Monday, 15 January 2007

ADUN BN DITANGKAP KHALWAT?


Akhbar berbahasa berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau melaporkan wakil rakyat tersebut dan pasangannya, ditangkap oleh pegawai pejabat agama Islam yang kebetulan sedang membuat di kawasan tersebut.

Kini heboh diperkatakan mengenai kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ditangkap berkhalwat dengan pasangannya di Pulau Pinang kelmarin.

Kita tidak hairan dengan dakwaan ini kerana perkara sebegini sudah menjadi lumrah dikalangan pemimpin Islam Hadhari malah ianya tidak menjadi kesalahan bagi Islam Hadhari sebab pemimpin mereka yang pernah larikan puteri raja, rasuah, ada skandal dengan wanita dan bunuh orang pun masih mendapat tempat dalam Umno.

Akhbar tersebut, bagaimanapun, tidak melaporkan secara khusus tempat dan masa wakil rakyat dan pasangannya ditangkap.

Ia juga tidak menyebut secara khususnya mengenai asal Adun berkenaan, kecuali menyatakan wakil rakyat itu adalah dari negeri yang berdekatan.

Ini bermakna, Adun berkenaan, sama ada dari Kedah, Perak ataupun dari Perlis.

Laporan itu juga menyebut, pihak pejabat agama Islam Pulau Pinang, ketika dihubungi, menafikan mengenai berita tersebut.

Namun, laporan Nanyang Siang Pau, berita tersebut kini menjadi perbualan hangat di kalangan orang ramai, khususnya di Pulau Pinang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59