Wednesday, 13 December 2006

LCCT HURU-HARA, MEMALUKAN


SEPANG 13 DIS : Keadaan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) hari ini huru-hara apabila 28 penerbangan dikatakan terpaksa ditunda.

Penundaan itu menyebabkan penumpang ke beberapa destinasi mengalami kelewatan penerbangan antara satu hingga lima jam.

Keadaan ini cukup memalukan negara kita yang kononnya mempunyai sistem lapangan terbang yang canggih dan terbaik.

Penumpang keletihan, menunggu berjam-jam, dalam keadaan bersesak-sesak. (foto The Star oleh Rohaizat Md Darus)

Satu penerbangan ke Langkawi pula dibatalkan.

Orang ramai kelihatan duduk bersila di lantai dan duduk di atas troli sementara menunggu penerbangan masing-masing.

Antara penerbangan ke destinasi luar negara yang terlibat termasuk penerbangan ke Solo, Surabaya, Denpasar dan Jakarta (di Indonesia), ke Siem Reap (Kemboja), Phuket dan Bangkok (Thailand) dan penerbangan ke Bandar Sri Begawan (Brunei).

Penerbangan ke destinasi dalam negeri seperti Kota Baru, Labuan, Kuching, Kota Kinabalu, Labuan, Bintulu, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu dan Pulau Pinang turut terjejas.

Tambah memburukkan lagi keadaan, papan notis elektronik tidak berfungsi menyebabkan orang ramai semakin bingung.


Papan notis bertulisan tangan menggantikan papan elektronik jadual penerbangan yang tidak berfungsi. (foto The Star)

Sementara itu, di kaunter AirAsia, tidak jawapan memuaskan diberikan mengenai sebab masa penerbangan-penerbangan itu terpaksa diubah.

Seorang penumpang dari Brunei, Pengiran Mat Salleh berkata penerbangannya dari Kota Baru ke LCCT tertangguh selama dua jam.

"Di terminal ini pula, kami diberitahu bahawa penerbangan kami ke Bandar Sri Begawan juga telah ditunda selama tiga jam," katanya sambil duduk bersila di lantai terminal bersama anaknya yang berumur lima tahun.


Mana-mana pun jadi, asalkan hilang penat! (foto The Star oleh Sam Tham)

Seorang lagi penumpang yang hanya dikenali sebagai Yee berkata, beliau tidak tahan lagi dengan kelewatan penerbangan AirAsia yang kerap dialaminya.

"Ini adalah kali ketiga kami mengalami kelewatan seperti ini. Kali ini penerbangan kami ke Miri yang sepatutnya berlepas pada 4.20 petang ditunda ke 7.40 petang.

"Kami duduk di atas troli berjam-jam lamanya kerana tidak ada tempat duduk," katanya, yang sepatunya terbang ke Miri bersama isteri dan anak lelakinya yang berumur lapan tahun.

Don Farrel yang kerap mengembara berkata beliau membayar RM220 bagi tiket untuk ke Langkawi kerana mahukan penerbangan pada 11 pagi, namum ia telah ditunda ke 3.45 petang.

"AirAsia sepatutnya menyediakan kupon makanan kepada penumpang yang terpaksa menunggu berjam-jam," katanya.

Lewat petang semalam, AirAsia memohon maaf kepada semua penumpangnya berikutan masalah itu.

Syarikat itu mengakui terdapat penangguhan penerbangan sejak dua hari lepas dikatakan berpunca daripada kerosakan teknikal pada tiga pesawatnya jenis Boeing.

"Langkah segera diambil untuk memeriksa secara terperinci dan membaikinya.

"Kerana keselamatan menjadi keutamaan kami, pesawat-pesawat itu diperiksa dua kali sebelum dibenarkan membawa penumpang. Maka, terdapat kelewatan dalam tempoh sehari dua ini," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Syarikat itu menambah, buat masa ini ia menerima "terlalu ramai" penumpang sehingga mencapai purata lebih 90% penuh bagi setiap pesawat.

"Segala usaha sedang diambil bagi memastikan penumpang kami boleh berlepas dengan penerbangan berikutnya ke destinasi masing-masing.

"Untuk mengurangkan kelambatan, penumpang-penumpang seboleh-bolehnya diberikan tempat pada hari yang sama. Kakitangan teknikal dan operasi kami sedang bertungkus-lumus untuk berbuat demikian dan mengurangkan kelewatan," kata kenyataan itu sambil menambah Disember adalah bulan paling sibuk bagi syarikat penerbangan itu.


