Monday, 27 November 2006

SISTEM PENDIDKAN UNIVERSITI KITA GAGAL LAHIRKAN MAHASISWA BERAKHLAQ


KUALA LUMPUR 27 NOV : Purata 100 kesalahan setahun direkodkan melibatkan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepanjang 35 tahun lepas dan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan melalui kementerian yang berkenaan gagal melahirkan mahasiswa yang berakhlaq mulia dan berdisiplin tinggi.

Baru-baru ini ranking universiti-universiti merudum jatuh, kini kita dikejutkan pula dengan berita akhlaq mahasiswa yang semakin parah. Apalagi yang tinggal yang boleh kita banggakan.

Menteri berkenaan Datuk Mustapa Mohamed berjanji untuk mengatasi masalah ini, tetapi hakikatnya Mustapha dan kerajaan Islam Hadhari lebih berminat untuk membendung kegiatan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus daripada mengatasi masalah ini. Apa sahaja kegiatan PMI dipantau dan dikacau sedangkan program-program PMI jelas bertujuan untuk meningkatkan ketaqwaan dan akhlaq mahasisiwa.

Tidak ada apa yang hendak dihairankan kerana sebenarnya kementerian dan pentadbir kampuslah yang menggalakkan pergaulan bebas siswa dan siswi di mana program yang dianjurkan mereka semuanya menggalakkan pergaulan bebas dan percampuran siswa dan siswi. Apatah lagi program seperti konsert, karaoke dan sebagainya digalakkan oleh mereka. Pada masa yang sama program-program di surau-surau dan masjid dikurangkan apatah kalau ianya dianjurkan oleh PMI.

Statistik dibawah ini cukup membimbangkan kerana ianya dilakukan oleh orang yang bijak dan cerdik. Kalau orang cerdik macam ini pun tidak dapat berfikir dengan waras bagaimana dengan remaja yang tidak lulus periksa, keciciran pelajaran dan melepak, sudah tentu lebih teruk.

Mustapha dalam kenyataannya hari ini berkata 3,818 kesalahan yang dilakukan pelajar IPT dari 1971 hingga 2006, kes khalwat adalah yang paling tinggi melibatkan 735 kes, diikuti dengan penyelewengan akademik sebanyak 632 kes, mencuri (332), membawa nota sewaktu peperiksaan (270), kesalahan lalu lintas (212) dan penyalahgunaan dadah (107).


KAYA NYE DIA


LIHATLAH BETAPA MEWAHNYA 'TYCOON' DATUK NIK SAPEIA NIK YUSOF PENYEMBUR LADA HITAM KEPADA DR MAHATHIR. KELIHATAN BELIAU BERSAMA SALAH SEORANG ANAK DAN 'BODY GUARD'NYA DI DALAM KERETA MEWAH BELIAU CADILLAC LIMOUSINE 7,500 CC. KERETA YANG MEMAKAI NO PLAT 'BANGKOK 2' DIBERITAKAN HANYA ADA 40 BUAH KERETA JENIS INI PEMANDUAN KANAN DI DUNIA.

KAYA NYE DIA


EKONOMI MALAYSIA BAIK : MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI


Seringkali kita mendengar dari mulut Perdana Menteri dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya bahawa ekonomi Malaysia sekarang berada dalam keadaan baik dan kukuh. Inilah kata-kata yang boleh kita umpamakan 'masuk bakul angkat sendiri'.

Hakikatnya ramai di antara pakar-pakar ekonomi termasuk bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai pandangan yang jauh berbeza.

Ku Li dalam kenyataannya kepada Malaysiakini menyatakan bahawa ekonomi negara kini berada dalam keadaan muram.

Katanya, ekonomi Malaysia kini mundur ke belakang berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara, termasuk Indonesia dan Vietnam.

“Kalau dalam bahasa Inggerisnya, ekonomi berada dalam keadaan “sluggish”. Dulu (bagi) pelaburan asing, Malaysia nombor dua selepas Singapura tetapi kini cuma tinggi sedikit dari Filipina. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pula, Singapura terus meningkat lima kali lebih tinggi dari negara kita.

