Wednesday, 31 January 2007

HUSAM : 10 % RAKYAT TAK MENGUNDI JIKA PAS BOIKOT PILIHANRAYA


Sekurang-kurangnya 10 peratus rakyat tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya umum akan datang sekiranya PAS memboikotnya dan ia tentunya menjejaskan kredibiliti kerajaan, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

Katanya, PAS mungkin memboikot pilihanraya umum akan datang sekiranya tindakan tegas tidak diambil dalam memperbetulkan kelemahan Akta Pilihanraya sekarang.

Menurut laporan Bernama, Husam berkata, kelemahan yang ada diakui sendiri Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Kerajaan perlu memberi perhatian serius dan berusaha membetulkan perkara yang diperkatakan oleh SPR lebih-lebih lagi pengakuan dibuat Pengerusi SPR sendiri yang mengatakan undang-undang pilihanraya (yang ada) tidak betul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco negeri di Kota Bharu hari ini.

"Ada lebih kurang lapan peratus tidak keluar mengundi (pilihanraya kecil) di Batu Talam, menandakan di kawasan luar bandar seperti Batu Talam mesej kami diterima, begitu juga dengan jumlah undi rosak yang bertambah, ini menjejaskan kredibiliti kerajaan," katanya.

Batu Talam

Beliau berkata SPR tidak boleh memejamkan mata dengan ketidakhadiran ramai pengundi dalam pilihanraya 28 Jan itu walaupun bilangannya dianggap kecil oleh kerajaan. (BN memenangi pilihanraya itu dengan majoriti besar 5,857 undi, menewaskan calon bebas).

"Kita perlu ambil kira semua aspek sekalipun di kawasan pedalaman seperti Batu Talam berlaku perkara boikot," katanya.

Husam berkata PAS bercadang untuk mengemukakan satu laporan khas berhubung beberapa pelanggaran dalam kempen pilihanraya kecil di Batu Talam yang sepatutnya tidak berlaku.

"Kami akan majukan kepada SPR dan orang ramai bahawa ada pelanggaran dalam kempen pilihanraya di situ di bawah Akta Pilihanraya yang sepatutnya diambil tindakan oleh SPR," katanya.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59