Tuesday, 12 December 2006

PAK LAH HANYA LAYAK PIMPIN 'KITCHEN CABINET' - SALAHUDDIN


AYER MOLEK 12 DIS : Ketua Dewan Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayob menyatakan bahawa Pak Lah hanya layak memimpin 'Kitchen Cabinet' kerana lemah dalam serba serbi.

"Pak Lah lemah tenaga zahir dan batin, apa juga keputusan kena rujuk Khairy,Kamaruddin dan Nori" kata Salahuddin ketika menyampaikan ceramah di rumah Sdr Dahlan Mohd Diah di Kampung Solok Gaung di sini malam tadi.

Oleh kerana kelemahan inilah akhirnya orang melayu terus ketinggalan dari segi ekonomi, pendidikan dan agama.

"Ekuiti 30 % orang melayu tidak akan tercapai disebabkan tindakan Umno yang hanya membahagikan projek di kalangan mereka sahaja. Bahkan projek itu pula dijual dengan harga yang murah kepada tauke-tauke Cina" tambah Salahuddin.

Salahuddin memberi contoh bagaimana AP(Approved Permit) yang diberikan kepada kroni-kroni Rafidah Aziz yang dijual kepada Tauke-tauke Cina dengan harga murah. Orang-orang yang dapat AP ini akhirnya kaya dengan sekelip mata sehingga ada yang dapat duit 'terpijak' bernilai jutaan ringgit. Apa yang malang orang-orang yang dapat AP ini ada yang langsung tidak berniaga kereta tetapi mendapat AP kerana mereka adalah kroni Rafidah.

Begitu juga dalam kes makmal komputer sekolah yang kebanyakan bermasalah ini. Ianya jelas projek Pemuda Umno, sehingga ada yang langsung tiada kepakaran dalam industri pembinaan pun memperolehi projek pembinaan ini.

"Setelah mendapat projek mereka ini jual pula kepada tauke Cina" kata Salahuddin.

"Macamana Melayu nak capai 30 % ekuiti kalau semua projek dijual kepada Cina" soal Salahuddin.

Salahuddin juga melahirkan kekesalan diatas kegagalan Pak Lah menangani gejala rasuah yang semakin parah sekarang.

"Semasa mula mengambilalih tampuk pemerintahan Pak Lah berkata Tell Me the Truth, tetapi sudah berapa laporan BPR di buat terhadap Rafidah, Khir Toyo dan Samy Vellu satu pun tidak disiasat walaupun kertas pertuduhan telah siap" kata Salahuddin.

"Selepas rombakan kabinet dibuat Rafidah dan Samy tetap dilantik menganggotai kabinet Pak Lah" tambah Salahuddin lagi.

"Siapa yang mainkan siapa, Rafidah mainkan Pak Lah atau Pak Lah mainkan Rafidah, Samy Vellu takut pada Pak Lah atau Pak Lah takut pada Samy vellu, Khir Toyo tipu Pak Lah atau Pak Lah Tipu Khir Toyo" tegas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Turut sama berceramah bersama Salahuddin ialah Pemangku Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59