Monday, 15 January 2007

BANJIR TERBURUK DI JOHOR : BALA YANG MESTI DIMUHASABAH


Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkatkan kepada lebih 100,000 manakala gelombang banjir kedua di negeri itu tidak menunjukkan sebarang tanda akan pulih dalam jangka masa terdekat.

Jumlah tersebut meningkat hampir 30,000 berbanding 74,000 malam tadi, dengan keadaan banjir di Batu Pahat semakin bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan di daerah tersebut meningkat kepada 31,379 orang, berbanding 15,600 semalam.

Manakala jumlah mangsa banjir di Kluang pula seramai 16,455, Johor Bahru Selatan (11,175), Johor Bahru Utara (10,787), Kota Tinggi (13,339), Segamat (6,318), Mersing (5,979), Muar (3,770) manakala 3,250 lagi di daerah Pontian.

ITULAH KEADAAN BANJIR DI JOHOR SEMALAM YANG JELAS MERUPAKAN PERKARA LUAR BIASA. APA YANG JELAS IANYA MERUPAKAN BALA DARI ALLAH YANG MEMERLUKAN SETIAP INDIVIDU MUSLIM DI JOHOR DAN SELURUH NEGARA BERMUHASABAH. ALLAH TIDAK AKAN MENTAKDIR SESUATU KEJADIAN ITU TANPA SEBAB MUSABAB. APA YANG PASTI SETIAP KALI BALA ALLAH TURUN IANYA AKAN MENIMPA SEMUA ORANG SAMADA YANG TAAT ATAU YANG INGKAR. MARILAH SAMA-SAMA KITA BERMUHASABAH.

Sementara itu keadaan cuaca di Johor Baharu dan Kluang semalam mendung, diselang-seli dengan hujan renyai-renyai, demikian menurut laporan Bernama.

Bagaimanapun penduduk di Kota Tinggi dan Segamat terus menerima hujan yang sederhana lebat sejak semalam, mengakibatkan paras air di kedua-dua batang sungai yang mengalir di tengah bandar melimpahi tebingnya.

Penduduk di beberapa kampung di Segamat, terutama di sekitar bandarnya,mengosongkan rumah masing-masing, setelah diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa sejak tengah malam semalam.

Ia ekoran air naik semula di beberapa kampung termasuk Kampung Jawa, Kampung Tengah, Kampung Padang Lalang, Kampung Mengkudu, Kampung Bukit Lintang dan Kampung Sulir.

Putus hubungan

Sehingga jam 11 pagi ini, mangsa banjir yang dipindahkan di Segamat meningkat kepada 6,318 orang yang ditempatkan di 31 pusat pemindahan berbanding 6,087 sehingga jam 8 malam tadi.

Jabatan Meteorologi meramalkan keadaan hujan sederhana lebat di Johor akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga esok.

Sementara itu, Kota Tinggi masih ditenggelami air sedalam satu meter di sesetengah kawasan akibat air Sungai Johor yang melimpah sejak dua hari lepas, memutuskan jalan perhubungan keluar masuk ke bandar tersebut dari Johor Baharu dan Mersing.

Perjalanan ke Kota Tinggi hanya boleh dilakukan menggunakan helikopter.

Jalan-jalan yang ditutup adalah Jalan Seelong-Ulu Tiram, KM3 Jalan Ulu Choh-Gelang Patah, KM32 Bandar Tenggara, KM24 Jalan Kota Tinggi-Kulai, KM 26 Kota Tinggi-kulai berdekatan Sungai Telor, KM40 Kota Tinggi-Johor Baharu di Kampung Batu 23, Jalan Tun Sri Lanang di Bandar Tenggara, KM 24 Jalan Mawai di Jalan Tun Habab dan KM 68.8 Jalan Kota Tinggi.

Di Kluang, jalan di Bandar Tenggara Kluang dekat Felda Pengelih Timur mengalami tanah runtuh.

Jalan lain yang ditutup adalah Jalan Mersing-Kota Tinggi, Mersing-Kluang, Segamat-Labis, Labis-Yong Peng, Labis-Muar, Kluang-Mersing, Kluang Bandar Tenggara di Jambatan Sungai Semborong.

Paras normal

Di Batu Pahat, Jalan Yong Peng-Chaah di KM3, Batu Pahat-Ayer Hitam di KM 26, Muar di Batu 18.5 Parit Sulong, KM70 Muar-Labis ditutup kepada kenderaan ringan.

Di Kelantan, paras air di sungai-sungai utama di negeri itu hari ini kembali ke paras normal berikutan cuaca yang baik.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan berkata paras air Sungai Golok di Rantau Panjang susut kepada 6.54m berbanding 6.88m semalam (waspada 7.0m/ bahaya 9.0m).

Tempat menyukat banjir Sungai Kelantan di Kuala Krai pula mencatat 18.83m (waspada 20m/bahaya 25m) manakala di Kusial, Tanah Merah 11.44m (waspada 12m/bahaya 16m) dan paras air di Tambatan Diraja di Kota Baharu terus susut kepada 1.64m (waspada 3.0m/bahaya 5.0m).

Hujan lebat dilaporkan di kawasan pedalaman di Gunung Gagau, Gua Musang dengan taburan hujan 67mm manakala di Kampung Laloh dan Kampung Tualang masing-masing 10mm dan 8mm.

Taburan hujan melebihi 60mm selama dua hingga empat jam tanpa henti boleh menyebabkan banjir.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59