Wednesday, 1 November 2006

KENYATAAN NAZRI AZIZ YANG BANGANG DAN MEMBANGANGKAN


Maka berkatalah Menteri Di Jabatan Perada Menteri bahawa ahli Umno tidak terikat pada undang-undang rasuah selain peraturan parti jika terbabit dalam sebarang bentuk perlakuan sesama ahli yang diiktiraf oleh parti sebagai tindakan rasuah atau politik wang. Alasan beliau Umno adalah satu pertubuhan yang keahliannya memerlukan yuran berbayar.Atas sifat itu katanya, menyebabkan Ahli Umno hanya perlu menjawab pada jawatankuasa disiplin dan dihukum mengikut peraturan parti bagi setiap tindak-tanduk mereka berkaitan dengan urusan parti. Mereka ada kekebalan daripada undang-undang lain di luar bidang kuasa parti.

Nazri menambah lagi bahawa tindakan mereka dalam parti tidak ada kena mengena dengan urusan masyarakat umum dan tidak membabitkan kepentingan mereka, itulah pendapat saya,” katanya dalam satu temubual eksklusif di pejabatnya di Bangunan Parlimen.

ITULAH KENYATAAN BANGANG LAGI MEMBANGANGKAN YANG DIKELUARKAN OLEH SEORANG MENTERI UMNO YANG MENJAGA URUSAN UNDANG-UNDANG YANG JUGA LULUSAN UNDANG-UNDANG. BUKANKAH SEMUA ORANG TAHU BAHAWA JAWATAN DALAM UMNO ADALAH TIKET UNTUK MENJADI PEMIMPIN KERAJAAN.

SEBAGAI CONTOH KALAU SEORANG AHLI UMNO YANG BODOH DAN TERUK LATARBELAKANG TETAPI PUNYA WANG YANG BANYAK SUDAH TENTU BOLEH MENANG JAWATAN PENTING SEBAGAI CONTOH JAWATAN PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN, NAIB PRESIDEN DAN AHLI MKT KERANA BOLEH MERASUAH PENGUNDI DALAM PEMILIHAN PARTI. MAKA CALON YANG CERDIK DAN BERSIH AKAN TEWAS KERANA TIADA WANG.

SEMUA ORANG TAHU SECARA TRADISINYA SESIAPA YANG MEMEGANG JAWATAN PENTING DALAM UMNO SUDAH TENTU JADI MENTERI, TIMBALAN MENTERI, SENATOR, AHLI MAJLIS TEMPATAN DAN PELBAGAI JAWATAN LAGI SAMADA DALAM KERAJAAN ATAU AGENSI KERAJAAN.

MAKA AKHIRNYA NEGARA KITA AKAN DIPERINTAH OLEH ORANG BEBAL, BODOH DAN JAHAT YANG PUNYA BANYAK DUIT.

JADI HUJAH PEMILIHAN PEMIMPIN DALAM UMNO TIDAK MENJEJASKAN KEPENTINGAN UMUM MERUPAKAN HUJAH YANG SETARAF DENGAN HUJAH PEMIMPIN JKKK YANG TIDAK BERSEKOLAH. MALUNYA KITA MEMPUNYAI PEMIMPIN SEBEGINI.

INILAH KECELARUAN FIKIRAN YANG JELAS DIPUNYAI OLEH PEMIMPIN UMNO DAN SEKELIAN SUKU-SAKATNYA. RASUAH SUDAH TIDAK MENJADI KESALAHAN IANYA HALAL DISISI ISLAM HADHARI.


ZAKARIA CUBA BERDRAMA UNTUK TAGIH SIMPATI



INILAH PELAKON PALING HEBAT DALAM NEGARA KITA IAITU ZAKARIA MD DEROS SEDANG BERAKSI BERPELUKAN DENGAN ANAKNYA UNTUK MENAGIH SIMPATI ORANG RAMAI SETELAH BELIAU DIKRITIK HEBAT OLEH RAKYAT BAHKAN DIMURKAI OLEH SULTAN DALAM ISU PEMBINAAN ISTANA BELIAU. GAMBAR INI DIRAKAM PADA SIDANG AKHBAR ZAKARIA HARI INI.

KAMI MENCADANGKAN ZAKARIA BERTANDING DALAM KATEGORI PELAKON LELAKI TERBAIK DALAM ANUGERAH SKRIN ATAU PESTA FILEM TAHUN DEPAN


DR M RELA DIPECAT


Tun Mahathir Isnin lalu membuat kenyataan bahawa rela dipecat dari jawatannya sebagai Penasihat Petronas, Proton dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), namun untuk letak jawatan jauh sekali.

