Monday, 20 November 2006

KERAJAAN ISLAM HADHARI TERUS LAKUKAN KEZALIMAN


AMPANG 20 NOV : Kerajaan Islam Hadhari pimpinan Khir Toyo di Selangor terus melakukan kezaliman apabila merobohkan rumah rakyat sedangkan rumah untuk mereka berpindah belum siap.

Media hari ini melaporkan bahawa seramai 23 aktivis hak asasi manusia, tiga daripadanya perempuan, ditahan polis pagi ini setelah berlaku pergelutan dengan para pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika operasi merobohkan rumah setinggan di Kampung Berembang, Ampang.

Para pegawai penguatkuasa MPAJ yang turut diserta oleh anggota Rela dan polis telah pergi ke kampung tersebut untuk merobohkan kira-kira 60 buah rumah di kampung Melayu yang terletak kira-kira 10km dari Menara Berkembar Petronas.

Bagaimanapun kedatangan mereka disambut dengan protes oleh penduduk kampung yang disokong oleh aktivis dari pertubuhan bukan kerajaan, Jerit dan ahli jawatankuasa penaja Parti Sosialis Malaysia.

Pergelutan telah berlaku antara pasukan penguatkuasa dan penduduk kampung itu hingga memaksa polis campurtangan dan sembilan aktivis ditahan.

Empat buah rumah telah dirobohkan bagaimanapun selepas berlaku ketegangan dan pergelutan itu, operasi tersebut ditangguhkan.

Seorang anggota pertubuhan Suara Hak Asasi Manusia, (Suaram) Chang Lih Kang berkata, mereka yang ditahan dibawa ke balai polis Taman Keramat dan Ampang Jaya.

“Suaram mengutuk penahanan para aktivis itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Jerit pula menyatakan, penduduk berkenaan telah diberikan notis berpindah di bawah Ordinan Darurat.


“Mereka diberikan notis berpindah walaupun rumah alternatif mereka belum disiapkan,”jelas pertubuhan itu dalam satu kenyataannya.

Jerit adalah sebuah pertubuhan yang membela nasib setinggan dengan membantu mereka berhubung dengan pihak berkuasa tempatan serta mendapatkan pampasan serta rumah alternatif bagi menggantikan rumah yang dirobohkan.

“Pada 2 November pendudk kampung ini telah menemui Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud yang memberi jaminan mereka boleh tinggal di kampung itu sehingga rumah alternatif mereka disiapkan pada April tahun depan,” kata Jerit.

Para penduduk juga telah memfailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bantahan terhadap kerja perobohan rumah mereka. Pada Jumaat lalu mahkamah berkenaan menangguhkan perbicaraannya kepada April 2007.

Kampung Berembang telah dihuni oleh kira-kira 470 penduduk berkenaan sejak 30 tahun lalu tetapi mahu dirobohkan oleh kerajaan Selangor di bawah agenda setinggan sifarnya tahun ini.

INILAH RENTETAN KEZALIMAN KERAJAAN ISLAM HADHARI YANG MABUK KUASA. MEREKA BERTINDAK SESUKA HATI KEPADA RAKYAT YANG LEMAH TETAPI SENTIASA BERSIKAP LUNAK DAN LEMBUT KEPADA GOLONGAN ATASAN SEPERTI ISU ISTANA ZAKARIA DEROS.


KERAJAAN NEGERI BENARLAN KONSERT ROCK ASALKAN MEMENUHI SYARAT-SYARAT TERTENTU


KOTA BAHARU 20 NOV : Setelah 15 tahun Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan, semalam dengan rasminya mengumumkan kesediaan memberi laluan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan konsert di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri YB Hj Takiyuddin Hassan berkata Menteri Besar Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersetuju membuka peluang kepada pertubuhan bukan kerajaan, persatuan atau orang perseorangan yang hendak menganjurkan konsert.

"Kita mengalu-alukan dan sedia memberi peluang kepada mana-mana pertubuhan, persatuan atau orang-orang perseorangan yang ingin menganjurkan konsert di negeri ini," katanya kepada pemberita pada Konsert Terbuka Hotlink di sini, malam tadi sempena ulangtahun pertama pengisytiharan Kota Baharu Bandaraya Islam.

