Wednesday, 8 November 2006

DASAR SOSIAL NEGARA TETAP GAGAL JIKA ISLAM DIKESAMPINGKAN


Antara objektif Dasar Sosial Negara (DSN) adalah untuk menjamin pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestalbilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Tetapi semua itu tidak menampakkan hasil.

DSN wujud setelah kerajaan mendapati banyak sangat masalah sosial yang membimbangkan negara. Pada tahun 1996 kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Kabinet bagi Membanteras Masalah Sosial (JKMMS).

Selepas itu pelbagai tindakan diambil seperti mengadakan bengkel, melantik pakarunding, merangka deraf DSN sehinggalah ia diluluskan oleh Jemaah Kabinet dan dilancarkan dengan rasmi tiga tahun lalu. Semua ini seolah-olah hanya menghabiskan duit rakyat tetapi masalah sosial semakin meruncingkan.

Nampak jelas bahawa kerajaan sejak sekian lama telah menyedari masalah sosial boleh menggugat kestabilan negara kerana ianya akan mewujudkan masyarakat yang tidak bermoral dan ini boleh membantut usaha melahirkan masyarakat yang bermoral, penyayang, bertoleransi, progresif, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Ekoran masalah sosial terkini seperti mat rempit, hubungan seks sebelum nikah, penagihan dadah, pertentangan budaya pendatang asing dengan rakyat tempatan, penagihan arak, keruntuhan budaya sopan santun, tidak keterlaluan jika kita menganggap masalah sosial terutamanya dikalangan remaja dan belia semakin parah.

Semua ini adalah disebabkan kegagalan kerajaan membasmi punca-punca gejala sosial ini seperti kewujudan pusat-pusat hiburan, pergaulan bebas, konsert-konsert, media massa yang menggalakkan program maksiat dan sebagainya. Apa yang malang kerajaan sendiri yang menggalakkan program-program maksiat ini. Pada masa yang sama juga kerajaan Islam Hadhari menghalang program-program keagamaan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Kerajaan Islam Hadhari hari ini seolah-olah mengamalkan Amar Mungkar, Nahi Makhruf.

Walaupun Dasar Sosial Negara (DSN) telah lama digariskan tetapi masalah sosial semakin parah. Ini adalah disebabkan cara dan kaedah penyelesaian Islam dikesampingka


MAHATHIR SAH HADIR PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO


PETALING JAYA 8 NOV : Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan akan menghadiri perhimpunan agung Umno pada Rabu depan, kata setiausaha agungnya Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad hari ini.

Beliau diberikan ruang di barisan depan untuk tetamu kehormat kerana mengenang jasanya sebagai bekas Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, kata Radzi.

Dua hari lepas, sewaktu taklimat perhimpunan ini kepada wakil media, Radzi berkata Dr Mahathir belum mengesahkan kehadirannya.

Kehadirannya di majlis ini menjadi topik hangat dan dinanti-nantikan banyak pihak sejak beberapa bulan lalu apabila beliau sebagai bekas presiden, buat pertama kali dalam sejarah Umno, bertanding untuk menjadi perwakilan rasmi bahagian Kubang Pasu bagi membolehkan beliau berucap.

Pemerhati politik melihat bahawa pemimpin Umno sendiri sebenarnya berasa cuak dengan kehadiran Dr Mahathir ini. Mereka takut Dr Mahathir ini membuat tindakan tertentu untuk 'mengacau' perhimpunan tersebut. Antaranya kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang memberi amaran agar tokoh ini "tidak mengganggu" majlis itu.

"Orang Umno ni, mereka mungkin nampak terhegeh-hegeh sahaja, tapi cubalah sesiapa nak buat kacau, bekas presiden ke tidak bekas presiden ke, mereka akan nyahkan daripada dewan," katanya dalam wawancara eksklusif dengan mStar Online.

Muhammad mengulas kemungkinan kehadiran Dr Mahathir boleh menimbulkan suasana tegang susulan siri-siri kritikan kerasnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


AZHAR TAK MAHU ULAS SAMADA MASIH ISLAM ATAU TIDAK. APA MAKNANYA TU?


LANGKAWI 8 NOV : Pelayar negara Datuk Azhar Mansor enggan mengulas dakwaan beliau telah murtad dengan menganut agama Kristian.