Beliau menyatakan perkara tersebut kepada wakil Persatuan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) dalam satu pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya Isnin lalu.

Salah seorang wakil Mubarak itu, Datuk Othman Abdul berkata, menurut Dr Mahathir terpulanglah kepada kerajaan sama ada mahu memecatnya daripada jawatan tersebut.

Itulah prinsip namanyam bukan macam Lah Senget (Nama timangan terbaru Pak Lah) yang selalu berdolak-dalik dan tidak tetap pendiriannya.


KUNJUNGAN HORMAT PPIM DAN PERBINCANGAN HATI KE HATI DENGAN YANG BERBAHAGIA DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ.


Kenyataan dari PPIM

Syukur ke hadhirat Ilahi sempena barakah bulan Ramadhan Al-Mubarrak, kita semua ummat Islam memperolehi banyak rahmat dan limpah kurnia dari Allah S.W.T dan satu di antaranya apabila kita berjaya meredakan polemik dan kemelut yang melanda para pengguna Islam baru-baru ini dalam kes roti Silverbird High 5. Satu pertemuan berjaya diadakan antara wakil PPIM, Dato Nadzim Johan Setiausaha Kerja PPIM, Dr Zaki Penasihat PPIM dan Dr Izham Pengarah Sekretariat dengan Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz serta Pegawai Akhbar Istana Negara bertempat di Istana Negara pada Jam 9.30 pagi 17 Oktober, 2006.

Alhamdulillah berkat keikhlasan perjuangan dan kejujuran serta kewibawaan Ulamak yang kita kasihi Y. Bhg Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz kami berjaya duduk di satu meja dalam suasana mahabbah serta saling menghormati serta membentangkan fakta dan membandingkan nota dan maklumat di antara kedua belah pihak tanpa dipengaruhi sebarang emosi dan nafsu amarah.

Satu kesimpulan telah dapat diperolehi di mana kedua-dua belah pihak bersepakat saling bermaafan dan bersetuju untuk mengadakan kerjasama yang lebih intim demi maslahah dan kebajikan ummat Islam di Negara ini di masa hadapan. Segala kekeliruan, kekusutan serta duduk perkara dapat diurai, dibentang dan difahami kedua belah pihak dengan amat jelas, nyata dan penuh rasa insaf dan tawadduk.

Kami semua ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, rasa bersyukur malah setinggi penghargaan dan salam takzim kesemua ahli PPIM di atas sikap professional yang telah ditunjukkan oleh Y.Bhg Datuk dan Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara Sdr. Mahadzir bin Mazlan.

Hasil daripada perbincangan berkenaan kami merumuskan bahawa perkara-perkara berikut adalah nyata:

Dato' Jackson Tan secara peribadi dan terancang sememangnya telah MEMANIPULASIKAN FAKTA sehingga mengheret Y. Bhg Datuk Abu Hassan ke kancah kemelut yang TIDAK DIJANGKA OLEH BELIAU SENDIRI.

Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AGENDA PERIBADI dalam isu berkenaan dan tindakan beliau adalah semata-mata atas dasar prihatin sebagai pengguna tulen yang ingin mendapatkan fakta-fakta sebelum memutuskan status roti yang telah di makan oleh beliau dan keluarga selama ini.

Dato' Jackson Tan TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN di atas sikap JUJUR, PERIHATIN DAN KETULUSAN Y. Bhg Dato' Abu Hassan Din berkenaan sehingga dilihat seolah-olah Dato' Hassan memihak kepada syarikat dan menuding kepada ummat Islam sebagai zalim.

Pemaparan KERATAN AKHBAR DATO' HASSAN MEMEGANG SIJIL HALAL adalah perbuatan LICIK DAN MENJADIKAN BELIAU SEOLAH-OLAH BERSEKONGKOL dengan syarikat berkenaan. Perbuatan berkenaan TIDAK PERNAH MENDAPAT RESTU, KEIZINAN BERTULIS ATAU VERBAL daripada pihak Dato' Abu Hassan secara peribadi mahupun daripada Pegawai Akhbar Istana.