Konsert ketiga anjuran kerajaan negeri itu dihadiri kira-kira 15,000 penonton dengan menampilkan beberapa artis termasuk Mawi, InTeam, Haziq dan Hazama serta pelawak kumpulan Salam Pantai Timur.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata beberapa syarat perlu dipatuhi oleh penganjur terbabit termasuk daripada segi pemakaian, lagu yang dipersembahkan dan tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sedia menerima mana-mana kumpulan rock untuk datang mengadakan persembahan dengan syarat tidak melampaui batas yang ditetapkan.

"Tidak semua rock itu negatif, ada juga positif, kita ambil yang positif untuk dipersembahkan kepada orang ramai," katanya.

Kerajaan PAS Kelantan "menutup" sepenuhnya persembahan kebudayaan dan hiburan sejak memerintah negeri itu pada 1990 dengan alasan terdapat unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan akidah Islam.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini beberapa permainan tradisional seperti wayang kulit dan dikir barat diberi kelonggaran untuk mengadakan persembahan dengan syarat tidak terdapat unsur-unsur tahyul dan "kotor" yang boleh merosakkan akhlak manusia.

Takiyuddin berkata kerajaan negeri juga sedia menimbang diadakan persembahan Mak Yong dan Puteri kepada orang ramai dengan syarat tidak mencampur-adukkan unsur-unsur tahyul dan khurafat yang diamalkan dalam seni itu.

"Kalau ada pengiat seni yang boleh beri pandangan kepada saya...kalau boleh buatlah kajian cara mana persembahan itu hendak dilakukan agar tidak bercanggah dengan agama kita," katanya

Disunting dari The Star


KISAH PENGAJARAN


Kiriman M.H melalui email.

Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.


'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah di kl... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!


JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA (JAIM) DI DAKWA PENIPU


MELAKA 20 NOV : Seorang bapa, Kassim Doha, 50, dari Bukit Rambai dekat sini membuat laporan Polis semalam dengan mendakwa JAIM, Sekolah Agama kendalian JAIM dan Konsultan yang mengendalikan Portal Pendidikan JAIM menipu beliau.

Beliau berkata, dia sudah membayar RM20 untuk portal pendidikan anaknya sejak tahun 2004 hingga sekarang tetapi portal berkenaan tidak berfungsi seperti dijanjikan.

Katanya, dia sudah beberapa kali menghubungi pihak sekolah dan bahagian pendidikan Jabatan Agama tetapi mereka tidak dapat memberi jawapan memuaskan mengenai wang berkenaan.

Beliau juga berkata, terdapat kira-kira 50,000 pelajar belajar di sekolah Jaim dan terpaksa membayar yuran berkenaan dan tidak mengetahui ke mana wang berkenaan disalurkan.

Menurutnya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga Khamis lalu sebagai tindakan terhadap JAIM yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Portal Pendidikan Jaim itu sudah ditanda tangani kerajaan negeri dan Ramadan Consultancy Services (RCS) pada 23 Julai 2004 di mana banyak manfaat boleh didapati menerusi lama web berkenaan.

“Apa yang mengecewakan Portal Pendidikan itu wujud tetapi ibu bapa tidak boleh melayari laman web berkenaan,” katanya.

Ibu bapa pelajar sekolah agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di negeri ini kecewa apabila portal pendidikan Jaim yang diwujudkan tidak berfungsi sehingga kini.

Mereka lebih kecewa apabila terpaksa membayar RM20 setahun bagi membolehkan ibu bapa melayari portal pendidikan Jaim berkenaan.

Portal Pendidikan Jaim itu diwujudkan sejak tahun 2004 dan semua pelajar yang menghantar anak mereka ke sekolah agama Jaim perlu menjelaskan yuran RM20 itu setiap tahun apabila sesi persekolahan dibuka.