Azhar enggan menjawab soalan media sama ada beliau masih lagi berpegang kepada ajaran Islam dengan hanya mengatakan "tidak mahu mengeruhkan keadaan dan mahu pihak berkuasa menyiapkan siasatan mereka terlebih dahulu."

"Siasatan pihak berkuasa diharap akan menjelaskan agenda serta tujuan pihak-pihak yang menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan beliau telah murtad," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

MENGAPA AZHAR TIDAK MAHU MEMBUAT KENYATAAN SAMADA BELIAU MASIH BERAGAMA ISLAM ATAU TIDAK? BUKANKAH INI AKAN MENYEBABKAN ORANGRAMAI TERTANYA-TANYA LEBIH-LEBIH RAMAI YANG MENDAKWA BELIAU TELAH MURTAD. KALAU BELIAU MASIH ISLAM MENGAPA BELIAU TIDAK MAHU MENGAKUINYA?

Dakwaan beliau murtad timbul ekoran kiriman SMS yang mendakwa beliau akan membaptiskan sejumlah orang Islam di sebuah gereja di Ipoh, Perak, Ahad lepas.

Akibat kiriman SMS itu, beberapa orang telah dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai penyebaran SMS itu.

"Tohmahan seperti itu telah dilemparkan kepada saya sejak mula belayar pada 1999. Saya berharap apabila siasatan selesai dan diumumkan ia akan membersihkan nama saya sekali gus dan tidak dikaitkan dengan isu seumpama itu lagi," katanya.

Menurutnya sehingga sekarang belum ada pihak berkuasa termasuk Mufti Perlis yang dilaporkan telah diarahkan Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim untuk menyiasat mengenai perkara itu.

Azhar, 49 dan ayah kepada tiga orang anak berkata sejak beliau mula belayar telah diajukan soalan melalui Internet dan SMS tetapi jarang membacanya kecuali rakan-rakan yang memberitahunya.

Beliau menjadi terkenal selepas kejayaannya mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar 'Jalur Gemilang' pada 1999.

Pelayar itu kemudian menubuhkan Telaga Harbour Sdn Bhd yang menguruskan tempat berlabuh kapal layar di Pantai Kok, Langkawi yang boleh menampung 90 buah kapal layar pada satu masa


YA ALLAH TERIMALAH MIRVAT MASSUD SEBAGAI SYUHADA






Gambar sebuah rumah keluarga Palestin yang rosak teruk dibedil tentera jahanam Israel.








GAZA 8 NOV : Seorang remaja Palestin, Mirvat Massud, 18, bertindak nekad meletupkan diri dalam serangan berani mati ke atas sekumpulan askar Israel kelmarin ketika rejim Zionis meneruskan keganasan dengan membunuh 61 penduduk Palestin. (YA ALLAH GOLONGKANLAH MIRVAT MASSUD DALAM GOLONGAN SYUHADA)

Walaupun, serangan itu hanya menyebabkan seorang askar Yahudi cedera ringan, ia disusuli dengan keputusan Tel Aviv semalam mengundur tenteranya dari Beit Hanun yang menjadi tumpuan keganasannya di Gaza sejak seminggu lalu.

Mirvat dikatakan meletupkan bahan letupan dililit pada dadanya ketika berjalan melintasi sekumpulan tentera Zionis di bandar di utara Gaza itu.

Kumpulan pejuang Palestin, Jihad Islam yang sebelum ini melancarkan beberapa serangan ke atas sasaran Israel, mengaku bertanggungjawab dalam serangan Mirvat berkenaan.

Jihad Islam turut memaparkan rakaman video gadis itu yang antara lainnya ditujukan kepada ibunya.

“Ibu tersayang, saya mohon anda agar terus tabah dan maafkanlah diri ini. InsyaAllah, kita pasti bertemu di syurga,” kata Mirvat dalam rakaman itu.

Beliau adalah antara segelintir daripada lebih 100 pengebom berani mati Palestin sejak enam tahun lalu.

Sementara itu, sehari selepas melakukan pembunuhan kejam yang turut mengenai sebuah tadika, tentera Israel berundur dari bandar Beit Hanoun, tetapi masih terus menceroboh beberapa kawasan lain di Semenanjung Gaza.

Selain membunuh lapan lagi penduduk dan mencederakan ramai lagi penduduk Palestin semalam, tentera Israel turut meninggalkan kemusnahan teruk di beberapa rumah dan jalan raya di Beit Hanoun yang dipenuhi air najis selepas paip tangki kumbahan dimusnahkan kereta kebal dan jentolak Zionis.

