Wednesday, 24 January 2007

BANGUNAN SEKOLAH DIWARTAKAN TIDAK SELAMAT TETAPI MASIH BELUM DIGANTI


MELAKA , 24 Jan : Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah mempertikaikan mengapa Bangunan Sekolah Kebangsaan Telok Mas yang diwartakan tidak selamat oleh JKR sejak 2004 masih tidak dirobohkan.

" Takkan dah 3 tahun pun tak boleh selesaikan isu ini. Ini bukan isu kecil tetapi ianya melibatkan isu keselamatan dan nyawa pelajar" tegas Yuhaizad kepada Blog ini melalui telefon.

"Kerajaan mesti memberikan keutamaan keutamaan pada projek membina bangunan baru melibatkan bangunan lama yang diwartakan tidak selamat di Sekolah Kebangsaan Telok Mas (SKTM) sejak dua tahun lalu. Jangan nanti ada yang mati dihempap bangunan ini barulah nak bertindak. Projek-projek mega dan membazir lain boleh dibuat takan nak buat sekolah pun berkira sangat" ujar Yuhaizad lagi.

Beliau memberitahu, bangunan baru itu perlu dibina segera bagi memberi keselesaan kepada para pelajar. Menurutnya, ekoran keadaan bangunan lama yang telah diwartakan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada November 2004 yang lalu menyebabkan 240 pelajar terpaksa berpindah dari satu kelas ke kelas yang lain.

"Keadaan ini dibimbangi mengganggu tumpuan serta menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar. "Keadaan itu juga boleh membahayakan pelajar jika mereka pergi ke kawasan terbabit.''

Yuhaizad juga menyelar pihak berkenaan terutama Kementeria Pelajaran dan kerajaan negeri kerana tidak peka dengan masalah ini. Beliau yakin bahawa kementerian dan kerajaan negeri mengetahui akan hal ini, cuma kedua-dua pihak berkenaan mengambil mudah dan tidak memandang serius terhadap faktor keselamtan ini.

"Mereka lebih suka membuat projek-projek mewah dan membazir hanya kerana untuk bermegah-megah dengan pembangunan yang mereka buat" ujar Yuhaizad lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59