Friday, 26 January 2007

SEKALI LAGI PEMIMPIN Umno CAKAP BESAR


Orang ramai dinasihat agar mendapatkan maklumat secukupnya untuk menghadapi fenomena El-Nino yang dijangka bermula sebaik berakhirnya musim tengkujuh ini agar mereka dapat bersiap sedia menangani keadaan itu.Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah berkata jika langkah bersiap sedia tidak dilakukan, dikhuatiri orang ramai tidak mampu menangani fenomena itu yang juga akan menjejaskan kehidupan mereka."Apa yang perlu kita lakukan adalah bersiap sedia menghadapi cuaca ekstrem yang berlaku di negara kita ketika ini, baik banjir atau kemarau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perniagaan Bersesuaian peringkat Kelantan di Kota Bharu semalam.

Fenomena El-Nino dijangka berlaku penghujung bulan depan dan berlanjutan selama beberapa bulan yang akan menyebabkan cuaca panas dan kemarau.Mengulas perkara itu, Sazmi meminta orang ramai berhati-hati menangani segala kemungkinan yang berlaku dan pada masa yang sama kerajaan akan berusaha mencari kaedah mengurangkan kesan daripada fenomena tersebut."Keadaan ini berpunca daripada keadaan cuaca global dan memerlukan kerjasama semua negara di dunia ini mengurangkan pengeluaran karbon dioksida," katanya.

Mengenai situasi banjir ketika ini, Sazmi berkata negara masih terdedah dengan ancaman itu berikutan musim tengkujuh yang belum berakhir."Sayapun ingin nasihatkan kepada penduduk Kelantan umpamanya jangan goyang kaki lagi walaupun amaran hujan lebat masih dikeluarkan di beberapa negari termasuk Johor, Pahang dan Sarawak," katanya.Beliau berkata kementerian itu juga sedang mengkaji cadangan untuk memindahkan penduduk yang berada di kawasan yang mudah dinaiki air ke kawasan yang lebih tinggi.

Sazmi juga menegur kerajaan Kelantan agar mengambil langkah pro-aktif menangani masalah pencemaran sungai yang kini dilaporkan dasarnya semakin cetek yang dikhuatiri bakal menyebabkan banjir besar di negeri itu."Di Kelantan kita lihat indeks alam sekitar sejak 20 tahun hingga sekarang semakin menurun apabila sungai cetek akibat pembalakan tidak terancang dan sebagainya," katanya.Pada majlis itu, Sazmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi Kelantan berkata kursus itu untuk mendedahkan kepada lebih 100 anggota koperasi peluang mempromosikan produk mereka agar mampu bersaing di peringkat global.

Itulah antara kenyataan dan 'nasihat' yang diberikan oleh pemimpin Umno. Bukannya mereka nak beri nasihat supaya berdoa supaya Allah tidak turunkan bala malah mereka seolah-olah bersedia untuk menerima bala pula.

TIDAK ADA LANGSUNG RASA INSAF DAN RENDAH DIRI KEPADA ALLAH. MEREKA MASIH TIDAK SEDAR BAHAWA SEGALA BALA BENCANA ITU ADALAH DATANG DARI ALLAH.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59