Wednesday, 24 January 2007

DUIT BIKIN MANUSIA KELABU MATA


Duit bagaikan segalanya. Kerana duit orang sanggup gadai segalanya ; pegangan agama, maruah, moral, malu dan sebagainya.

Kerana duit orang sanggup berbunuhan, menabur fitnah dan sebagainya demi untuk mendapatkan kuasa yang akhir dengan kuasa duit dapat diperolehi dengan senang.

Begitulah apa yang berlaku kepada dua bekas pengurus kanan Lembaga Tabung Haji (TH) yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana bersama-sama menipu dua menteri dan melakukan pecah amanah membabitkan RM200 juta wang institusi itu, lima tahun lepas.

Hakim Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati Mohamad Shafie, 56, bekas pengurus kanan pelaburan TH dan Mohamed Amin Sidek, 55, bekas pengurus besar kewangan TH, bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.

Mereka dituduh bersama-sama menipu dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika itu, Tan Sri Abdul Hamid Othman dan Brig Jen (B) Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin, di JPM Putrajaya, antara 29 Jun 2000 dan 27 Julai 2001.

Bagi tuduhan melakukan pecah amanah, Mohamad dan Mohamed Amin didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini, antara 14 Julai 2000 dan 11 Mei 2001.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad dan Muhd Saifuddin Hashim Musaimi manakala Mohamad diwakili peguam V. Rajadevan dan Mohamed Amin diwakili peguam Fairuz Jaffril.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59