Tuesday, 9 January 2007

TERKENANG PILIHANRAYA KECIL BATU TALAM 1993


Pilihanraya Kecil Batu Talam yang bakal berlangsung pada 28 Januari ini mengingatkan saya kembali kepada pilihanraya kecil DUN tersebut pada 1993 lalu. Ketika itu saya masih menuntut di sebuah universiti di Utara tanahair. Pilihanraya itu dijalankan berikutan kematian ADUN Batu Talam ketika itu, Allahyarham Dato' Mazlan Idris yang dikerat 18 oleh Mona Fandey, suaminya Mohd Affendi dan Juraimy.

Saya masih ingat peristiwa pembunuhan Dato' Mazlan sungguh mengerikan dan ianya mendapat liputan yang meluas di dada akhbar dan di kaca TV. Dato' Mazlan yang dilaporkan hilang akhirnya ditemui dalam keadaan yang mengerikan.

Seperti biasa saya memang tidak senang duduk kalau ada pilihanraya kecil, mesti jiwa saya memberontak untuk sama-sama membantu calon PAS. Sejak 1989 saya sempat bersama-sama jentera PAS di Pilihanraya Kecil Pantai Merdeka, Parlimen Jerai, DUN Bayu, DUN Bukit Payong dan lain-lain yang saya telah lupa. Ramai sahabat-sahabat saya di Kampus sanggup 'tuang' kuliah untuk sama-sama turun padang.

Saya yang berasal dari Pahang sememangnya tidak berasa janggan dan asing ketika berada di DUN Batu Talam. Ketika itu saya ditugaskan untuk kerja-kerja kempen bersama kontinjen PAS Negeri Pulau Pinang di mana kami ditempatkan di Markaz PAS Felda Tersang 1. Markas tersebut sebenarnya adalah rumah seorang sahabat di situ yang namanya saya telah lupa.

Saya masih ingat bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperti Abang Jalil, Pak Mid, Anuaq, Shahrul, Johari, Abang Jamil dan lain-lain yang saya pun tak ingat lagi mereka, kami bertungkuslumus siang dan malam berkempen rumah ke rumah, gantung poster dan sebagainya. Sahabat-sahabat dari Tersang yang saya ingat hanya Itang Mamat iaitu saudara saya sendiri.

Pilihanraya itu menyaksikan pertembungan antara calon PAS, Tengku Puji Tengku Abdul Hamid dan Calon BN Syed Ali.

Seperti biasa BN tanpa segan silu menggunakan jentera kerajaan seperti Jabatan Penerangan, KEMAS, Jabatan Kesihatan, RTM, Bangunan milik kerajaan untuk menentang PAS. Selain itu duit juga digunakan untuk memancing undi. Hari ini setelah hampir 14 tahun pilihanraya itu berlalu BN masih belum insaf dan malu untuk menggunakan senjata tradisional tersebut walaupun mereka tahu ianya salah. Malah ianya lebih dahsyat lagi apabila SPR sendiri menjadi kuda tunggangan mereka untuk memenangkan BN seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2004 dan Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir.

Oleh : Ahmad Danial
Lubuk Kulit

bersambung

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59