Tuesday, 23 January 2007

PENDUDUK BATU TALAM BAGAIKAN RAJA


Durian Tunggal 23 Jan : Tiada yang lebih menggembirakan buat mangsa banjir yang juga pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam daripada bantuan tiba kurang daripada satu jam selepas rumah mereka dilanda banjir, semalam.
Ada antara mereka yang sukar menerima kejadian pertama kali itu lega apabila petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan khas kepada mereka walaupun sibuk membantu kempen calon, Abdul Aziz Mat Kiram, 47.


Penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Kudang Patah, Ahmad Ismail, 47, berkata dia lega apabila bantuan untuk berpindah dan makanan diterima dalam tempoh sejam. “Air di kawasan rumah saya naik bagaikan tsunami sehingga membuatkan rumah saya dan tujuh penduduk lain banjir sehingga paras paha, kira-kira jam 8.30 pagi.


Tapi, hanya dalam sejam polis tiba beri bantuan.“Banjir pertama kali itu mungkin berpunca daripada Sungai Semantan,” katanya ketika ditemui bersama lima keluarga lain di pusat pemindahan banjir di Pusat Aktiviti Wanita Kampung Kudang Patah.


Itulah antara paparan sebuah akhbar harian tentang 'kehebatan' dan keprihatinan kerajaan BN terhadap rakyatnya.


Penduduk Batu Talam dan rakyat Malaysia jangan tertipu dengan 'kehebatan' dan keprihatinan mereka ini kerana ianya hanya sekadar ketika kempen pilihanraya sahaja. Kalau tak ada pilihanraya jangan harap mereka bertindak secepat itu.


"Ambil sahaja contoh kami di Melaka, bantuan diberikan amat lambat dan mengecewakan sehinggakan selepas sebulan banjir berlaku wang bantuan RM200 pun ada yang belum dapat" kata Ahmad Haziq dari Taman Angkasa Nuri di sini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59