Monday, 8 January 2007

BAKAL CALON UMNO BAGI PILIHANRAYA BATU TALAM TIDAK 'TIDAK LAYAK' BERTANDING


Dua orang dari senarai bakal Calon Umno untuk Pilihanraya Kecil Batu Talam sepatutnya tidak dipilih kerana kedua-duanya telah disaman seorang ahli perniagaan Razali Hassan, 46, di Mahkamah Tinggi Temerloh baru-baru ini.

Kedua-dua mereka ialah Naib Ketua Umno bahagian Raub, Dato Ir Azinudin Abdul Rahim dan Setiausaha Umno Bahagian Raub, Abd Aziz Kiram. Turut disaman ialah Ketua Umno Bahagian Raub yang juga Exco Kerajaan Pahang, Dato Shahiruddin Ab Moin, bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Raub Hajah Asma Haji Ismail dan Setiausaha BN Raub, Ahmad Sabri Haji Zainal Abidin.

Nama kedua-dua bakal calon itu adalah antara lima calon yang dikemukakan oleh Umno bahagian tersebut kepada Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Menteri Besar Pahang untuk dipilih sebagai calon dalam pilihanraya kecil Batu Talam pada 28 Januari ini.

Tiga lagi yang dicalonkan itu ialah Setiausaha Umno bahagian, Abdul Aziz Kiram; Ketua Wanita Jariah Hashim dan Ketua Pemuda,Tengku Abdul Rahman Tengku Perang.

Manakala dua lagi calon dipilih sendiri oleh Adnan – ahli Jawatankuasa Umno Raub, Datuk Abdullah Bakar dan seorang calon dari bahagian lain – untuk dikemukakan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi..

Ketua Puteri Umno Bahagian Raub, Rosmiley Bontat berkata, senarai lima calon pilihan bahagian berkenaan diputuskan dalam mesyuarat dengan Adnan 5 Januari lalu.

Namun begitu kita tidak hairan jika salah seorang dari mereka dipilih oleh Umno untuk menjadi calon Pilihanraya Kecil Batu Talam kerana Umno sememangnya tidak mementingkan pemimpin yang bersih dan berakhlaq. Sebab itulah ramai anggota kabinet yang kontroversi masih gagah menjadi menteri walaupun Pak Lah siang malam 'berwirid' untuk membenteras rasuah dan salah guna kuasa.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59