Monday, 15 January 2007

POLIS BERUBAH SIKAP DI BAWAH MUSA HASSAN?


Apakah PDRM telah berubah sikap di bawah kepimpinan Musa Hassan berbanding dengan Ketua-Ketua Polis Negara yang lalu seperti Rahim 'Mike' Tyson, Norian Mai dan Bakri.

Setelah dua kali demonstrasi kenaikan Tol diadakan secara aman, tiada tindakan agresif di ambil oleh Polis. Inilah sikap professional yang kita mahukan bukannya tindakan membuta tuli memukul dan menangkap para pendemo dengan keras dan ganas.

Semalam kira-kira 300 orang menyertai perhimpunan di Plaza Tol Gombak untuk membantah kenaikan kadar tol bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Pada masa yang sama, kira-kira 50 anggota polis, termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut ditempat di situ untuk mengawal keadaan.

Perhimpunan tersebut berakhir selama kira-kira sejam tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Protes – gabungan parti-parti pembangkang, badan bukan kerajaan, kesatuan sekerja dan kumpulan pelajar.

Sebelum ini, demonstrasi yang sama diadakan di bandar Sunway di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang disertai oleh lebih 2,000 orang.

Mulai 1 Januari, kadar tol di lima lebuhraya di Lembah Klang telah dinaikkan antara 20 hingga 60 peratus.

Protes tersebut berlangsung di sebuah stesen petrol yang terletak kira-kira 500 meter dari plaza tol berkenaan, menyebabkan lalulintas terhenti selama kira-kira 20 minit.

"Polis, polis. Jangan kacau!," laung mereka yang menyertai bantahan tersebut yang sebahagian besarnya pemimpn PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Antara mereka ialah Naib Presiden PKR, R Sivarasa; Ketua Penerangan PKR, Tian Chua; pemimpin DAP Ronnie Liew, bekas tahanan ISA yang juga pemimpin PAS, Saari Sungip; Timbalan Ketua Pemuda PAS, Idris Ahmad dan Penyelaras Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), Badrul Hisham Shaharin.

BN dipersalahkan

Protes tersebut bermula kira-kira jam 3 petang dengan seramai 50 orang pada mulanya. Orang ramai turut menyaksikan protes di stesen minyak tersebut manakala kereta-kereta pula menutup jalan masuk ke stesen itu.

Mereka yang menyertai protes itu menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi kenaikan kadar tol tersebut. Malah, mereka menegaskan kadar tol hanya akan turun sekiranya kerajaan sekarang kalah dalam pilihanraya umum akan datang.

"Hidup rakyat! Hancur BN! Hapuskan toll! Tukar tukar, kerajaan,” laung mereka.

Hujan yang turun seketika tidak mematahkan semangat mereka, malah jumlah mereka yang menyertai protes itu semakin bertambah. Kenderaan yang lalulalang di situ turut membunyikan hon tanda menyokong bantahan tersebut.

Pihak polis menghantar dua kereta perisai tetapi kemudiannya memindahkannya dari kawasan tersebut. Bagaimanapaun, ada di kalangan orang ramai yang mengambil peluang itu untuk bergambar di depan kereta perisai tersebut.

Terdapat enam trak FRU di situ, tetapi sepertimana dalam protes di Sunway Pyramid minggu lalu, polis mengambil pendekatan berlembut dalam mengawal perhimpunan tersebut.

Selepa empat kali polis meminta supaya bersurai, mereka yang menyertai protes tersebut bersurai kira-kira jam 5 petang. Kebanyakan anggota FRU terdiri daripada anggot wanita.

Satu lagi protes dirancang

Ahli jawatankuasa Protes, Tian Chua berkata, penganjur dijangka mengadakan satu lagi protes dalam tempoh dua minggu lagi.

"Kehadirannya tidak begitu ramai kerana kami tidak mampunyai banyak masa untuk membuat persediaan,” katanya.

Kadar tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Plaza Tol Gombak dinaikkan RM1 menjadi RM5, manakala kadar lebuhraya tersebut di plaza tol Bentong pula dinaikkan 50 sen kepada RM3.

Empat lagi lebuhraya yang dinaikkan kadar tolnya ialah Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Koridor the Guthrie.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59