Friday, 12 January 2007

TIADA TINDAKAN WALAUPUN BANJIR BERLAKU


JOHOR BAHARU 12 JAN : Penduduk di Kampung Sungai Redan di Ulu Tiram dekat sini melahirkan rasa kesal mereka terhadap pihak berkuasa tempatan kerana tidak mengambil tindakan tebatan banjir di sungai itu.

Anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mohd Sham Ahmad, 43, berkata banjir kali ini merupakan kali ketiga dalam tempoh setahun yang dialami penduduk di kawasan itu.

Seperti banjir lepas, katanya banjir kali ini juga berpunca daripada limpahan air dari Sungai Redan.

"JKK telah meminta supaya Sungai Redan yang sedia ada ini diluruskan, kita telah juga meminta pihak yang terbabit supaya mendalamkan dasar sungai serta mengeluarkan sampah-sarap dan kayu yang terbuang ke dalam sungai itu," katanya semasa ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata penduduk kampung percaya bahawa sekiranya Sungai Redan dapat dibersihkan dan diluruskan, masalah banjir yang ada sekarang tidak akan berulang.

Katanya pembelajaran kanak-kanak sekolah di kampung itu juga telah terganggu lagi sedangkan masalah banjir pada bulan lepas masih belum diselesaikan dan berharap pihak berkuasa tidak berlengah lagi dan menjalankan kerja tebatan banjir secepat mungkin.

Tinjauan media menunjukkan penduduk di kawasan itu terpaksa meredah air banjir sedalam paras lutut untuk ke pusat pemindahan.

Pada banjir pusingan pertama bermula 19 Dis lepas, air banjir di kampung itu naik mencecah paras dada.

Kebanyakkan mangsa itu mula meninggalkan rumah mereka sejak pukul 2 pagi semalam yang merupakan kali kedua mereka berpindah kerana banjir, katanya.

Daerah Johor Baharu merupakan daerah paling terjejas dan paling ramai mangsa banjir kali kedua di negeri ini setakat ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59