Wednesday, 29 November 2006

LAGI BUKTI 'MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI'


Keyakinan dan dakwaan pemimpin Islam Hadhari bahawa Ekonomi Malaysia semakin baik sekali disangkal berdasarkan pandangan beberapa pakar ekonomi tempatan dan luar negara. Nampaknya pemimpin-pemimpin kerajaan Islam Hadhari ini tak habis-habis angkat bakul sendiri.

Dalam laman Malaysia-Today disiarkan pandangan seorang pakar ekonomi, Chua Hak Bin dari Citigroup Global Markets di Singapura.

Malaysia pada satu ketika dikenali sebagai harimau Asia dari segi ekonominya telah tergelincir dan lemas, membuatkan para ahli ekonomi dan perniagaan dalam kebimbangan.

Chua berkata bahawa pasaran saham Malaysia lemah dan keyakinan perniagaan mencatat tahap terendah. Apa yang lebih membimbangkan, pelaburan langsung asing (FDI) menjunam dan negara tradisi yang dikatakan lembap seperti Indonesia sudah melepasi Malaysia dalam pertarungan sengit untuk modal global, menurut survey yang baru dilakukan oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia sedang menghadapi risiko dipinggirkan.

”Sehingga ia tangani banyak isu secara terus, jika tidak ekonomi Malaysia mungkin tergelincir ke dalam pertumbuhan yang berkualiti rendah,” beritahu pakar ekonomi kanan Sanjay Mathur dari UBS Investment Research, yang menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada kira-kira 5.5 peratus tahun ini.

Terdapat petanda bahawa kerajaan Malaysia sedang cuba mendapatkan semula keyakinan pelabur-pelabur.

Kerajaan Perdana Menteri Abdullah Badawi telah meliberalisasikan peraturan-peraturan berkaitan penggabungan bank-bank dan kerajaan telah memberitahu bahwa ia mengalu-alukan rakan kongsi asing untuk pengeluar kereta nasionalnya Proton.

”Perkara tersebut merupakan suara-suara yang ingin didengar. Tetapi pelabur-pelabur mahu lihat tindakan yang sebenar,” beritahu Mathur.

Jadi, apakah yang menyebabkan ekonomi Malaysia menghadapi permasalahan yang ada?

Secara ringkasnya, pakar ekonomi berpendapat bahawa keengganan Malaysia meliberalisasikan ekonominya bagi saingan yang lebih besar dan penyertaan asing, telah menjejaskan kedudukan Malaysia di kalangan pelabur-pelabur antarabangsa.

Di dalam negara, pelaburan domestik telah kering disebabkan dasar ekonomi berdasarkan kaum yang mengutamakan orang Melayu daripada bukan Melayu.

Hanya sedekad lepas, Malaysia dianggap sebagai ancaman ekonomi yang serius kepada Singapura kerana ia mengejar cita-cita untuk menjadi hab serantau bagi kewangan, teknologi maklumat dan pengangkutan.

Dalam pertengahan 1990-an, negara Malaysia menduduki tangga keenam dalam dunia sebagai tarikan kepada pelaburan asing, sementara nilai gabungan saham yang disenaraikan dalam pasaran bursa hanya di belakang Jepun dan Hong Kong di Asia.

Tetapi kedudukan yang tinggi itu telah mengalami kemerosotan yang teruk.

Hari ini, kedudukan Malaysia sebagai destinasi bagi modal asing telah merosot ke tangga ke-62, itu menurut survey yang dilakukan oleh Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan.

Malaysia, pada suatu masa dulu telah bersaing dengan Singapura untuk pelaburan asing, kini ia disaingi oleh negara-negara lembap yang tradisi seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Kepentingan pasaran modalnya juga sudah menjunam. Nilai perdagangan pasaran saham Singapura adalah tiga kali ganda lebih besar daripada saham yang disearaikan pada bursa saham Malaysia.

”Ia bukan kerana Malaysia berundur ke belakang, tetapi ia tidak maju ke hadapan cukup pantas,” kata Chua daripada Citigroup.

Dari perspektif antarabangsa, pakar ekonomi berkata imej Malaysia masih tercemar oleh tindakan kontroversi mengenakan kawalan modal ke atas ekonomi pada September 1998 bagi melindungi ekonomi daripada spekulator matawang.

Sementara banyak daripada langkah sekatan ekonomi tersebut telah dihentikan pada April tahun lalu – yang termasuk menamatkan penetapan ringgit Malaysia pada dolar Amerika – pakar ekonomi mengatakan Malaysia patut mengangkat sekatan ke atas perdagangan matawang dalam pasaran antarabangsa.

