassan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.

Mungkin juga bala dengan diturunkan oleh Allah atas perbuatan maksiat kita semua sebagaimana berlakunya program Jom Heboh di Danga Bay di mana kehadiran orang ramai yang paling besar dalam sejarah Jom Heboh.

"Paling malang, selepas program Jom Heboh di Danga Bay tersebut, sahabat-sahabat yang menyapu sampah menjumpai kondom bertaburan di tempat tersebut" kata beliau.

Dr Hassan juga menjelas sepanjang hampir 50 tahun Umno/BN memerintah negara tidak ada langsung kejayaan yang dicapai oleh kerajaan.

"Indeks pelaburan luar di dalam Malaysia jauh tertinggal di belakang Kampuchea dan Vietnam iaitu dua negara yang mundur dari Malaysia. Teknologi pertanian bagai langit dengan bumi dengan Thailand, begitu juga industri lain seperti automotif dan sebagainya, Malaysia jauh terkebelakang dari negara Siam itu" tambah Dr Hassan.

"Hanya satu saja kejayaan Umno iaitu berjaya menguburkan Islam di Malaysia" tegas Dr Hassan bersungguh-sungguh.

Turut berceramah bersama beliau malam tadi ialah Pengerusi Perhubungan PKR Melaka, Hajah Zainon Jaafar dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sedik.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59