“Kalau kerajaan tidak menguruskan ekonomi dengan betul, ekonomi kita akan semakin ketinggalan. Keadaan yang berlaku sekarang amat membimbangkan.

“Cuba kita bandingkan dengan ekonomi negara-negara jiran, pendapatan rakyat Singapura lima kali ganda lebih tinggi dari Malaysia. Pendapatana per kapita mereka AS$29,000, Malaysia cuma AS$5,600,” katanya.

Tengku Razaleigh ditemui ketika menghadiri majlis Aidifitri di rumah bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali di Taman Melawati di ibu negara baru-baru ini.

Tengku Razaleigh berkata, salah satu isyarat ekonomi negara sedang lembab ialah dengan meningkatnya jenayah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sekarang kita saksikan kes ragut, mencuri dan merompak hingga sanggup membunuh. Ini berlaku kerana orang tidak mempunyai wang untuk membiayai kehidupan mereka.

“Selain itu, kira-kira 90,000 graduan sedang menganggur dan dijangka meningkat lagi tahun depan kerana semakin ramai lepasan pengajian tinggi memasuki pasaran buruh,” katanya lagi.

Beliau berkata, modal asing di Singapura melimpah ruah kerana pelabur tidak menghadapi kerenah birokrasi untuk menanam modal di republik itu.

“Walaupun Singapura kecil dan kos pengeluarannya jauh lebih tinggi dari kita, tetapi pelaburan asing terus mencurah-curah ke negara itu.

“Kita mesti mula memikirkan keupayaan untuk bersaing dengan negara-negara Asean dan juga China jika tidak mahu menjadi lebih tenat,” tambahnya.

Pada masa ini, kata bekas Naib Presiden Umno itu, bukan sahaja pelabur asing tidak tertarik datang ke Malaysia, malah pelabur tempatan, termasuk ahli perniagaan Melayu, melabur di negara lain.

“Mereka lebih senang melabur di Singapura dan ramai lagi orang Melayu yang berbuat demikian, ini sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.

‘Kita tidak pandai menjaga hati pelabur tempatan, jadi macam mana orang luar mahu datang melabur di Malaysia,” katanya.

Tengku Razaleigh juga mempersoalkana kenyataan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa Datuk Rafidah Aziz yang mendakwa pelabur asing akan membawa pelaburan bernilai RM13.9 bilion ke negara ini.

Menurut beliau, angka yang diumumkan oleh menteri itu hanya cadangan, bukannya pelaburan yang akan atau telah dilaksanakan.

“Itu baru satu cadangan, belum tentu akan dibuat dan kalaupun dilaksanakan, ia memakan masa tiga empat tahun untuk disiapkan dan dalam tempoh itu pelbagai perkara boleh berlaku,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu lagi, dengan iklim pelaburan di negara-negara lain juga semakin menarik, maka Malaysia perlu meningkat daya saingannya.

Disunting dari Malaysiakini


HARGA MINYAK TURUN : TIADA SIMPATI DARI KERAJAAN ISLAM HADHARI


Walaupun harga minyak telah turun kepada AS$60 setong tetapi kerajaan pimpinan Imam Al Hadhari masih tidak mahu menurunkan harga runcit petroleum. Inilah yang kita katakan kerajaan tidak berhati perut kerana bila harga minyak naik mendadak secepat kilat harga runcit dinaikkan tetapi bila harga turun pelbagai alasan diberikan untuk 'menipu' rakyat.

Sabtu lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata harga runcit minyak mungkin dikaji semula jika harga bahan bakar itu terus turun di pasaran dunia sehingga di bawah paras AS$50 setong tahun depan, kata

Katanya, kerajaan tidak nampak mengapa harga itu tidak boleh dikaji semula berdasarkan perkembangan semasa yang perlu disesuaikan mengikut perkembangan global.

