Thursday, 25 January 2007

CERITA LUCU TENGKU ADNAN


PETALING JAYA 25 Jan: Nampaknya pada zaman pemerintahan Imam Al Badawi Wal Hadhari macam-macam perkara berlaku. Lebih malang banyak perkara ini berlaku tanpa pengetahuan Perdana Menteri atau menteri-menteri. Ini terbukti apabila banyak soalan yang diajukan berkaitan sesuatu perkara itu di jawab dengan jawapan 'standard' mereka iaitu TIDAK TAHU, TERLEPAS PANDANG, NANTI SAYA CHECK DULU DAN SEUMPAMANYA. 'Standard' jawapan seumpama ini hanyalah layak diberi oleh JKKK kampung bukan orang yang bergelar Perdana Menteri atau menteri kabinet.

Semalam satu lagi perkara pelik dan lucu berlaku kepada salah seorang menteri Islam Hadhari.

Sebuah stesen televisyen swasta mendedahkan bahawa buku panduan yang dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Tengku Adnan mengandungi iklan kegiatan tidak bermaruah.

Sebaik perkara itu didedahkan oleh TV3 malam tadi, yang menyiarkan perbualan antara pemberitanya dengan beberapa “bapa ayam” yang mengiklankan nombor telefon bimbit dalam buku panduan itu, Malaysia Tourist Pages 2007 (MTP), Tengku Adnan terus bertindak mengarahkan penarikan balik direktori itu.

Dalam perbualan itu, lelaki-lelaki berkenaan, dengan jelas memberitahu jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan beserta harga yang dikenakan bagi perkhidmatan seks yang disediakan mereka.

Nombor telefon berkenaan antara beberapa iklan yang dimuatkan di dalam ruangan “hiburan” dalam direktori itu.

Kita berasa hairan bagaimana iklan seumpama ini tersiar dalam direktori yang dikeluarkan oleh kementerian dan dilancarkan sendiri oleh Menteri berkenaan. Apakah Tengku Adnan dan pegawai-pegawainya tidak sedar atau terlepas pandang terhadap perkara besar sebegini yang jelas mencemarkan nama baik Islam Hadhari. ?

Kalau alasannya tidak sedar atau tidak tahu maka sudah pastilah sindrom tidak tahu Pak Lah telah menjalar kepada menteri-menterinya pula.

Bagaimana dengan buku-buku yang telah dicetak. Sudah pasti ianya perlu dibaiki atau mungkin terpaksa dicetak semula. Siapa yang menangggung kosnya. Apakah duit rakyat terbazir sekali lagi?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59