Wednesday, 24 January 2007

MENANTI DURIAN YANG TIDAK RUNTUH-RUNTUH


Apabila diberitahu bahawa harga minyak dunia telah turun kepada kira-kira USD50.00 setong maka ramai antara kita yang menanti-nanti bilalah agaknya kerajaan Islam Hadhari akan menurunkan harga minyak di Malaysia. Ini kerana ada antara pemimpin Islam Hadhari yang pernah berkata kononnya harga minyak akan dikaji semula bila harga minyak dunia turun sehingga USD50.00.


Tetapi nampaknya sekarang ini walaupun harga minyak telah turun sehingga USD50, pemimpin-pemimpin Islam Hadhari ini langsung tidak menghiraukannya. Atau mungkin juga buat-buat lupa terhadap apa yang mereka katakan dahulu.

Wirid harian mereka hanyalah tentang Batu Talam, Banjir (itu pun cakap besar lagi), krisis politik dunia, macamana laksanakan RMK9 dan sebagainya.

Rakyat masih tertanya-tanya dan seolah-olah menanti durian yang tidak runtuh-runtuh walaupun angin dan ribut telah pun melanda.

Kita yakin bahawa kerajaan sama sekali tidak akan berbuat demikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini bukanlah kerajaan mesra rakyat tetapi mereka adalah kerajaan yang sentiasa 'menjilat' korporat.

Ini jelas terbukti pada hari Jumaat lepas apabila para wartawan bertanyakan PM samada penurunan harga minyak dunia akan mendorong beliau menurunkan harga minyak tempatan, jawab beliau, kerajaan belum berhasrat berbuat demikian. Kata beliau lagi harga minyak dunia mungkin turun sekarang ini namun kita tidak tahu bila pula ia akan naik.
Harga minyak mentah dunia kini berligar sekitar USD50 (RM180) setong. Sedangkan pada bulan Febuari tahun lalu apabila kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 30sen seliter, harga minyak mentah dunia ketika itu adalah USD78.40 (RM280) setong.
Bermakna kini terdapat perbezaan sekitar USD28.4 ataupun sekitar RM100 setong!Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) Datuk Seri Lim Gait Tong telah menyarankan agar kerajaan segera menurunkan harga minyak tempatan. Kata beliau langkah ini sudah tentulah berasa memandangkan penurunan besar ini serta sebagai tanda betapa kerajaan bersimpati dengan penderitaan rakyat.
Lalu apakah yang menghalang Dollah dari mengambil tindakan menurunkan harga minyak ini? Janganlah terus membiarkan rakyat menderita. Terlalu banyak kos tambahan yang terpaksa mereka tanggung sejak kenaikan harga minyak itu. Takkanlah Dollah nak tunggu sehingga ada ilham untuk bubarkan parlimen barulah mahu mengambil kesempatan menurunkan harga minyak ini.Benar harga minyak ini volatile, tidak stabil dan berubah-ubah. Tetapi isunya perubahannya kini sudah melebihi USD28.40 setong.
Tidakkah penurunan ini terlalu besar sehingga sepatutnya mendesak kerajaan untuk menurunkan harga minyak tempatan kecualilah kerana kerajaan memang mahu mengambil kesempatan dari rakyatnya dan terus menerus memeras mereka.Kalau harga dunia naik, cepat sungguh kerajaan bertindak, tetapi apabila telah turun, mereka seolah mendiamkan dari lalu rakyat terus tertekan dan menderita.Semoga kewarasan segera bertapak dihati dan pemikiran mereka melainkan mereka memang sudah bersedia untuk terlentang jatuh bagi digantikan oleh orang lain yang lebih bertenaga dan berupaya.
Dipetik dari Blog Roslan SMS

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59