Wednesday, 31 January 2007

SEORANG LAGI PELATIH PLKN MENINGGAL


SEREMBAN 31Jan. – Belum pun reda kisah kematian seorang pelatih PLKN di Kem Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini, seorang lago pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dan pengsan semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Temiang Jaya, di sini ke Hospital Tuanku Ja‘afar, awal pagi semalam.

Teng Siau Shen, 18, mengikuti program berkenaan di Kem PDS Pasir Panjang, Port Dickson sebelum dibawa pulang ke rumah oleh keluarganya pada 18 Januari lalu, meninggal dunia kira-kira pukul 4 pagi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Lee Yuen Fong, Siau Shen mengikuti latihan berkenaan pada 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, menurut beliau, semasa berada di kem terbabit dia sering menghubungi ibunya dan memberitahu dia rindu serta mahu pulang ke rumah.

‘‘Beberapa hari selepas itu, dia dikatakan sering meracau sehingga menyebabkan pihak pengurusan kem terbabit menghubungi keluarganya pada 18 Januari lalu.

‘‘Dia kemudiannya dibawa pulang ke rumah dan mendapatkan rawatan di wad sakit jiwa Hospital Tuanku Ja‘afar,’’ katanya ketika ditemui di bilik mayat hospital berkenaan di sini hari ini.

Menurut Yuen Fong, remaja terbabit dipercayai meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja’afar.

‘‘Hasil bedah siasat mendapati dia mati disebabkan sesak nafas dan tiada sebarang unsur jenayah di sebalik kematiannya,’’ kata beliau.

Menurutnya, ibu mangsa menerima kejadian itu dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan pihak pengurusan kem sebaliknya memuji mereka kerana memberikan kerjasama dalam menguruskan anaknya.

Dalam pada itu, ibu mangsa yang ditemui media enggan memberikan sebarang ulasan kerana masih bersedih.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENDESAK PIHAK BERKUASA PLKN MENYIASAT DENGAN TERPERINCI TENTANG KESELAMATAN DI SEMUA KEM PLKN KERANA SEJAK-SEJAK AKHIR INI BEGITU BANYAK MASALAH BERLAKU. PIHAK BERKUASA PLKN MESTI MENJALANKAN SIASATAN DAN KAJIAN TENTANG MODUL PROGRAM, FASILITI DAN ASPEK-ASPEK KESELAMATAN DEMI MENJAMIN BAHAWA PROGRAM INI BENAR-BENAR SELAMAT UNTUK DIIKUTI OLEH REMAJA KITA.

HASIL SIASATAN INI MESTI DIHEBAHKAN KEPADA UMUM.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59