Tuesday, 30 January 2007

SYABAS YB SALAHUDDIN AYUB


Melaka 30 Jan : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan syabas kepada YB Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kerana berjaya menyampaikan idea, cadangan dan nasihat yang cukup membina dalam Program Debat Perdana yang dianjurkan oleh RTM yang disiarkan secara langsung di RTM 1 malam ini.

Kenyataan ini dibuat oleh Penolong Setiausaha DPPK Bukit Katil, Sdr Razali Osman ketika dihubungi oleh wakil kami malam ini.

"Salahuddin juga berjaya menjawab soalan-soalan moderator program, Dato' Johan Jaafar dengan jawapan yang tepat, padat dan bersahaja" kata Razali.

Debat yang berkisar kepada integriti kehakiman Malaysia tersebut menampilkan ADUN Sg Tiang, Kedah YB Soraya Yaakub, wakil Majlis Peguam Malaysia, Murad Ali.

Dalam jawapannya Salahuddin menjelaskan sejarah Islam membuktikan bahawa, hakim di zaman kegemilangan Islam seperti Surih adalah hakim yang adil, cekap dan tidak berkepentingan.

Salahuddin juga menjelaskan bahawa generasi muda sekarang mahu melihat kerajaan yang ada lebih telus, transparen dan bertanggungjawab.

"Kita takut nanti kerajaan yang ada sekarang ditukar oleh rakyat kepada kerajaan lain, seperti mana bertukarnya musim di mana Johor telah banjir dua kali" tegas Salahuddin secara sinis.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59