Friday, 10 November 2006

HJ SALIM DAN HJ YASSIM MUSA DI LANTIK SEBAGAI PENGARAH DAN SETIAUSAHA MTD AYER MOLEK


BUKIT KATIL 10 Nov : PAS Kawasan Bukit Katil mengorak langkah memperkuatkan jentera Pilihanrayanya dengan melantik Bendahari PAS Kawasan, Hj Salim Tahir dan Setiausaha PAS Kawasan, Hj Yassim Musa selaku Pengarah dan Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Ayer Molek.

Perlantikan ini telah diumumkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil selepas Mesyuarat Bulanan PAS Kawasan Bukit Katil di Pejabat PAS Kawasan di sini malam tadi. Perlantikan ini dilihat mampu memperkuatkan jentera MTD Ayer Molek.

Hj Salim Tahir dalam kenyataannya selepas perlantikan tersebut melahirkan keyakinan bahawa MTD Ayer Molek akan dapat beroperasi dengan lebih hebat selepas ini.


MAT SABU CERAMAH DI BUKIT KATIL 1 DISEMBER


BUKIT KATIL 10 NOV : NAIB PRESIDEN PAS HAJI MOHD SABU YANG JUGA MERUPAKAN PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG AKAN BERCERAMAH DI MARKAZ PAS KG BUKIT KATIL PADA 1 DISEMBER INI. TIMBALAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN, HJ BAKRIN MENYATAKAN BAHAWA CERAMAH INI AKAN DIADAKAN DIPERKARANGAN MARKAZ PAS (SURAU PAS CAWANGAN BUKIT KATIL) BUKAN DI PEJABAT PAS KAWASAN SEBAGAIMANA BIASA. PERKARANGAN SURAU ITU SEKARANG MENJADI SEMAKIN LUAS SELEPAS TANAH DISEBELAH MARKAZ ITU TELAH DIBELI OLEH SEORANG AHLI PAS DAN IANYA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK CERAMAH.

HJ BAKRIN MENYERU SELURUH PENDUDUK DI SEKITAR PARLIMEN BUKIT KATIL DAN SELURUH RAKYAT NEGERI MELAKA SUPAYA DATANG-DATANG BERAMAI-RAMAI MENDENGAR CERAMAH YANG MENARIK INI. BELIAU BERKATA DEMIKIAN KETIKA DITEMUI OLEH WAKIL BLOG INI PADA MESYUARAT BULANAN PAS KAWASAN BUKIT KATIL DI SINI MALAM TADI.


PAK LAH PURA-PURA DUKACITA


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, laporan terkini Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 adalah mendukacitakan dan membawa tanda tanya sama ada kajian itu sahih serta benar-benar mencerminkan keadaan di negara ini atau sebaliknya.

TAK PAYAH LAH ENGKAU HENDAK MENYALAHKAN ORANG LAINLAH WAHAI IMAM AL HADHARI, KALAU INDEKS PERSEPSI RASUAH ITU TIDAK DIKELUARKAN RAKYAT BOLEH NILAI SENDIRI SAMADA RASUAH TELAH BERKURANGAN ATAU SEMAKIN MENINGKAT DI MALAYSIA.

SEJAK ENGKAU MENGAMBILALIH TAMPUK PEMERINTAHAN, ENGKAU TIDAK PERNAH MENGAMBIL TAHU AKAN LAPORAN RASUAH YANG DI BUAT OLEH PEMBANGKANG, AHMAD LUTFI DAN EZAM TERHADAP ORANG KANAN ENGKAU SEPERTI KHIR TOYO, RAFIDAH AZIZ DAN LAIN-LAIN. KES PPRT MELIBATKAN ORANG KUAT ENGKAU DI KELANTAN PUN MASIH MENIMBULKAN TANDA TANYA.

ANAK DAN MENANTU ENGKAU SENDIRI SEMAKIN KAYA RAYA. MENANTU ENGKAU BOLEH PINJAM DUIT SENANG-SENANG JE SAMPAI JUTA-JUTA.

MANA ADA MENTERI-MENTERI ENGKAU DI DAKWA DI MAHKAMAH KERANA RASUAH. YANG KENA DAKWA HANYA 'PREBET' POLIS DAN KULI BATAK SAHAJA.

ENGKAU SURUH ANGGOTA KABINET DAN KELUARGA MEREKA ISYTIHAR HARTA TETAPI ENGKAU SENDIRI TAK MAHU DAN TAK BERANI BERBUAT DEMIKIAN.

MENTERI KABINET ENGKAU YANG JAGA RASUAH IAITU NAZRI AZIZ BUAT KENYATAAN BAHAWA RASUAH WANG DALAM UMNO TIDAK DIKATEGORIKAN SEBAGAI RASUAH DAN IANYA TIDAK BOLEH DISABITKAN KESALAHAN DI MAHKAMAH. INILAH DOUBLE STANDARDNYA PEMERINTAHAN ENGKAU.

RAKYAT TIDAK PELIK KALAU INDEKS PERSEPSI RASUAH (CPI) INI AKAN MERUDUM LAGI SEBAB ENGKAU SENDIRI GALAKKAN RASUAH. CAKAP LAIN BUAT LAIN. CAKAP TAK SERUPA BIKIN.


ISU BAHASA : IMAM AL HADHARI KERAS KEPALA


Walaupun sebahagian besar tokoh-tokoh akademik dan tokoh bahasa menentang pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kekal namun Imam Al Hadhari tetap berdegil mahu meneruskan dasar peninggalan zaman Mahathir ini. Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Pengerusi Kongres Melayu, Tengku Razaleigh juga sudah beberapa kali menggesa dasar ini dimansuhkan. Antara tokoh-tokoh yang lantang menentang dasar ini ialah Tan Sri Ainuddin Wahid, Dato' Hassan Ahmad, Dato' Prof Shahrir Mat Zain dan ramai lagi.

PAS dan NGO melayu seperti ABIM, TERAS dan lain-lain juga telah lama menentang pelaksanaan dasar ini sejak awal-awal lagi.

Malah Badan Perhubungan UMNO Johor turut membantah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah atas alasan dasar tersebut hanya menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri.

Tetapi nampaknya Imam Al Hadhari tetap berdegil, semalam dia dilaporkan berkata bahawa pelaksanaan dasar tersebut diyakini mampu meningkatkan lagi prestasi pelajar bumiputera. Satu alasan yang dangkal kerana rata-rata pelajar-pelajar merungut kerana susah untuk memahami subjek yang memang sudah sedia susah ditambah pula dengan masalah bahasa ini.

Kita tidak mahu generasi akan datang mengutuk kepimpinan sekarang atas kegagalan mereka menguasai ilmu sains dan teknologi oleh kerana susah untuk memahami subjek tersebut. Ini juga menyebabkan orang Melayu akan terus tertinggal dalam arus pembagunan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59