Monday, 22 January 2007

APAKAH RAKYAT BATU TALAM AKAN TERTIPU SEKALI LAGI?


Pada setiap kali kempen pilihanraya umum atau kecil, seperti biasa BN/Umno akan menggunakan senjata tradisional iaitu membuat janji pembangunan dan projek 'instant'. Sebahagian besar janji ini akan hanya tinggal janji setelah calon BN menang dalam pilihanraya tersebut.


Inilah 'standard' politik Umno iaitu menjanjikan pembangunan fizikal semata-mata tanpa memikirkan tentang pembangunan manusia itu sendiri. Janji seperti membina jalanraya, dewan orang ramai, komplek sukan, padang permainan, jambatan dan sebagainya sudah menjadi 'senjata' ampuh untuk menjerat rakyat terutama orang melayu.

Bagi masyarakat Felda pula mereka digula-gulakan dengan janji seperti penempatan untuk generasi kedua, bantuan untuk warga emas, bantuan bulanan dan sebagainya.

Pada pilihanraya kecil Batu Talam ini sekali lagi minda dan kesedaran politik rakyat di uji dengan janji-janji pembangunan dan kebendaan. Janji pilihanraya kecil 1993 (ketika kematian Dato' Mazlan) masih banyak yang belum dilangsaikan oleh BN/Umno. Jambatan di Kuala Atok yang janjinya dibuat 30 tahun dahulu pun belum ditunaikan.

Jika pengundi Batu Talam masih tidak mahu berubah dan minda mereka masih seperti 30 tahun dahulu maka sudah pasti mereka akan 'dilelong' sekali lagi oleh Pak Lah, Najib dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.

Media hari ini menyiarkan janji-janji 'pembelit' Umno/BN di mana di laporkan kerajaan meluluskan peruntukan lebih RM13 juta untuk pelbagai projek pembangunan di gugusan Felda Tersang yang terletak dalam kawasan pilihanraya kecil Batu Talam 28 Januari ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah itu, RM10 juta diperuntukkan untuk projek mengatasi masalah bekalan air, RM3 juta untuk kompleks sukan komuniti dan RM393,000 untuk pelbagai projek kecil. "Datang bukan sebarang datang, tapi datang membawa bingkisan," katanya ketika berucap pada majlis beramah mesra bersama penduduk Felda Tersang 1 di Raub. (Datang bukan sebarang datang, tapi datang untuk 'kelentong' kamu semua seperti aku kelentong masa pilihanraya umum dan pilihanraya kecil yang lalu)

"Mengapa sebelum tidak ada ura-ura untuk membina prasarana itu semua. Tetapi bila ada pilihanraya kecil baru terhegeh-hegeh nak buat itu ini" itulah komen Salleh Othmen Ketua PAS Cawangan Taman Merdeka ketika di minta memberikan pandangan beliau.

"Mereka janji macam-macam nak beri bila pilihanraya datang tapi program meningkatkan ekonomi orang melayu, program untuk membebaskan rakyat dari maksiat dan gejala sosial tiada langsung" tambah Salleh.

Beliau sungguh kesal dengan kerajaan hari ini yang terus membiarkan anak-anak muda melayu terus diulik dengan hiburan semata-mata tanpa memikirkan masa depan. Begitu juga dengan gejala 'Mat Rempit', penagihan dadah yang 90% dijuarai oleh remaja melayu.

Di Felda Tersang dan kebanyakan Felda yang lain gejala dadah menjadi wabak yang sungguh membimbangkan.


Apa yang kerajaan buat untuk atasi masalah ini?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59