Monday, 29 January 2007

PELAJAR MATI KENA BULI : HISHAMUDDIN MESTI LETAK JAWATAN, GAGAL PASTIKAN KEJADIAN BULI DIBENTERAS


Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Bintulu maut, dipercayai selepas dibuli oleh sekumpulan 18 pelajar sekolah terbabit di sebuah blok asrama kira-kira pukul 5 petang hari Sabtu.

Metheus Mering Augus, 16, anak sulung daripada empat adik beradik disahkan mati sebaik sahaja dimasukkan ke Hospital Bintulu kira-kira pukul 5.30 petang Sabtu, selepas guru dan beberapa pelajar menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik asramanya.

Ketua Polis Daerah, Supt Sulaiman Abdul Razak ketika mengesahkan kejadian itu berkata polis hari Ahad menahan 18 pelajar sekolah, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun untuk disoal siasat bagi membantu siasatan."Siasatan awal menunjukkan Metheus dibuli dan didera oleh pelajar senior berdasarkan kesan lebam dan bengkak yang ditemui pada badannya, dan punca sebenar kematian pelajar itu hanya akan diketahui selepas bedah siasat," katanya.

Menurutnya polis sudah menahan reman suspek terbabit sehingga 2 Feb ini dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Metheus yang baru seminggu memasuki sekolah itu, sedang menjalani program suai kenal yang dianjurkan sekolah sejak Isnin lalu, dan beliau turut tinggal di asrama sekolah.

Anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing ketika ditemui pemberita di sini hari ini menyuarakan rasa kesal dengan kejadian itu, dan mahukan supaya polis menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk mengenal pasti punca kematian pelajar berkenaan."Kejadian itu menunjukkan disiplin di kalangan pelajar sekarang berada pada tahap yang membimbangkan dan semua pihak terutama sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru perlu mengambil langkah segera untuk mengatasinya," tambahnya.

Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussein mesti meletakkan jawatannya kerana gagal membenteras kejadian buli ini di sekolah-sekolah kerajaan. Setakat sudah banyak kes melibatkan kematian pelajar sekolah akibat dibuli oleh rakan atau senior-senior mereka. Ini merupakan kes yang sangat serius.

Hishamuddin jangan asyik sibuk berpolitik sahaja sehingga tanggungjawabnya memimpin Kementerian Pelajaran yang sangat penting dikesampingkan. Sejak-sejak akhir ini Hishamuddin dilihat menumpukan perhatian beliau kepada kerja-kerja politik seperti pilihanraya kecil Batu Talam serta juga cuba mengukuhkan kedudukan dalam Umno lebih-lebih lagi bagi mempertahankan kedudukan dari di'pancung' oleh musuh-musuh politik dalaman beliau.

Lantaran itu Hishamuddin mesti meletakkan jawatannya bagi diganti oleh menteri lain yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Kisah Buli said...

Pelajar di Mukah siar aksi buli di YouTube.. teruknya.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59