Friday, 26 January 2007

PENTADBIR UIA BERKELAKUAN 'SEBIJI' MACAM Umno


Dalam Pilihanraya Umum 1999 PAS telah berjaya menawan negeri Terengganu apabila menewaskan BN dengan pukulan KO. Selepas sahaja BN kalah maka bertambahlah episod malang bagi demokrasi di Malaysia apabila BN menafikan wang royalti Petronas dan bantuan perkapita.

Perkara ini juga berlaku keatas pelajar-pelajar UIA yang memenangi Pilihanraya Kampus tahun lalu di mana sehingga kini mereka masih belum dapat menubuhkan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar kerana dihalang oleh pentadbir UIA sendiri. Malah pejabat MPPUIA pun dikunci oleh pentadbir UIA.

Perangai pentadbir UIA ini samalah dengan perangai Umno yang tidak dapat menerima kekalahan. Malah pentadbir UIA lebih teruk lagi kerana kumpulan yang kalah bertarung dengan kumpulan yang menang ini bukannya pentadbir tetapi kumpulan Pro Aspirasi. Jadi jelaslah kepada kita bahawa kumpulan yang menang ini bukannya berlawan dengan kumpulan Pro Aspirasi tetapi sebenarnya berlawan dengan pentadbir.

Media internet hari ini melaporkan bahawa Dewan Pemuda PAS mendesak Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Profesor Dr Syed Arabi Idid supaya mengambil tindakan segera meluluskan pembentukan kabinet Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti antarabangsa itu.

Sehingga sekarang, katanya, pihak pentadbiran tertinggi UIA, terutama bahagian hal-ehwal pelajarnya, masih menggantung pembentukan kabinet MPP walaupun pilihanraya kampus berlangsung September lalu. Pemuda PAS mengesyaki berkemungkinan besar ia berpunca daripada keputusan pilihanraya itu yang menyaksikan kumpulan Parti Aspirasi pro-pemerintah kalah teruk di tangan kumpulan pelajar We Unite For Islam (WUFI).

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Dewan Pemuda PAS, Abdullah Abdul Karim menyifatkan tindakan itu sebagai “memalukan’ dan jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi. Katanya, pilihanraya kampus sudah lama berlalu dan sepatutnya pilihan mahasiswa UIA itu dihormati oleh pihak pentadbiran univerisiti berkenaan. “Begitu mengaibkan sekali apabila sebuah universiti Islam bertaraf antarabangsa menafikan pemimpin pelajarnya yang menang dalam pilihanraya itu, hak menjalankan tanggungjawab menguruskan persatuan dan berfungsi sebagai perwakilan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesan buruk Malah, Abdullah mendakwa, pejabat MPP juga telah dikunci sehingga wakil pelajar yang menang tidak dapat melaksanakan tugas dan menjalankan aktiviti mereka, Abdullah berkata, tiada sebab munasabah mengapa kabinet MPP UIA tidak dibenarkan untuk dibentuk hingga kini. “Ketiadaan kabinet MPP memberi kesan buruk kepada pelajar UIAM kerana tidak ada wakil mereka untuk menyuarakan masalah kebajikan pelajar kepada pihak pentadbiran universiti,” katanya.

Selama ini, katanya, Dewan Pemuda PAS berpendirian bahawa soal politik dan penentuan kepimpinan pelajar adalah hak mutlak pelajar tanpa campur tangan dan ugutan dari mana-mana pihak, terutama pentadbir univerisiti. “Apa yang menghairankan, situasi ini adalah yang pertamakali berlaku dan hanya berlaku di UIA yang mana kepimpinan pelajarnya dikuasai oleh pelajar bukan Aspirasi. Sudah tentu ini mengukuhkan persepsi bahawa kepimpinan UIA tunduk kepada tekanan politik luar,” katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59