KEMENTERIAN LEMAH DAN UNIVERSITI LALAI - IJAZAH TIDAK LAKU


PUTRAJAYA 13 DIS : Kementerian Pengajian Tinggi mengakui kelalaian pengurusan universiti mungkin menjadi punca beberapa ijazah sarjana muda profesional tidak diiktiraf kerajaan walaupun pelajar sudah tamat pengajian.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata universiti yang menawarkan program diploma atau ijazah sarjana muda yang baru mesti memohon pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setahun sebelum pelajar tamat pengajian.

"Universiti juga perlu memohon akreditasi daripada badan profesional berkaitan bagi program profesional seperti kejuruteraan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Kualiti dan Integriti kementerian di sini semalam.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan yang disiarkan dalam ruangan Surat dan e-mel Berita Harian Khamis lalu berhubung beberapa program kejuruteraan di kolej universiti awam tidak diiktiraf JPA.

Penulis mendakwa antara kolej universiti awam terbabit ialah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (Kuktem), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) serta Kolej Universiti Kejuruteraan Utara (Kukum) yang masih belum diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Jurutera Malaysia (Bem).

Mustapha juga kena sedar bahawa, kelemahan kementerian yang diterajuinya juga adalah penyebab kenapa ijazah tersebut tidak laku. Sepatutnya kementerian memantau semua universiti dan mengarahkan tindakan diambil segera untuk memastikan semua ijazah yang ditawarkan oleh IPTA khususnya Kolej Universiti diiktiraf oleh JPA. Amat malang sekali apabila ijazah IPTA pun tidak diiktiraf.

Mustapha jangan hanya sibuk berpolitik sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawabnya.


HARAPAN SEORANG HAMBA RAKYAT


Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada Al-Sultan Perlis, Bekas Agong dah Selamat Datang kepada Al-Sultan Mizan selaku Agong Baru mulai hari ini. Semoga Al-Sultan Mizan dapat melakukan sesuatu dalam tahap hampir tiada ada apa-apa kuasa Agong. Hanya simbol dan daulat .. nampak gayanya ..

Tidak pulak kita mahu Simbol dan Daulat itu kemudian harinya tinggal persis tokong-tokong, berhala-berhala bak seperti zaman Abu Lahab ...

Dan kita rakyat marhaen, tentulah berasa amat BERTUAH jika sekiranya Al-Sultan Mizan dengan langkah PERTAMA sebagai Agong BARU menitahkan agar ISTANA BARU DI JALAN DUTA di TELITI SEMULA. Perbelanjaannya AMAT BANYAK. Alasan Istana Negara sekarang adalah sebuah rumah, sudah lama .. di situlah tempat bersemayam, di situlah tempat bertemu pemimpin negara asing, di situlah Bali Rong Seri, di situlah tempat Jamuan .. tentulah tidak dapat diterima dek akal rakyat marhaen ...

Rumah Putih @ White House pun dibini sejak zaman George Washington lagi ... sedari tahun 18xx (aku pun dah lupa - baru minggu lepas Discovery menayangkan sejarah White House). Kecik sahaja ruang rumahnya, hinggakan Bill Clinton pun terpaksa menyorok pembantunya di bawah meja untuk melunaskan hajat yang tidak ditunaikan oleh Hilary Clinton ...

Maka, alasan-alasan yang diberikan sudah pasti banyak, tetapi Al-Sultan Mizan seharusnya meneliti keperluan. Namun, abaikan saja doa patik yang hina ini, jika tuanku tidak mahu...

Hanya patik yang hina ini mampu berdoa .. agar PEMIMPIN-PEMIMPIN PATIK tidak kira PEMIMPIN EKSEKUTIF mahupun SIMBOL; menjadi PEMIMPIN yang KAYA dengan sifat-sifat KEBAIKAN dan MISKIN dengan HARTA BENDA ... seperti BAGINDA RASULULLAH, SAIDINA ABU BAKAR, SAIDINA UMAQ, SAIDINA UTHMAN, SAIDINA ALI dan UMAQ IBNU AZIZ ...

Jangalah jadi pemimpin yang hanya pandai BERUCAP MELALUI TEKS, JAGA KEBAJIKAN RAKYAT, TAHU KESUSAHAN RAKYAT tetapi menghabiskan banyak duit kepada SET KAYU GOLF, KERETA MINI yang hanya di selimut, KERETA BUATAN TANGAN ROC ROYS (baca dengan ejaan yg betul); apatahlagi membela ikan KOI beribu-ribu laban ....entahkan duit makanan ikan, duit api pam kolam pun rakyat marhaen yang bayar kan ....

Semoga Allah sampaikan Doa Patek yang Hina ini ke dalam Benak Kalbu Hati Tuanku Sultan Mizan ...

Oleh Matnoq di hantar melalui email


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59