Thursday, 30 November 2006

CERAMAH MAT SABU MALAM ESOK


SELURUH PENDUDUK NEGERI MELAKA DIPELAWA HADIR UNTUK MENDENGAR CERAMAH NAIB PRESIDEN PAS, HJ MOHD SABU MALAM ESOK, 9.00 MALAM 1 DISEMBER BERTEMPAT DI PEJABAT PAS KAWASAN BUKIT KATIL. KG BUKIT KATIL. CERAMAH PASTI MENARIK DENGAN ISU-ISU SEMASA TEMPATAN, NASIONAL DAN ANTARABANGSA. ISU SEPERTI PEMBUNUHAN ALTANTUYA, ISU MURTAD, KEZALIMAN UMNO MEROBOHKAN RUMAH RAKYAT DAN SEBAGAINYA PASTI DIKUPAS DENGAN MENARIK OLEH HJ MOHD SABU.

KETUA PEMUDA PAS NEGERI, USTAZ KAMARUDDIN SEDIK DAN TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI MELAKA, HJ MOHD YASSIN ABDUL GHANI TURUT SAMA BERCERAMAH BERSAMA HJ MOHD SABU.


SATU LAGI EPISOD KEKEJAMAN KERAJAAN ISLAM HADHARI AKAN BERLAKU HARI INI?


Adalah dijangka bahawa kerajaan Islam Hadhari akan terus menunjukkan kekuasaan mereka hari ini apabila diberitakan bahawa surau Kampung Berembang, Jalan Ampang akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pagi ini (Khamis, 30 November).

Sesungguhnya kerajaan pimpinan Khir Toyo memang suka merobohkan surau dan rumah rakyat tanpa belas kasihan. Jelas bahawa mereka ini mabuk kuasa dan langsung tidak menghiraukan rayuan dari rakyat yang dianiaya. Apakah mereka tidak takut dengan doa orang yang kena zalim?

Harakahdaily melaporkan bahawa Setiausaha Jawatankuasa Rayuan dan Penyelesaian kampung itu, Alizan berkata, pihak MPAJ, FRU, polis dan SB dipercayai akan memasuki kampung mereka hari ini, untuk meneruskan niat mereka merobohkan satu-satunya bangunan yang masih terdapat di kampung berkenaan.

Surau Kampung Berembang, Ampang, akan dirobohkan oleh MPAJ pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.Sebelum ini, hasrat MPAJ merobohkan surau itu tertangguh, apabila penduduk kampung bersama aktivis masyarakat berhimpun untuk mempertahankan surau berkenaan.

Pada kejadian 20 November lalu, kesemua 60 buah rumah di kampung berkenaan dirobohkan secara kejam oleh MPAJ, sambil dikawal rapi oleh FRU, polis dan Rela.

Malah, pada hari tersebut, 23 orang, termasuk beberapa penduduk dan aktivis ditahan polis kerana 'bertelagah' dengan pihak berkuasa.

Dimanakah anak-anak ini hendak berteduh dari hujan dan panas jika sekiranya surau ini dirobohkan...?Dalam kejadian itu juga, seorang penduduk, Norhasliana Osman, 22, ditempatkan di High Dependancy Unit (HDU), Hospital Gleneagles Intan, akibat dibelasah FRU.

Rentetan peristiwa tersebut, pada 21 Nov lalu, beberapa wakil penduduk dan para aktivis mengunjungi Suhakam, di mana Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam sendiri mengadakan sidang media berhubung kes berkenaan.

Beliau turut mengakui tindakan MPAJ mengasari penduduk itu sebagai penyalahgunaan kuasa serta menegaskan pihaknya akan segera bertemu dengan Menteri Besar Selangor (MB), Dato' Seri Mohd Khir Toyo, bagi membincangkan perkara ini dengan lebih serius.

Semalam, para penduduk disertai para aktivis, wakil parti pembangkang, berhimpun di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK), di Shah Alam, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59