Perbuatan berkenaan adalah satu sikap BIADAP, TIDAK BERETIKA MALAHAN MEMBERI KESAN MORAL YANG MENGHAKIS IMEJ BAIK Y. Bhg Dato' Hassan selaku Ulamak yang amat dihormati dan ini amatlah DIKESALI oleh beliau. Tindakan segera akan diambil bagi memperbetulkan keadaan. Beliau juga akan meminta syarikat menarik balik PROMOSI PERCUMA TANPA SEBARANG KEBENARAN TERSEBUT.

PPIM ingin merakamkan rasa SIMPATI, TERHARU DAN MEMBERIKAN KEPERCAYAAN SEPENUHNYA di atas segala penjelasan yang telah beliau berikan.

PPIM akan menerbitkan artikel khusus bagi MEMPERBETULKAN SEGALA SILAP TANGGAPAN yang selama ini banyak dilontarkan di dalam forum di laman web ini supaya Y. Bhg tidak lagi dijadikan sasaran kata-kata yang berbau `malice' terhadap beliau.
PPIM DAN Y.BHG DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ BERSEPAKAT memaklumi bahawa wujud jurang komunikasi di antara kedua belah pihak yang menyebabkan berlaku sedikit rasa TIDAK SELESA di antara keduanya, tetapi semuanya telah diselesaikan dengan semangat ukhuwah dan jihad Islam.

Kedua belah pihak sedar dan maklum bahawa banyak perkara telah TIDAK DIBERIKAN GAMBARAN SEBENAR DAN SEPENUHNYA oleh pengurusan syarikat ini dan menimbulkan banyak kekeliruan kepada umat Islam selaku pengguna produk berkenaan.
Syarikat, sehingga saat artikel ini disediakan TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN SEBARANG RASA KESAL, RASA BERSALAH DAN INGIN MEMOHON MAAF KEPADA PARA PENGGUNA YANG TELAH TERINAYA SELAMA LEBIH DARI 10 TAHUN KERANA MEMAKAN PRODUK MEREKA YANG AMAT KOTOR.
SYARIKAT TIDAK BOLEH MENAFIKAN KESALAHAN-KESALAHAN YANG TELAH TERBUKTI DILAKUKAN OLEH MEREKA DALAM PELBAGAI PERKARA SEPERTIMANA YANG TELAH DIBINCANGKAN SECARA PANJANG LEBAR DALAM LAMAN WEB INI. MALAHAN ISU MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN ADALAH BUKTI NYATA BAHAWA IA TIDAK DIPATUHI SEBELUM INI.

Dalam isu-isu pendafataran perniagaan yang telah tamat tempoh selama 2 tahun, tidak mempunyai sijil halal dalam produk kaya, tidak mematuhi pelbagai peraturan PBT, Imigresen dan Kementerian Kesihatan adalah kesemuanya JELAS, BENAR DAN NYATA.
PPIM sekali lagi MENAFIKAN segala SMS berkenaan tuduhan minyak babi dimulakan oleh pihak persatuan. Malahan diprecayai didalangi dan dirancang oleh SYARIKAT ITU SENDIRI atas helahnya untuk MENGALIH PERHATIAN terhadap isu sebenar yang sedang dihadapi. Perlu diingati syarikat ini mempunyai perniagaan telekominikasi / prepaid yang besar dan amat murah bagi mereka melakukan. Bayangkan kalau isu minyak babi tidak wujud dalam kes serbuan ini!

Sehubungan dengan itu, PPIM sekali lagi menegaskan bahawa segala tuduhan berbaur fitnah terhadap PPIM selaku badan NGO yang bersikap professional dan mendokong budaya ikhlas, telus dan berasaskan fakta kerana itu kesemua perkara yang tidak bersifat demikian bukanlah daripada pihak kami dan dinafikan sekeras-kerasnya.
Sehubungan dengan paparan di atas kami mengharapkan para pelayar laman web ini khususnya dan para pengguna Islam semua amnya akan berpuas hati dan memahami duduk perkara sebenar di sebalik kemelut H5 Silverbird dan amalan buruk pihak pengurusannya.

Dengan rendah hati dan waras kami memohon kerjasama anda semua agar tidak lagi memperpanjangkan isu Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz ke kancah polemik yang akan menimbulkan dukacita kepada beliau lagi.

