Friday, 19 January 2007

'PRODUK ISLAM' HADHARI RAMAI KHALWAT


Pendedahan Harian Metro bahawa ramai remaja hari ini (produk Islam Hadhari) ditangkap berkhalwat cukup mencemaskan kita. Tetapi yang peliknya pendukung Islam Hadhari sedikit pun tidak gentar dan cemas dengan situasi ini. Sebab itulah pemimpin Islam Hadhari hari ini terus membiarkan masyarakat disogok dengan program-program maksiat seperti konsert, pergaulan bebas dalam semua aktiviti dan sebagainya.

Lebih teruk lagi tempat-tempat maksiat seperti Karaoke, Dangdut, Nite Club, Rumah Urut,Spa dan sebagainya terus diberikan lesen dan tidak dihapuskan.

Stesyen-stesyen TV terus menayangkan program-program hiburan tidak berhenti-henti dan majoriti dari program tersebut adalah untuk tujuan hiburan semata-mata. Filem-filem yang ditayangkan juga seringkali mendedahkan aksi-aksi pelakon yang memakai pakaian menjolok mata seperti berbikini dan sebagainya.

Harian Metro hari ini melaporkan bahawa Ketua Unit Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Husaini, berkata daripada 320 kes yang dilaporkan tahun lalu, kira-kira 65 peratus 180 kes membabitkan golongan remaja berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Menurutnya, selain lepasan sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), turut ditahan pekerja kilang serta segelintir mereka yang berusia setengah abad.“Kebanyakan pasangan yang ditahan rakyat tempatan dan rakyat asing terutama dari Indonesia yang bekerja secara sah atau dibawa masuk secara haram ke negeri ini.

“Kejayaan kami adalah hasil kerjasama padu orang ramai yang sentiasa menyalurkan laporan dan maklumat untuk diambil tindakan cepat.“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang dikesan melakukan perbuatan itu, sebaliknya tindakan tegas berpandukan undang-undang sedia ada diambil terhadap mereka yang terbabit,” katanya di sini, semalam.

Ahmad berkata, tugas mengesan individu yang cuba melakukan perbuatan menyalahi undang-undang agama berpandukan nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan akan terus diperhebatkan termasuk di kawasan hotel mewah di Port Dickson.“Penambahan 10 anggota penguat kuasa agama baru-baru ini membolehkan kita melakukan tugas dengan lebih berkesan,” katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

amnurul said...

URGENT: JIKA ADA SESIAPA YANG BERMINAT NAK PASARKAN PRODUK KELUARAN UMAT ISLAM DAN INGIN MELETAKKAN DI PASARAYA MILIK UMAT ISLAM DI SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN BOLEH HUBUNGI SAYA NURUL 019-5778007

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59