Bagaimanapun, katanya, harga sekarang yang turun pada kadar AS$60 setong, tidak perlu dikaji semula kerana kerajaan masih lagi menanggung beban subsidi bahan itu yang sangat besar.

Bagaimanapun, kalau harga itu terus turun lagi (di bawah paras AS$50 setong) sesuatu yang boleh dikaji semula katanya kepada pemberita di Bachok, Kelantan Sabtu lalu.

INILAH DIA RUPA SEBENAR KERAJAAN ISLAM HADHARI. MEREKA BUKANNYA CUBA UNTUK MERINGANKAN BEBAN RAKYAT SEBAIK MUNGKIN TETAPI MENCARI ALASAN UNTUK 'MENIPU' RAKYAT. WANG RAKYAT YANG SEPATUTNYA DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK PEMBAZIRAN.

MARILAH SAMA-SAMA KITA AJAR KERAJAAN INI DALAM PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG.


HENTIKAN PAMERAN BERUNSUR TAHYUL


BUKIT KATIL 27 NOV : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa pihak berwajib membatalkan program-program berunsur tahyul kerana ia jelas mengajar masyarakat supaya percaya kepada perkara-perkara tersebut.

Setiausaha DPP Kawasan Khairuddin Ismail dalam kenyataannya pagi ini menjelaskan bahawa program-program sebegini sebenarnya memberikan kesan negatif yang jelas di mana ianya akan mempengaruhi orang ramai terutama kanak-kanak.

"Kerajaan dan pihak berwajib sepatutnya mendidik masyarakat supaya tidak mempercayai perkara sebegini tetapi nampaknya mereka pula yang bersetuju dan mengalakkan program ini" jelas Khairudin.

Media hari ini melaporkan bahawa empat pameran bermula bulan hadapan hingga Mac bakal diadakan. Toyol, pocong dan pontianak adalah makhluk yang cuba dijauhi manusia, namun ketaksuban dan publisiti meluas menyebabkan makhluk itu sekarang menjadi ‘buruan’ untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Sambutan luar biasa orang ramai terhadap dua pameran di Muzium Shah Alam dan Bastion House, Bandar Hilir, Melaka sebelum ini menyebabkan ‘perang’ pameran makhluk dan objek berunsur mistik, termasuk didakwa hantu, semakin panas.

Ini terbukti apabila sepanjang Disember ini, sekurang-kurangnya empat pameran mistik dan aneh akan dianjurkan di Pulau Pinang; Nilai 3, Negeri Sembilan serta dua di Melaka.

Tiga penyimpan makhluk dan objek mistik dari Selangor iaitu Baharuddin Osman atau Pak Raden dari Klang; Safuan Abu Bakar (Kuang) dan Mohd Salim Santhiman atau Wak Salim (Jenjarum) adalah ‘watak utama’ menyediakan bahan untuk semua pameran berkenaan.


KECUAIAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN. MENTERI MESTI LETAK JAWATAN


LANGKAWI 27 NOV : Kemalangan membabit Feri ke Langkawi beberapa hari lalu sungguh mengejutkan. Ini kerana ia merupakan kejadian pertama melibatkan perlanggaran 2 buah Feri.

Apa jelas dari laporan yang di terima aspek keselamatan dan persediaan menghadapi bencana apa kurang. Pihak pengusaha dan Kementerian Pengangkutan mesti bertanggungjawab di atas kejadian yang mengorbankan seorang mangsa yang meninggal dunia iaitu Mohd Danial Ramli, 3 tahun.

Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman menggesa Chan Kong Choy Menteri Pengangkutan meletakkan jawatan serta merta kerana gagal mentadbir kementeriannya sehingga berlaku kejadian sedemikian rupa.

Sementara itu kanak-kanak yang menjadi mangsa kemalangan ini meninggal dunia kira-kira 12.15 25 November lalu di Hospital Langkawi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira 7.30 malam, Sabtu lalu. Beliau mengalami kecederaan parah di kepala.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59