Tuesday, 16 January 2007

ISU YANG MESTI SEMUA ORANG KENA TAHU !!!


Persoalan mengenai pinjaman AS50 bilion untuk RMK9

Persoalan telah ditimbulkan berhubung laporan bahawa kerajaan sedang berusaha mendapatkan pinjaman berjumlah AS$50 bilion (RM175 bilion), sebahagian besarnya dari bank luar negara, melalui dua buah syarikat swasta, untuk membantu membiayai Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Kedua-duanya adalah sebuah syarikat tempatan – Asasatu Technology Sdn Bhd – yang menanggung hutang yang besar dan dalam proses dibubarkan – dan sebuah syarikat Australia, Project Equity Services Group (PESG).

Syarikat ketiga, Union Financial Services Corporation – sebuah syarikat tidak begitu dikenali yang bepejabat di Sydney, Australia – juga dikatakan terbabit dalam urusniaga tersebut.

Hujung minggu lalu, blog Malaysia Today menyiarkan beberapa dokumen berkaitan dengan isu tersebut.

Ia termasuk surat yang dikatakan dihantar oleh pembantu Menteri Kewangan, Reezal Merican Naina Merican – yang menurutnya atas arahan Perdana Menteri – kepada Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Gani, bertarikah 15 Jun 2006.

Antara lain, Reezal berkata, Pengarah Urusan Asasatu, Zubir Ahmad telah memenui Perdana Menteri dua minggu sebelumnya.

Katanya, Perdana Menteri “difahamkan bahawa syarikat ini sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat Pengurus Dana [dinyatakan sebagai Union Financial Services Corporation] dengan cadangan membawa masuk dana asing ke ngara ini”.

“Pada dasarnya, Perdana Menteri tiada halangan agar cadangan tersebut dipertimbangkan,” tambahnya.

Tiga soalan untuk PM

Ketika mengulas mengenainya hari ini, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang bertanya sama ada Bank Negara telah meluluskan urusniaga tersebut.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Perdana Menteri mesti memperjelaskan tiga perkara atas nama akauntabiliti, ketelusan, integriti dan urustadbir yang baik.

1. Sama ada dan mengapa kerajaan telah membuat urusan di luar kebiasaannya, malah luar biasa untuk mendapatkan pembiayaan AS$50 bilion untuk projek-projek pembangunan infrastruktur Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) melalui syarikat-syarikat swasta.

2. Sama ada dan mengapa Asasatu, yang status terbaru dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah “dalam proses dibubarkan’, telah dipilih untuk mengurus bagi mendapat AS$50 bilion untuk kerajaan.

3. Sama ada dan mengapa rakan kongsi dan ejen Asasatu untuk menguruskan pembiayaan untuk kerajaan itu adalah PESG yang berpejabat di Sydney.

“Carian melalui Internet menimbulkan banyak persoalan mengenai PESG, sama ada ianya sebuah syarikat hadapan bagi Roland Bleyer, yang juga merupakan Presiden Union Financial Services Corporation,” katanya.

Lim mendakwa, syarikat tersebut dihantui oleh sejarah dakwaan penipuan oleh mangsa-mangsanya di seluruh dunia.

Ketua Pembangkang itu berkata, Perdana Menteri tidak boleh menutup mata dan mendakwa tidak tahu menahu mengenai maklumat dalam internet itu.

“Jika Abdullah benar-benar tidak tahu mengenainya, saya sedia mengemukakannya kepadanya semua maklumat yang relevan,” tambahnya.

Dibiayai Singapora?

Menurut Raja Petra Kamarudin yang mula-mula menyiarkan berita mengenainya dalam Malaysia Today, ia jelas menunjukkan kerajaan Malaysia mahu meminjam wang dalam jumlah yang besar dari seberang laut tanpa dilihat melakukannya.

“Kerajaan Malaysia tidak meminjam secara rasmi wang itu dan sebaliknya, peminjam itu merupakan syarikat kecil sendirian berhad bernama Asasatu Technology Sdn Bhd. Ini akan membuat kerajaan Malaysia ‘bersih’ daripada sebarang pinjaman asing,” tulisnya.

Nampaknya, tulis Raja Petra, semasa Abdullah mengumumkan Rancangan Malaysia Kesembilan membabitkan RM200 bilion, kerajaan tidak mempunyai wang untuk membiayai projek lima tahun itu.

Bagaimanapun, katanya, kerana tidak mahu ia dilihat yang negara meminjam dengan faedah dalam Dolar, dan tertakluk kepada turun-naik nilai matawang, untuk membiayai rancangan pembangunannya, maka mereka menggunakan sebuah syarikat kecil sendirian berhad sebagai syarikat hadapan yang sekali lagi menggunakan syarikat Australia yang disokong oleh Singapura.

Beliau mendakwa, keseluruhan pakej tersebut diuruskan oleh syarikat Singapura [melalui anak syarikat PESG)], tetapi supaya tidak terdedah pembabitan Singapura, agar tiada jari yang menuding ke arah menantu Perdana Menteri, maka mereka kesemuanya dilakukan menerusi syarikat Australia tersebut sebagai ‘rakan kongsi’ kepada syarikat Malaysia itu.

Kesimpulannya, katanya, melalui pelbagai lapisan syarikat hadapan, rancangan pembangunan Malaysia yang dikenali sebagai Rancangan Malaysia Kesembilan atau RMK9, adalah dibiayai oleh Singapura.

Dari Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59