Friday, 3 November 2006

TAHNIAH SULTAN MIZAN DILANTIK SEBAGAI YANG DIPERTUAN AGONG BARU


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah kerana dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa 13 Dis ini.

Ketua DPP Kawasan Hj Salamat Aman dalam kenyataannya kepada blog ini mendoakan pemerintahan baginda nanti akan dapat membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang aman, damai dan adil. Selain itu Hj Salamat juga mengharapkan baginda dapat membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan Islam sebenar dan juga menjadi sebuah negara demokrasi tulen.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata dalam satu kenyataan bahawa pelantikan Sultan Mizan, bagi menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, diisytiharkan oleh Majlis Raja-raja dalam mesyuarat khasnya yang ke-208 di Istana Negara hari ini.

Mesyuarat itu juga bersetuju mengisytiharkan pelantikan Sultan Kedah, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga untuk tempoh lima tahun, berkuatkuasa pada tarikh yang sama


MENGHARAPKAN SINAR BARU DI SELATAN THAI


Selatan yang bergolak sejak sekian lama diharapkan kembali aman dan damai dengan kesediaan Perdana Menteri Thailand, Surayud Chulanont memohon maaf kepada penduduk Islam di selatan Thai semalam.

Beliau memohon maaf kerana dasar-dasar tidak bertolak ansur yang diambil oleh kerajaan lalu sejak sekian lama.Dasar sedemikian dilihat oleh banyak pihak telah memarakkan pergolakan di tiga wilayah selatan Thai.

Masyarakat semua tahu kerajaan Thai sebelum ini sentiasa mengamalkan diskriminasi terhadap rakyat di selatan Thai yang majoritinya beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Insiden Tak Bai, dengan lima orang dibunuh oleh tentera dalam satu demonstrasi di depan balai polis, dikritik masyarakat antarabangsa apabila 78 penduduk tempatan lain ditimbun atas satu sama lain di belakang sebuah trak tentera pada bulan puasa, 25 Okt, 2004, suatu tindakan yang amat zalim.

Kita mengharapkan kata-kata dan janji Surayud ini dibuat dengan ikhlas tidak sebagaimana kerajaan sebelum ini yang hanya bermain dengan kata-kata tetapi pelaksanaannya tidak sedemikian.

Ketika berucap kepada 1,000 pemimpin dan penduduk Islam di sini, Surayud berjanji untuk menyiasat kehilangan penduduk Islam sejak pemberontakan pemisah bermula pada awal 2004 di samping menyingkirkan pegawai kerajaan yang korup dan menyalahgunakan kuasa di selatan Thai.

“Saya datang ke sini untuk memohon maaf kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan masa lalu dan masa kini,” kata Surayud sambil memohon bantuan untuk menamatkan keganasan yang telah meragut 1,700 nyawa.

“Saya datang ke sini hari ini untuk menemui semua orang dan menyatakan, ‘salah saya, saya minta maaf’,” kata Surayud yang mengaku bahawa sebagai bekas ketua tentera, beliau telah gagal menentang dasar-dasar kekerasan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Insiden Tak Bai, dengan lima orang dibunuh oleh tentera dalam satu demonstrasi di depan balai polis, dikritik masyarakat antarabangsa apabila 78 penduduk tempatan lain ditimbun atas satu sama lain di belakang sebuah trak tentera pada bulan puasa, 25 Okt, 2004.

Ramai pemimpin tempatan menganggap tragedi itu serta insiden Kerisik menyebabkan meningkatnya keganasan di tiga wilayah selatan iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat, namun kerajaan Thai tidak menghukum mana-mana pegawai yang terlibat.

Surayud turut melahirkan hasrat untuk mendekati golongan muda Islam dalam usaha untuk menamatkan pergolakan di selatan Thai sejak tiga tahun lalu.

Surayud, bekas komander tentera yang dilantik sebagai Perdana Menteri sementara pada 1 Oktober lalu berikutan rampasan kuasa 19 September, berucap kepada lebih 1,000 guru, pegawai tempatan, pelajar dan penduduk kampung Islam di sebuah hotel di sini.

Sambil mengakui bahawa salah laku sesetengah pegawai kerajaan telah memarakkan semangat puak pemisah di selatan Thai, Surayud berkata, beliau mahu ‘kakitangan awam yang baik bekerja di sini dan mereka yang jahat disingkirkan dari rantau ini.’

“Saya sendiri mahu menemui golongan muda di rantau ini dan saya mahu awak membantu membetulkan tanggapan sesetengah golongan muda yang mungkin telah diperdayakan,” katanya dalam perhimpunan yang disiarkan ke seluruh negara itu.

“Tidak ada perkara lain yang mengatasi keikhlasan saya untuk menyelesaikan masalah ini dan saya mengharapkan kerjasama daripada seluruh masyarakat, termasuk golongan muda,” katanya.

“Inilah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.”

Junta tentera Thai dan Surayud telah menyatakan keutamaan mereka adalah untuk menghentikan keganasan di selatan sambil berjanji untuk mendengar rungutan penduduk Islam dan menangani kezaliman yang dikatakan menjadi punca pemberontakan.

Kerajaan baru juga melahirkan kesediaan untuk berdialog dengan puak pemberontak.


PAK LAH TAKUT HENDAK PECAT DR M



Spekulasi pemecatan Dr Mahathir dari jawatan penasihat beberapa syarikat dan agensi kerajaan terjawab apabila perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam memutuskan tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengkritik kerajaan.

Mesyuarat itu juga memutuskan bekas Perdana Menteri itu kekal sebagai penasihat kepada syarikat dan agensi kerajaan – Petronas, Proton dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, mesyuarat MT hari ini telah membincangkan perkara tersebut dan memutuskan Dr Mahathir tidak diberhentikan daripada jawatan yang disandangkan sekarang.

Ditanya sama ada bekas Presiden Umno itu ‘kebal’ daripada sebarang tindakan disiplin, Abdullah berkata, tiada siapapun yang ‘kebal’, sambil menambah ianya terpulang kepada pihak parti untuk menentukan sama ada hendak mengambil tindakan atau tidak.

Buat masa ini, tegas Perdana Menteri, pihak parti tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Dr Mahathir.

Ditanya bagaimana Umno akan menangani kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap kerajaan, Abdullah berkata, pihaknya akan menjawab kritikan bekas Perdana Menteri itu.

Tegasnya lagi, jawapan tersebut akan dibuat secara terbuka supaya apa juga kritikan beliau (Dr Mahathir) juga akan dijawab secara terbuka, agar rakyat dapat memahaminya.

NAMPAKNYA JELAS PAK LAH DAN JUAK-JUAK TAKUT UNTUK MEMECAT DR MAHATHIR KERANA TAKUT IMPLIKASI DISEBALIK PEMECATAN ITU LEBIH BESAR DARI MENGEKALKANNYA. PAK LAH SEDAR BAHAWA DR MAHATHIR MASIH MEMPUNYAI PENGARUH DIKALANGAN AHLI PARTI DAN RAKYAT.

NAMPAKNYA SENGKETA DUA ORANG YANG SAMA-SAMA ZALIM DAN MENYELEWENG INI AKAN TERUS BERLARUTAN TANPA PENGHUJUNGNYA.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59