Bagaimanapun, di pihak yang lain kami semua ingin menyeru supaya TERUSKAN AGENDA KITA MEMBOIKOT PRODUK INI SEHINGGA MATLAMAT PERJUANGAN KITA TERCAPAI dan berjaya menghantar isyarat kepada mana-mana syarika lain supaya tidak lagi menipu atau berani menipu para pengguna Islam malah harus belajar menghormati mereka. Amalan penipuan dan tidak beretika akhirnya akan mengundang kerugian besar kepada para penipu..

Akhirkata sebagai ingatan kepada kita semua, jika kita ingin mengembalikan hak dan maruah, dihormati di dunia ini, perkukuhkanlah pakatan dan kerjasama di antara kita para pengguna dan teruskan agenda kita, keluarga dan masyarakat kita dengan prinsip GERAKAN PENGGUNA ISLAM.

Antara amalan harian dan prinsipnya adalah seperti berikut:-



Fikir, lihat, semak, fahami, tanya . Apa yang kita lakukan haruslah memberi menfaat kepada Ummah;
Sentiasa ingat, Umat islam adalah bersaudara . Bersatu di atas persamaan dan ketepikan perbezaan yang kecil tapi merosakkan; Umat Islam harus saling bantu membantu dan kasih mengasihi;
Memberi keutamaan kepada usaha membantu menjana ekonomi pengusaha Islam walaupun agak susah sedikit;
Amalkan sedikit pengorbanan dalam kehidupan seharian dalam membantu sesama kita walaupu mengalami kesukaran (di mana mungkin). Amalan inilah yang membawa kejayaan kepada bangsa-bangsa yang berjaya di dunia;
Cari produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengusaha Islam di mana mungkin;
Jangan beli produk yang kotor;
Jangan beli produk yang syarikatnya memusuhi umat Islam, menghina atau membantu musuh Islam;
Cari syarikat yang "Muslim Friendly Organisation (MFO)" jika berurusan dengan syarikat. Menghormati pekerja Islam, ada surau yang baik dll;
Jangan beli produk yang syarikatnya TIDAK MENGHORMATI, tidak peka terhadap keperluan Islam;
Jangan sokong syarikat yang tidak beretika kerana kalau dulu mereka boleh menipu siapa kita nak jamin mereka tidak tipu lagi di masa akan datang!;
Jangan sokongan syarikat yang biasa menipu para pengguna dan umat Islam jika dapat dielakkan, seperti roti high 5 kerana banyak lagi syarikat lain seperti Roti Iman, Roti Azan atau faderal Bakery ataupun Roti Gardenia jika tiada syarikat roti 100% Islam.
Semak kembali apa yang kita beli seharian dan adakah kita dalam usaha membantu menjanan ekonomi atau tidak. Teliti pembelian rempah, sos, restoran, mee, kopi, insurans, minyak masak, gas masak, klinik doktor, peguam, surat khabar, kedai jahit, kek, kicap, .......

" Ingatlah, mencari yang halal itu fardu, mengembalikan hak dan maruah adalah jihad dan semua kejayaan perlukan pengorbanan yang besar..."

Sekian terima kasih.

- PPIM –


HANYA SETAKAT KURANG SENANG



Itulah beza parti yang memperjuangkan Islam dengan parti sekular yang tidak takut dosa dan pahala. Walaupun jelas YB Pelabuhan Klang, Zakaria Md Deros melakukan kesalahan tidak mendapat kelulusan MPK bagi pembinaan rumahnya dan juga ingkar perintah Sultan supaya mengadap tetapi Umno hanya setakat kurang senang. Kalau PAS sudah pasti pemimpin seperti itu akan diambil tindakan samada gantung keahlian atau dipecat.

Malah Umno langsung tidak memperkatakan tentang dari mana Zakaria mendapat wang sebanyak RM8juta untuk membina istananya. Sepatutnya Imam Al Hadhari sebagai pemimpin besar Islam Hadhari awal-awal mengarahkan BPR menyiasat Zakaria samada dari segi penyalahgunaan kuasa dan juga rasuah.

Lebih malang Khir Toyo seolah-olah langsung tidak mahu bertindak sehinggalah isu itu sampai ke pengetahuan Sultan.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO kurang senang (SETAKAT KURANG SENANG SAJA) dengan kes yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros dan mungkin akan membincangkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khamis ini.

Inilah bezanya Umno dan PAS.Kalau pemimpin PAS yang buat rumah macam itu sudah tentu riuh satu dunia. Apatah lagi kalau ingkar perintah Sultan sudah tentu segala pangkat dan darjat dilucutkan tanpa lengah-lengah lagi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59