Thursday, 25 January 2007

PAK LAH MENGAKU DIA LEMBAP


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering mengkritik kerajaan, berhak untuk bersuara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika ditanya dalam satu temubual oleh BBC di London semalam mengenai hubungannya dengan Dr Mahathir, Perdana Menteri berkata: "Saya mempunyai sebuah kerajaan untuk diuruskan. Saya perlu lakukan apa yang saya fikir wajar dilakukan. Ekonomi kini lebih baik dan Rancangan Malaysia Kesembilan telahpun dilancarkan dan ia mulai rancak.

Beliau seterusnya membuka pekungnya sendiri apabila berkata :
"Mungkin kerana kami agak perlahan sedikit menyebabkan beliau tidak sabar".

Itulah kenyataan yang dihamburkan dari mulut Pak Lah dalam kenyataannya kepada BBC di London.

Jelaslah bahawa Pak Lah mengaku bahawa dia perlahan. Malah ramai orang berpendapat Pak Lah bukan sahaja perlahan malah lembap, lemah, pengecut, serba tidak tahu dan tidak cerdik sebagaimana Dr Mahathir.

Sebab itulah di zamannya pelbagai masalah timbul yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Jadi kalau beliau sedar bahawa akan kelemahannya maka akan lebih manis kalau beliau insaf dan meletakkan jawatan untuk dipegang oleh orang lain yang lebih baik darinya.

Itulah sebenarnya sifat seorang negarawan yang bertanggungjawab, sayangkan negara dan rakyatnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

bonang_69 said...

assalamualaikum.......
buat sedara yg mengarang cerita ni diharap janganlah menyalahgunakan hak bersuara kita terutama kepada perdana menteri kita sendiri.kita boleh dikira beruntung dapat pimpinan YAB perdana menteri,banyak perubahan bakal dilakukan oleh beliau beserta ahli kabinetnya yg lain.bagi la peluang tuk beliau,belum sampai pun berapa penggal YAB memimpin malaysia...Tun Mahathir memang layak tuk dapat pujian tp jangan la sampai mahu menjatuhkan martabat YAB perdana menteri......berpikirla dahulu sebelum bercakap

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59