Lebih penting, Malaysia perlu mencipta semula model ekonominya. Bagi tiga dekad yang lalu, mercu tanda ‘blueprint’ ekonomi negara telah menjadi dasar pembikinan sosial bertujuan mempromosikan kepentingan orang Melayu, iaitu kaum yang mendominasi politik Malaysia.

Dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), pelan tersebut telah bermula pada awal 1970-an yang bertujuan meningkatkan pemilikan ekonomi orang Melayu ke 30 peratus dari bawah 20 peratus pada masa kini.

Tetapi DEB telah melahirkan ketidakcekapan dalam ekonomi dan menurunkan pelaburan dari dalam dan luar negara, menurut pakar ekonomi dan ahli perniagaan.

Lebih buruk lagi, dasar tersebut telah berubah menjadi alat berbahaya menggalakkan politik naungan. DEB mengenakan had ke atas pemilikan asing dalam perniagaan dan menetapkan orang Melayu diberikan saham dalam syarikat-syarikat baru dan yang sedia ada.

Disunting dari Malaysia-Today.


RAHMAN BAKAR TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIR


Nampaknya Abdul Rahman Bakar, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Marang semakin takut dengan bayang-bayang sendiri apabila mendakwa semakin ramai pengundi hantu didaftarkan di Parlimen Marang. Menurutnya ini semua adalah kerja jahat PAS sedangkan hakikatnya Umno lah 'juara' pengundi hantu.

Rahman Bakar sebenarnya semakin cuak akan kehilangan jawatan Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri kerana sokongan rakyat Terengganu kepada PAS semakin hari semakin bertambah.

Dalam kenyataannya beliau kepada media semalam beliau menyatakan bahawa Umno bahagian Marang telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai kewujudan 'pengundi hantu' dalam salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh PAS di daerah itu.

Laporan tersebut dibuat oleh ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar di pejabat SPR Terengganu di Kuala Terengganu pada 6 November lalu.

“Aduan rasmi itu dibuat setelah kami menjumpai 541 ‘pengundi hantu’ didaftarkan di kawasan DUN Rhu Rendang,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen semalam.

Rhu Rendang merupakan satu daripada empat kerusi DUN dalam parlimen Marang. Ketika ini kawasan tersebut diwakili oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada hujung September lalu, Abdul Rahman yuang juga Ketua Umno bahagian Marang mendedahkan terdapat 310 ‘pengundi hantu’ didaftar di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia turut mendakwa para ‘pengundi hantu’ itu didaftarkan oleh PAS.

Bagaimanapun hari ini menurut Abdul Rahman jumlah ‘pengundi hantu’ itu telah bertambah kepada 541 orang dan beliau menuduh PAS mendaftar lebih ramai orang luar di kawasan tersebut.

Abdul Rahman berkata, ‘pengundu hantu’ ini tidak menetap di Marang, tidak berkerja di kawasan itu dan tidak berkahwin dengan orang tempatan.

Beliau turut menunjukkan kepada para wartawan senarai yang didakwanya ‘pengundi hantu’ yang menurutnya menetap di Petaling Jaya, Klang, Shah Alam atau Perak.

“Umno bahagian Marang telah memantau senarai daftar pengundi di kawasan ini sejak Jun lalu,” katanya.

Abdul Rahman mendakwa, ‘taktik kotor’ dengan mengimport pengundi luar ini telah diamalkan oleh Abdul Hadi sejak beliau memenangi kerusi tersebut pada 1986.

Katanya, perkara ini telah dibawa ke mesyuarat badan perhubungan Umno negeri dan Majlis Tertinggi Umno.

Beliau yang menyesali gejala ‘pengundi hantu’ ini turut menggesa SPR bertindak segera.


HARI RAYA ISLAM TIDAK BOLEH DIRAYAKAN BERSAMA PERAYAAN AGAMA LAIN - MUFTI PERLIS


Mufti baru Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataannya kepada Malaysiakini menegaskan bahawa perayaan-perayaan Islam tidak boleh dianjurkan bersama dengan perayaan agama lain kerana perayaan Islam perlu dirayakan mengikut ajaran dan nilai Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi keputusan mesyuarat mufti-mufti pada awal tahun ini yang memutuskan majlis “kongsi raya” atau “Deeparaya” adalah haram di sisi Islam.

