Wednesday, 25 October 2006

DULU AMPU MAHATHIR KINI MATI-MATIAN BODEK PAK LAH


Dahulu bukan main ampu Dr Mahathir untuk mendapat kepentingan diri. Kini pelbagai kritikan dilemparkan kepada Beka PM itu semata-mata untuk memastikan dirinya terus mendapat kepercayaan Pak Lah di dalam kabinet maupun dalam parti.

Begitulah sifat orang Umno dalam usaha mereka untuk mendapat habuan dunia. Inilah sifat lalang yang dijiwai oleh Zainudddin Maidin atau Zam.

Semalam Zam membuat ulasan bahawa Dr Mahathir membuat perhitungan politik yang silap apabila apabila Mahathir mendedahkan kandungan pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Beliau berkata ketika para pemimpin, bangsa Melayu dan orang-orang Islam mengharapkan satu perdamaian menjelang Aidilfitri tetapi bekas Perdana Menteri itu telah mendedahkan perkara-perkara sensitif yang terkandung dalam pertemuan itu.

Beliau menyifatkan sambutan Aidilfitri kali ini adalah menyedihkan bagi umat Melayu kerana mereka gagal melihat satu perdamaian yang diharapkan antara seorang bekas pemimpin negara dan penggantinya.

"Sepanjang ingatan saya ini adalah kali kedua perhitungan politik yang silap dilakukan oleh Dr Mahathir. (Dahulu) Selepas bawa Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ke (dalam) Umno untuk kuatkan Umno, akhirnya Umno rosak", katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Zainuddin yang juga anggota parlimen Merbok berkata, berikutan perhitungan politik yang silap itu, tinjauan rambang para pegawai Kementerian Penerangan dalam tempoh sehari selepas Dr Mahathir membuat kenyataan itu mendapati simpati terhadap Abdullah meningkat begitu tinggi.

Menurutnya, hasil tinjauan rambang itu juga mendapati orang ramai kesal dengan sikap Dr Mahathir yang membuat kenyataan terbuka itu.

Bagaimanapun menurutnya, Kementerian Penerangan akan membuat kajian lebih terperinci mengenai sikap rakyat terhadap perkembangan itu.

Itulah Zam kaki bodek nombor satu negara.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59