Bagaimanapun, portal pendidikan itu tidak boleh dibuka dan ia diwujudkan sebagai syarat saja walaupun ramai ibu bapa tidak mengetahui kewujudan portal berkenaan.

Seorang bapa, Kassim Doha, 50, dari Bukit Rambai dekat berkata, dia sudah membayar RM20 untuk portal pendidikan anaknya sejak tahun 2004 hingga sekarang tetapi portal berkenaan tidak berfungsi seperti dijanjikan.

Katanya, dia sudah beberapa kali menghubungi pihak sekolah dan bahagian pendidikan Jabatan Agama tetapi mereka tidak dapat memberi jawapan memuaskan mengenai wang berkenaan.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 50,000 pelajar belajar di sekolah Jaim dan terpaksa membayar yuran berkenaan dan tidak mengetahui ke mana wang berkenaan disalurkan.

Menurutnya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga Khamis lalu kerana merasa dirinya ditipu pihak sekolah, Jaim dan konsultan yang menguruskan portal pendidikan itu.

“Portal Pendidikan Jaim itu sudah ditanda tangani kerajaan negeri dan Ramadan Consultancy Services (RCS) pada 23 Julai 2004 di mana banyak manfaat boleh didapati menerusi lama web berkenaan.

“Apa yang mengecewakan Portal Pendidikan itu wujud tetapi ibu bapa tidak boleh melayari laman web berkenaan,” katanya.

Sistem maklumat yang terdapat dalam Portal Pendidikan itu ialah e-rekod, e-pengurusan, e-pauh, e-tuisyen, e-belajar, e-pendaftaran, e-asrama, e-perpustakaan, e-alumni, e-insuran, e-peperiksaan, e-sijil, e-koperasi, e-yuran dan e-harta modal.

Katanya, di negeri ini terdapat 209 sekolah agama Jaim dengan pelajarnya hampir 50,000 orang.

“Semua ibu bapa berharap kerajaan menyiasat perkara berkenaan dengan segera supaya masalah pembayaran yang sama tidak timbul apabila cuti persekolahan dibuka 3 Januari depan,” katanya.

Disunting dari Metro.


KERAJAAN PANTAU BAHAN UNSUR FITNAH DAN HASUTAN. BAHAN LUCAH BAGAIMANA?


CHANGLUN 20 NOV : Kerajaan akan meningkatkan pemantauan terhadap penerbitan bahan berunsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat keselamatan negara.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum berkata sebagai contoh ada buku politik dan cakera padat digital (DVD) yang diedar semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini yang diragui kandungannya.

HAI JOHARI HANG TAK SEDAQ KA? BAHAN LUCAH DAN TAHYUL BERSEPAH-SEPAH DIJUAL DI PASARAN. YANG TU PUN BAHAYA JUGAK. JANGAN HANG BUAT-BUAT TAK SEDAQ PULAK. JANGAN DOK SIBUK NAK SEKAT TUN MAHATHIR SAJA.

"Kita tidak benarkan bahan-bahan itu diedarkan kerana ia boleh menimbulkan keresahan umum dan menggugat keamanan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 325 bakal haji dalam kawasan parlimen Kubang Pasu di Masjid Changlun dekat sini Ahad.

"Saya dah arah Bahagian Penerbitan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri lihat perkara ini secara serius," katanya.

Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu berkata kerajaan turut memantau penerbitan akhbar tertentu yang didapati tidak bertanggungjawab dalam laporan mereka.

"Ada akhbar berbahasa Cina membangkitkan isu-isu yang boleh cetuskan perasaaan tidak senang rakyat," katanya.

Beliau menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan teraga-kagak untuk bertindak tegas terhadap apa jua penerbitan yang kandungannya boleh menggugat keamanan negara.

Johari juga bimbang dengan gejala penyebaran maklumat tidak tepat serta fitnah melalui khidmat pesanan ringkas (SMs) yang semakin berleluasa.

Antara kes penyebaran SMS yang menarik perhatian nasional ialah mengenai pelayar solo Datuk Azhar Mansor yang didakwa akan membaptiskan sebilangan umat Islam di Ipoh baru-baru ini.