Isu tersebut hangat menjelang hari raya Aidil Fitri yang lalu apabila ketua unit Syriah Takaful Malaysia mengedarkan kenyataan kepada kakitangan syarikat itu yang antara lain menyeru jangan mengucapkan “Selamat Deeepavali...” kepada pelanggan beragama Hindu kerana dibimbangi akan merosakkan akidah.

“Perayaan agama kita terikat dengan akidah. Sebagai contoh hari raya Aidil fitri, Tuhan mahu kita merayakan kejayaan berpuasa dan memuji-mujiNya serta membesar-besarkanNya kerana telah memberi kekutaan dnan rezeki kepada kita,”jelas Dr Asri yang merupakan Mufti termuda di negara ini.

Beliau bagaimanapun sependapat dengan Mufti Qatar, Yusuf Al-Qaradhawi yang tidak melarang umat Islam mengucap “ Selamat....” kepada penganut agama lain pada hari perayaan masing-masing.


PAS BANTAH PAMERAN HANTU


PULAU PINANG 29 NOV : Saranan pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil agar pameran hantu dihentikan serta merta kerana ianya tidak mendatangkan manfaat malah mengajak rakyat mempercayai perkara tahyul dan khurafat mendapat reaksi yang sama dari pemimpin PAS pusat.

Dalam laporan The Star semalam Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahid Yusof Rawa membantah penganjuran Pameran Mistik dan Hantu yang dijadualkan berlangsung sepanjang Pesta Pulau Pinang Disember ini kerana ia bercirikan kepercayaan tahyul serta khurafat yang akan membawa nilai negatif kepada masyarakat semua kaum di negara ini.

Dalam kenyataannya di sini ini semalam Us Mujahid turut menggesa penganjur supaya membatalkan pameran itu untuk memastikan nilai-nilai progresif dalam masyarakat tidak terganggu.

"PAS memang menentang sebarang usaha yang menyibukkan masyarakat dengan sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata dan bercirikan kepercayaan tahayul dan khurafat.

"Ia amat bertentangan dengan nilai-nilai murni dan juga boleh menghalang masyarakat kita untuk maju ke hadapan," katanya.

Beliau berkata selain bertentangan dengan ajaran Islam, pameran itu akan mengundang keraguan dan kesahihan orang ramai terhadap perkara "ghaib" yang dipamerkan.

"Pameran itu hanya bertujuan komersial bagi mengeksploitasikan perasaan 'ingin tahu' masyarakat di mana pihak penganjur tidak mengambil kira nilai etika dan moral yang merosakkan masyarakat semata-mata kerana ingin mengaut untung," katanya.

Beliau berkata PAS menggesa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), penganjur Pesta Pulau Pinang, Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan tokoh-tokoh masyarakat serta agama supaya mengambil kira pandangan itu.

Disunting dari The Star


MUAK DENGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN IMAM AL HADHARI


BUKIT KATIL 29 Nov. – Rakyat berasa muak dan mual dengan janji Imam Al Hadhari untuk membenteras rasuah kerana hakikat sebenarnya tidak begitu. Kalau betul apa yang dihajatkan beliau untuk menghapuskan rasuah mengapa indeks rasuah negara merudum sejak beliau memimpin negara ini.

Semalam sekali lagi Imam Al Hadhari bercakap soal membenteras rasuah. Kononnya beliau mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak segera menyiasat aduan rasuah dan menghadapkan mereka yang didakwa melakukan jenayah itu ke mahkamah tanpa mengira mereka ‘orang besar’ atau ‘orang kecil’.

Menurut Imam itu lagi, BPR perlu menjalankan siasatan sendiri tanpa menunggu laporan polis jika mereka yakin maklumat yang diterima berhubung sesuatu kes rasuah benar-benar berasas.

Beliau menegaskan, BPR kini mempunyai anggota penguat kuasa tambahan yang ramai dan dengan kekuatan itu mereka sudah boleh bertindak segera menyiasat mana-mana kes rasuah tanpa perlu lagi menunggu laporan polis.

Imam Al Hadhari itu juga turut menggesa BPR mendakwa pesalah rasuah ke mahkamah dengan segera jika penyiasatan mereka membuktikan individu tertentu terlibat dalam aktiviti rasuah.

Tetapi sehingga kini laporan rasuah terhadap Rafidah Aziz, Khir Toyo dan ramai lagi pemimpin Islam Hadhari yang telah dibuat 'berkurun' lamanya masih tidak disiasat. Sesetengahnya telah dilaporkan semenjak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59