Thursday, 21 December 2006

PEMUDA MELAKA LANCAR TABUNG MANGSA BANJIR DAN HULURKAN BANTUAN



MELAKA, 21 Dis - Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS serta orang ramai agar membantu mangsa banjir di Negeri Melaka dengan menyumbangkan derma kepada TABUNG MANGSA BANJIR PEMUDA MELAKA bagi meringankan beban mereka.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka Yuhaizad Abdullah dalam kenyataannya pagi ini berkata derma tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka melalui akaun Bank Islam bernombor 04015-01-0039089.

Menurut Yuhizad setakat ini kira-kira 8,000 mangsa banjir telah dipindah di 46 pusat pemindahan banjir di Melaka sehingga petang tadi. Ini merupakan banjir terbesar di negeri ini sejak 15 tahun lalu.

Sementara pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir di Kawasan Alor Gajah, Jasin dan Bukit Katil.

Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Asharaf Mukhlis dan AJK Pemuda Negeri, Kadir Dewan bersama dengan pimpinan DPP Kawasan telah turun padang membantu penduduk disekitar Durian Tunggal yang ditimpa banjir bermula dua hari lepas. Pelbagai bentuk bantuan telah dihulurkan bagi meringankan beban mereka.

Semalam, Ketua DPP Pusat, YB Salahuddin bersama-sama pimpinan Pemuda Negeri bersama-sama melawat dan menyampai sedikit bantuan kepada mangsa banjir di Kawasan Alor Gajah dan Jasin.

Petang tadi Setiausaha Perhubungan PAS Melaka, Adly Zahari, Naib Ketua DPP Negeri, Harun Mohamed dan Ketua Penerangan DPP Negeri bersama-sama YDP PAS Kawasan Jasin Mejar (B) Jasme Tompang menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sg Rambai, SK Batu Gajah dan SMK Sg Rambai. Kedatangan mereka telah disambut dengan gembira oleh semua mangsa banjir.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59