Bagaimanapun pelayar kelahiran Perlis yang mencatat sejarah pelayaran mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar "Jalur Gemilang" pada 1999 itu tampil menafikan dakwaan itu semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Banyak yang jadi mangsa SMS. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun jadi mangsa dan saya sendiri pun pernah jadi mangsa," katanya.

Beliau yakin langkah mengawal penyebaran SMS berunsur fitnah dan hasutan akan dapat ditangani dengan lebih mudah apabila semua pengguna telefon prabayar perlu mendaftar selewat-lewatnya pertengahan bulan depan.

HANG INGAT HANG SORANG JA KA YANG JADI MANGSA. PEMBANGKAN JADI MANGSA HANG TAK SIASAT PUN?


300 BALAK DI BALING DI CURI SEJAK SEBULAN - TAKKAN MAHDZIR TAK TAU KOT?


BALING 20 NOV : Media semalam melaporkan bahawa 300 batang balak dicuri di Baling sejak sebulan lalu, tidak sampai seminggu selepas media mendedahkan kecurian lebih 40 batang balak di jalan lama Baling-Pengkalan Hulu, penduduk Telok Teduri dan Kampung Sera pula mendakwa kawasan hutan simpan Gunong Inas berhampiran kampung mereka diceroboh.

TAKKAN MAHDZIR TAK TAU KOT? DOK SIBUK DENGAN Umno Kubang Pasu dan Persidangan Umno sampai balak kena tebang pun hang biaqkan saja.

Kegiatan penebangan pokok itu dikatakan turut mencemari sebuah kolam yang menjadi sumber air para penduduk Kampung Teduri, terutama ketika hujan.

Air lumpur yang mengalir dari kawasan bukit memasuki kolam yang digunakan para penduduk untuk kegunaan harian.

Seorang penduduk Kampung Teduri, Ismail Harun, 52, berkata setiap kali hujan, air dalam kolam itu berubah warna menjadi merah kerana bercampur air lumpur.

Penduduk kampung yang meninjau kawasan yang diceroboh itu hari ini mendapati sisa tebangan berselerak di kawasan itu.

Abd Manaf Sedek, 50, pula berharap Jabatan Perhutanan segera menghentikan kegiatan itu kerana ia menyulitkan penduduk kampung apabila bekalan air mereka tercemar.


ISU BABI : PENDUDUK PERLU KAJI SEMULA SOKONGAN KEPADA ISLAM HADHARI


MELAKA 20 NOV : Kira-kira 200 penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Linggi dan Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, perlu mengkaji semula sokongan mereka kepada kerajaan Islam Hadhari kalau mahu isu babi di kawasan mereka diselesaikan.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan DPP Kawasan, Hj Salamat Aman ketika diminta komen beliau terhadap isu. Media melaporkan semalam bahawa penduduk-penduduk di kawasan tersebut berpiket secara aman, semalam untuk membantah kewujudan kandang ternakan babi di kawasan itu.

'Selagi BN tidak diajar di dalam Pilihanraya selagi itulah isu ini tidak akan selesai, kerana BN hanya akan memandang sebelah mata sahaja kepada bantahan penduduk Melayu tetapi kalau orang lain yang buat bantahan secepat kilat mereka akan bertindak. Ini kerana BN tahu orang Melayu tetap akan menyokong mereka walau apapun isu yang dibangkitkan' kata Hj Salamat.

"Bayangkan sudah 50 tahun isu berlarutan, dah berapa keturunan babi-babi ini dibiakkan, orang melayu masih dibelenggu dengan isu ini mengapa mereka masih mahu memberikan sokongan kepada Islam Hadhari' soal Salamay yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.

Penduduk mendakwa bahawa kewujudan ladang babi itu sejak lebih 50 tahun lalu menimbulkan masalah bau busuk dan sisa kumbahan yang mengalir ke Sungai Telok Gong dan Sungai Besar, Kuala Sungai Baru, sekali gus mencemarkan kawasan pantai Kuala Sungai Baru.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ujong Padang, Omar Md Noh, berkata masalah itu masih berlarutan biarpun semua pengerusi JKKK di kedua-dua Dun menghantar memorandum kepada Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd Ali Rustam, awal tahun ini.

