Monday, 23 October 2006

Mekah dilanda banjir akibat hujan lebat


MEKAH 23 Okt. – Hujan lebat di kota suci Mekah petang semalam menyebabkan banjir ketika beribu-ribu jemaah berhimpun di Masjidilharam.

Bagaimanapun, hujan tersebut tidak menghalang para jemaah mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah walaupun mereka dalam keadaan basah kuyup.

Beribu-ribu jemaah yang berada dalam Masjidilharam menyaksikan hujan itu sambil melaungkan Allahuakbar dan alhamdulillah.

Kebanyakan jalan raya di sekitar Masjidilharam dinaiki air akibat hujan lebat itu dan di sesetengah kawasan air naik setinggi 30 sentimeter.

Seorang pekerja sebuah hotel berhampiran Masjidilharam, Ali Abdul Aziz berkata, dia tidak pernah melihat hujan lebat di Mekah sejak beberapa tahun lalu.

Hujan tersebut menambah tugas para pencuci di dalam dan luar masjid itu.

Pegawai bertugas masjid itu, Abdullah Mahmoud berkata, jabatannya mengambil tindakan segera memanggil para pekerja untuk mengeringkan air hujan di kawasan mataf (tempat tawaf) dan di halaman masjid.

Berikutan itu juga, perkhidmatan kerusi roda antara Safa dan Marwah turut digantung sementara bagi mengelak sebarang insiden buruk.

Hampir tiga juta jemaah berada di Masjidilharam malam tadi bagi menghadiri majlis khatam al-Quran dengan sembahyang tarawih diketuai Imam Masjidilharam, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais.

Kebanyakan jemaah memilih mengerjakan umrah pada bulan Ramadan kerana menurut Nabi Muhammad s.a.w., ganjaran pahalanya sama seperti menunaikan haji.


PERTEMUAN DUA PEMIMPIN YANG SAMA-SAMA TOLAK ISLAM TIDAK BAWA SEBARANG MAKNA


MELAKA 22 Okt. – Pertemuan Perdana Menteri sekarang dan Bekas Perdana Menteri semalam tidak memberi sebarang makna kepada Islam kerana kedua-dua adalah penganut ajaran sekularisme dan pragmatisme yang sama-sama menolak Islam. Malah lebih teruk dari itu kedua-dua adalah pengamal corak pemerintahan yang zalim, rasuah dan penuh dengan penyelewengan terhadap Islam yang syumul.

Kritikan dan dakwaan yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap Imam Al-Hadhari selama inipun bukannya berdasarkan kesedaran Islam bahkan ianya tidak lebih dari kepentingan diri dan kroni masing-masing.

Kalau Mahathir menggunakan ISA, Polis dan pelbagai undang-undang untuk mengekalkan kuasanya Imam Al-Hadhari pun sama juga malah lebih teruk lagi apabila memperkudakan SPR untuk menipu rakyat dan parti pembangkang.

Oleh itu pertemuan itu tidak memberi sebarang makna kepada kepentingan Islam dan kedaulatan orang melayu.

Kenyataan Akhbar Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
22 Okt 2006


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59