Kereta kebal Israel semalam membedil rumah milik Ahli Parlimen Hamas, Jamila Shanti yang minggu lalu menganjurkan bantahan ke atas serangan Israel terhadap sebuah masjid yang digunakan pejuang sebagai tempat persembunyian.

Jamila berkata, adik iparnya adalah antara seorang daripada tiga yang terbunuh dalam kejadian itu.


PEMBUNUHAN KEJAM DAN ZALIM. PENGAMPU KERAJAAN ISLAM HADHARI MUNGKIN TERLIBAT


KUALA LUMPUR 8 NOV : Seorang penganalisa politik terkenal yang juga merupakan pengampu kuat kepada kerajaan Islam Hadhari ditahan reman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan seorang model warga Mongolia. (TV PAS.com melaporkan bahawa Penganalis Politik tersebut ialah Abdul Razak Baginda).

Perintah reman terhadap penganalisa berusia 46 tahun ini dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Menurut laporan media, model berusia 28 tahun itu, yang dikenali sebagai Altantuya Sharibu, @ Aminah Abdullah, dipercayai ditembak dan badannya diletupkan dengan bahan letupan. Ini merupakan suatu perbuatan yang zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Sudahlah ia dibunuh malah diletupkan pula.

Kelmarin, polis menemui cebisan mayat wanita Mongolia itu yang berselerak berdekatan Empangan Tasik Subang di Puncak Alam.

Turut ditemui ialah kesan terbakar – dipercayai akibat letupan – di kawasan berhampiran empangan Tasik Subang, kira-kira 2km dari jalan utama ke Kuala Selangor.

Turut ditahan berhubung kes pembunuhan tersebut ialah tiga anggota polis – seorang cif inspektor, detektif wanita dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK).

Mereka kini ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan kes pembunuhan tersebut. Difahamkan, tahanan remah bagi cif inspektor dan detektif wanita itu dilanjutkan hingga Isnin ini.

Menurut akhbar the Star, Altantuya, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 16 bulan, datang ke Malaysia pada 6 Oktober lalu bersama sepupunya untuk menemui penganalisa politik tersebut, yang didakwa adalah suaminya.

Dia dilaporkan pergi ke rumah penganalisa tersebut di Bukit Damansara di Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi anaknya itu yang memerlukan rawatan perubatan.

Adik perempuan serta sepupunya, melalui bantuan Kedutaan Mongolia di Bangkok, kemudiannya membuat aduan polis apabila Altantuya hilang sejak 19 Oktober lalu.

Penganalisa tersebut yang dikenali mempunyai kaitan politik yang kuat, ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur semalam.

Kumpulan pemikir yang diketuai penganalisa lulusan Universiti di London itu, menjalankan penyelidikan dan menerbitkan laporan mengenai politik, ekonomi, pertahanan serta hubungan antarabangsa.

SEJAK AKHIR-AKHIR INI BEGITU BANYAK KES JENAYAH MELIBATKAN PEMBUNUHAN KEJAM YANG TIDAK BOLEH DITERIMA AKAL. INI SEMUA ADALAH BALA ALLAH KEPADA KITA KERANA KEDEGILAN KERAJAAN ISLAM HADHARI YANG MASIH MEMINGGIRKAN ISLAM. JENAYAH BUNUH, MURTAD, ROMPAKAN, RASUAH DAN SEBAGAINYA SEMAKIN MENJADI-JADI. TETAPI MALANGNYA KERAJAAN ISLAM HADHARI MASIH BERDEGIL DAN TIDAK INSAF.

YA ALLAH SELAMATKAN HAMBAMU YANG SOLEH DAN SOLEHAH.


RUMAH TERBUKA PAS KAWASAN BUKIT KATIL 11 NOV


PAS KAWASAN BUKIT KATIL AKAN MENGADAKAN JAMUAN HARI TERBUKA SEMPENA AIDIL FITRI BERTEMPAT DI PEJABAT PAS KAWASAN DI KAMPUNG BUKIT KATIL PADA JAM 8.00 MALAM 11 NOVEMBER INI.

SEMUA MASYARAKAT DI SEKITAR KAWASAN BUKIT KATIL DI JEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS INI


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59