Beliau mendakwa, selepas memorandum diserahkan, mereka hadir pada perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Ismail Salleh, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

“Penduduk tidak tahan lagi berdepan masalah bau dan pencemaran air yang berpunca daripada kandang babi itu, yang kebanyakannya terletak di tengah kawasan kampung Melayu.

“Penduduk sentiasa menghidu bau busuk setiap hari, malah ada ketikanya ketika menunggang motosikal untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat, kami terkena percikan air haiwan itu dari lori yang mengangkutnya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Masjid Tanah, Rozamri Kambul, berkata ada kira-kira 67 pengusaha ternakan khinzir di dalam Dum Kuala Linggi dan Dun Tanjung Bidara setakat ini.

Beliau mendakwa, keseluruhannya dianggarkan 150,000 babi diternak di dua Dun itu dan ia melebihi jumlah penduduk dengan nisbah 1:3 iaitu tiga ekor khinzir bagi setiap penduduk.

Sementara itu, pengerusi JKKK Kampung Telok Gong, Abu Bakar Darum, 58, berkata pertambahan penternak di situ berpunca daripada penutupan kandang ternakan di Telok Pelanduk, Lukut, Negeri Sembilan selepas gejala Japanese Encephalitis (Nipah Virus) melanda di situ pada pertengahan 1990-an.

“Kami bukan hendak menyekat aktiviti penternak terbabit, tetapi ia menimbulkan banyak masalah kepada penduduk. Paling teruk ketika hujan lebat apabila pengusaha kandang babi melepaskan air sisa kumbahan ke sungai dan terus mengalir ke laut, sekali gus mencemarkan pantai Telok Gong dan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru,” katanya.

Difahamkan, semua kandang ternakan babi itu beroperasi dikelilingi kira-kira 15 kampung dengan jumlah penduduk dianggarkan kira-kira 20,000 hingga 30,000 orang.

Malah, satu kandang ternakan terletak kira-kira 50 meter saja daripada rumah penduduk di Kampung Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru.


JANGAN MIMPI NAK PULIHKAN INDEKS RASUAH (CPI) KALAU TINDAKAN DIKENAKAN HANYA KEPADA 'IKAN BILIS'


Media hari ini melaporkan bahawa Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) mahu kejatuhan menerus dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia dijadikan satu ‘panggilan kejutan’ dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.

Datuk Seri Zulkipli Mat Noor berkata, orang ramai harus sedar bahawa memerangi rasuah bukannya usaha BPR semata-mata tetapi perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat.

Dalam temuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia melalui RTM1 hari ini, beliau berkata, kejatuhan ke tangga 44 daripada 39 dalam CPI terbaru agensi Ketelusan Antarabangsa (Transparency International) mungkin juga disebabkan oleh kajiannya kini meliputi lebih banyak negara, iaitu 163 berbanding 140 sebelumnya.

Dalam hal ini DPP Kawasan Bukit Katil ingin mengingatkan Datuk Zulkipli supaya sedar bahawa Indeks ini tidak mungkin dapat dinaikkan sekiranya Malaysia masih mengamalkan pendakwaan terpilih dalam hal rasuah iaitu JERUNG BESAR terlepas tetapi hanya IKAN BILIS yang tersangkut. Inilah punca sebenar mengapa Indeks ini semakin merudum. Sejak Imam Al Hadhari memerintah belum ada pemimpin-pemimpin yang sering dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dakwa.

Ada yang terlibat dengan politik wang pun tidak dihadap ke mahkamah. Dalam keadaan Indeks CPI yang semakin merudum inipun Nazri Aziz Menteri yang menjaga rasuah membuat kenyataan bahawa rasuah wang di dalam Umno tidak boleh dikategorikan sebagai rasuah dan tidak perlu dibawa ke mahkamah. Kalau macam ini jangan mimpi negara kita akan bebas rasuah wahai Lah dan Nazri.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59