Tuesday, 28 November 2006

PAS KAWASAN SOKONG LAPORAN POLIS DAP


BUKIT KATIL 28 NOV : "Umno seolah-olah mentadbir negara ini macam mak bapak dia punya " itulah reaksi spontan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek ketika diminta mengulas laporan Polis yang dibuat oleh DAP hari ini yang mempersoalkan siapakah yang akan mendapat faedah dari peruntukan tambahan sebanyak RM600 juta untuk projek-projek luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Laporan tersebut telah dibuat oleh Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Ronnie Liu semalam.

Dalam laporan itu Ronnie bertanya, adakan bahagian-bahagian Umno di seluruh negara akan mendapat bajet berkenaan untuk disalurkan kepada para pemimpin di akar umbi?

Hj Bakrin juga menjelaskan bahawa perangai pemimpin Umno yang memfaraidkan duit rakyat seperti duit mereka sendiri memang telah lama diketahui.

"Bayangkan sahaja cara mereka 'claim' bila mereka melawat luar negeri, macam-macam mereka 'claim' kadang-kadang tak masuk akal" tambah Hj Bakrin lagi.

Pada penutup perhimpunan agung Umno baru-baru ini Presiden parti itu merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan kerajaan akan menambah RM600 juta lagi peruntukan bagi pembangunan luar bandar. Sebelum ini di dalam RMK9, sebanyak RM1.5 billion telah diperuntukkan oleh kerajaan.

Sebaik sahaja selepas pengumuman Abdullah itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin pula memberitahu para wartawan, semua 198 kawasan Parlimen akan mendapat RM3 juta dari RM600 juta yang diperuntukkan itu.

Menurutnya, dana tambahan itu akan dgunakan untuk membantu kontraktor kelas-F dan akan disalurkan dalam tempoh enam bulan.

Bagaimanapun menurut Liu, sepucuk surat yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed pada 13 November lalu membawa cerita lain pula.

Dalam mengarahkan pengarah Jabatan Kerjaraya mempercepatkan pelaksanaan projek-projek berkenaan, kandungan surat itu menyatakan dana itu hanya untuk projek-projek kecil di Semenanjung dan Sabah.

Liu berkata, mungkin Sarawak tidak termasuk dalam pembahagain peruntukan itu kerana Umno tiada di negeri itu.

“Terdapat 191 bahagaian Umno di Semenanjung dan Sabah. Jika setiap bahagian diberikan projek bernilai RM3 juta, jumlah keseluruhannya ialah RM573 juta,” katanya lagi.

Menurut beliau, majoriti ketua bahagian Umno secara automatik akan layak menekmati faedah ini kerana sebahagian besar mereka mempunyai lesen kelas-F yang membolehkan mereka mendapat kontrak-kontrak kecil seperti membaiki jalan, mengecat bangunan kerajaan dan membaiki longkang.

Kontrak-kontrak kecil ini bernilai tidak lebih RM200,000 setiap satu dan dikhaskan untuk bumiputera.

Liu berkata, kemungkinan besar tambahan dana ini adalah keputusan parti, bukannya kata sepakat di peringkat kabinet.

Surat yang ditandatangan oleh Mohd Zin itu dihantar salinannya kepada Perdana Menteri, Menteri Kerjaraya dan Menteri Kewangan Kedua. Bagaimanapun tiada salinan untuk Menteri Pembangunann Wilayah dan Luar bandar Datuk Abdul Aziz Shamsudin walaupun peruntukan itu adalah untuk pembangunan luar bandar.

Liu mendakwa, dana tambahan ini tidak diluluskan oleh Parliamen atau kabinet, sebagaimana rancangan RMK9.

“Penggunaan wang rakyat telah dibuat secara tidak mengikut undang-undang," katanya sambil mendakwa dana berkenaan sebenarnya digunkan untuk disalurkan kepada para pemimpin Umno di bahagian bagi memastikan mereka menyokong pucuk pimpinan.

Liu membuat laporan polis hari ini dengan menyertakan salinan surat Mohd Zin sebagai buktinya. Satu salinan surat tersebut juga diberi kepada malaysiakini.

Disunting dari Malaysiakini


SAYA TIDAK AKAN BERHENTI DARI BERCAKAP ISU MURTAD - DR BADRUL AMIN


DURIAN TUNGGAL 28 NOV : Ahli MPT PKR, Dr Badrul Amin Baharon menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti memperkatakan tentang isu murtad walaupun mungkin ianya memerlukan nyawa untuk dipertaruhkan.

Beliau menegaskan demikian dalam ceramahnya di Markaz PAS Cawangan Kg Gangsa di sini malam tadi.

"Angka yang saya perolehi dari sumber gerakan kristian menunjukkan bahawa sudah lebih dari 350,000 orang melayu murtad dengan masuk kristian manakala lebih 150,000 masuk hindu. Maka sudah ada setengah juta orang Islam yang murtad sekarang" tegas Badrul Amin.

"Apa yang kerajaan Islam Hadhari buat, sebenarnya Islam Hadhari ini sama dengan Islam Liberal yang menyamakan semua agama. Sebab itu gejala murtad ini tidak dibendung kerana semua agama sama" tambah Badrul Amin.

"Apa saudara-saudari rela anak kita dimurtadkan, jangan kita berdiam diri dalam isu ini, ianya suatu yang wajib ditangani" jelas Badrul Amin lagi.

Dalam ceramahnya juga beliau menegaskan Islam Hadhari ini tidak disebut didalam 6,666 ayat Al-Qur'an dan Hadis-Hadis Sahih Nabi Mohamad S.A.W. Ini merupakan ajaran baru dan menyeleweng dari Islam sebenar.

Apa yang amat dikesalkan beliau ialah gerakan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) dipelopori oleh kumpulan Sisters In Islam (SIS) yang bertindak sebagai sekretariat. Lebih malang lagi anak perempuan Perdana Menteri sendiri iaitu Nori Binti Abdullah juga terlibat sama dengan SIS yang disifatkan sebagai Sister In Syaitan oleh Badrul Amin.

Badrul Amin juga mendedahkan pandangan baru Zainah Anwar penggerak SIS yang menyatakan bahawa undang-undang Islam tidak lengkap kerana ianya dicipta oleh orang lelaki iaitu Nabi Mohammad S.A.W.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59