Friday, 12 January 2007

AYUH BANTAH KENAIKAN KADAR TOL AHAD INI


Protes Kenaikan Tol – gabungan parti pembangkang, kesatuan pekerja dan badan bukan kerajaan – akan menganjurkan satu perhimpunan awam untuk membantah kenaikan kadar tol Ahad ini di Plaza Tol Gombak.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha gabungan tersebut, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan awam itu akan diadakan mulai jam 4 petang di depan Plaza Tol Gombak.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramia supaya menghadiri perhimpunan itu untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan kadar tol di lima lebuhraya di sekitar Lembah Klang.

Perhimpunan itu juga, katanya, diadakan untuk menggesa kerajaan supaya mendedahkan kandungan perjanjian konsesi lebuhraya serta serta membatalkan keputusan kenaikan tol bekenaan.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri bahawa Akta Rahsia Rasmi boleh dikenakan terhadap mereka yang mendedahkan perjanjian konsesi lebuhraya, Dr Hatta berkata, adalah menjadi hak rakyat untuk mengetahui kandungan perjanjian yang melibatkan kepentingan mereka.

Hantar memorandum

"Namun kerajaan bukan sahaja tidak ingin mendedahkan perjanjian tersebut, malah mengeluarkan kata-kata yang berbunyi ugutan untuk menakutkan parti pembangkang. Ini adalah sikap yang amat tidak bertanggungjawab," kata Dr Hatta yang juga Bendahari Agung Pas.

Sebelum ini, Gabungan terse but telahpun menyerah memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menganjurkan ceramah umum "Bantah Kenaikan Tol" pada 27 Disember lalu..

Gabungan Protes juga telah mendedahkan perjanjian konsesi lebuhraya yang ditandatangani kerajaan dan syarikat lebuhraya, serta menganjurkan perhimpunan awam di Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid pada 7 Januari lalu.

Perhimpunan kedua ini juga, katanya, akan dihadiri oleh pimpinan parti pembangkang, kesatuan pekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan mahasiswa.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59