Monday, 22 January 2007

JANGAN SEMBUNYI FAKTA KEMATIAN PELATIH PLKN


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil sekali lagi menggesa kerajaan mendedahkan kepada umum hasil bedah siasat terhadap jenazah pelatih PLKN Iliameera yang meninggal dunia minggu lalu.

"Kita harap tidak ada pihak yang cuba menyembunyikan fakta kematian Allahyarhamah semata-mata untuk menjaga nama baik PLKN dan mungkin juga untuk memastikan ibubapa tidak bimbang untuk melepaskan anak-anak mereka meneruskan latihan PLKN" kata Hj Salamat Aman Ketua DPP Kawasan Bukit Katil ketika dihubungi pagi ini.

Menurut laporan The Star (20 Januari) pihak Hospital Melaka tidak mendedahkan punca kematiannya walaupun bedahsiasat telah dilakukan pada 19 Januari lalu.

Ketua Pengarah jabatan tersebut, Abdul Halim Abdul Hamid memberitahu malaysiakini, laporan bedahsiasat itu amat penting bagi menentukan punca kematian Iliameera Azlan.

Menurut laporan akhbar the Star lagi , Iliameera dari Seremban dikejarkanke unit kecemasan Hospital melaka selepas pelatih lain mendapati dia mengalami sesak nafas pada jam 6.30 pagi. Ibubapa bimbang

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang berkata, kematian seorang lagi pelatih PLKN itu telah mencetuskan kebimbangan di kalangan ibubapa dan umum mengenai kejadian seumpama ketika program tersebut.

“Parlimen telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin Disember lalu bahawa dalam tempoh tiga tahun lalu, terdapat 17 kematian dalam PLKN – lapan pelatih dan sembilan jurulatih.

Dengan kes terbaru ini, kes kematian dalam PLKN kini meningkat kepada 18 orang. “Mengapa begitu tinggi sekali kadar kematian dalam program khidmat negara?” soalnya. Lim menggesa Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab terhadap PLKN supaya mengarahkan siasatan awam dijalankan terhadap kes kematian yang tinggi itu bagi mengurangkan kebimbangan ibubapa mengenai keselamatan anak-anak mereka yang mengikuti program tersebut.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ayub Yaakob menolak sebarang perbuatan khianat selepas melawat asrama pelatih di Kem Ayer Keroh, tempat Iliameera ditempatkan. Menurutnya, siasatan menunjukkan tidak ada aktiviti lasak dijalankan pada malam sebelumnya dan Iliameera juga tidak mempunyai rekod mengidap sebarang penyakit. Iliameera dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59