Saturday, 21 October 2006

TIMBALAN MENTERI BERBOHONG


Tiada lagi anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah (JI) yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas 17 ahli kumpulan berkenaan dibebaskan semalam dan kelmarin.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, enam tahanan yang dibebaskan semalam adalah kumpulan terakhir selepas 11 daripadanya dibebaskan sehari lebih awal termasuk anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz.

‘‘Tiada lagi anggota KMM dan JI yang hendak dibebaskan kerana semuanya telah keluar.

‘‘Enam orang yang dibebaskan semalam adalah anggota kumpulan JI yang terakhir. Tiada lagi sesiapa daripada kumpulan itu yang berada dalam tahanan ISA,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

INILAH PEMBOHONGAN PALING BESAR DI DALAM BULAN RAMADHAN INI SEDANGKAN MASIH RAMAI LAGI TAHANAN YANG MASIH DIZALIMI OLEH KERAJAAN ISLAM HADHARI. MEREKA DITAHAN TANPA DIBUKTIKAN KESALAHAN MEREKA DI MAHKAMAH.

Mengulas kenyataan ini, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh berkata kenyataan tersebut adalah tidak benar, berniat jahat malah dilihat seolah-olah untuk memberi tekanan kepada para isteri tahanan ISA supaya tidak meneruskan perjuangan membebaskan suami mereka.

"Kami ada rekod, seramai hampir 40 orang JI masih ditahan di Kem Kamunting (Kemta) Taiping, Perak," katanya ketika dihubungi Harakahadaily.


ISU ZAKARIA DEROS : UMNO LEBIH BERKUASA DARI BPR


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, beliau akan merujuk kepada UMNO kedudukan Datuk Zakaria Md. Deros, anak dan menantunya yang disenaraikan sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebelum membuat sebarang keputusan.

Itulah pemimpin Umno, mereka lebih mementingkan kepentingan Umno dari kepentingan rakyat. Padahal isu ini sudah jelas, bagaimana seorang wakil rakyat boleh membina mahligai jutaan berharga jutaan ringgit dan berkuasa mengenepikan undang-undang apabila membina rumah tanpa kelulusan.

Beliau berkata, kes yang berlaku di MPK agak luar biasa kerana tiga beranak daripada satu keluarga itu menang dalam pemilihan parti UMNO dan lazimnya pemegang jawatan peringkat bahagian parti itu dilantik sebagai ahli majlis perbandaran.

Inilah yang dinamakan kronisme dan nepotisme, apabila anak beranak menang jawatan parti.

‘‘Kita tidak ada masalah untuk mengkaji semula pelantikan itu, tetapi kita kena hormati pemilihan UMNO. Ia perlu diselesaikan mengikut saluran parti,” katanya.

Mohamad Khir ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di sini hari ini.


ANAK DERHAKA LANGSUNG TAK ZIARAH IBU BAPA DI RUMAH ORANG TUA


Dah lah mereka sanggup hantar ibu atau bapa mereka ke Rumah Orang Tua malah lepas itu langsung tak ziarah.

Ikuti luahan sayu penghuni Rumah Orang-Orang Tua di Melaka.


Susuk tua itu dan bangku batu yang terletak menghadap jalan besar ke bandar Melaka bagaikan sudah tidak dapat dipisahkan. Sejak enam tahun lalu, di situlah wanita yang hampir menjejak usia 70 tahun itu menghabiskan petangnya sementara menunggu Maghrib menjelma.

Dengan selendang lusuh merah jambu yang masih berbaki dalam simpanannya buat mengusap air mata yang kadang kala bergenang, tubuh kurus itu terus mengharapkan kehadiran anak dan cucu yang dirindui.

Kesibukan anak lelaki dengan urusan masing-masing membuatkan beliau terdampar di situ keseorangan, manakala anak perempuan pula memberi alasan bergantung kepada suami yang pendapatan tidak seberapa menyebabkan tidak dapat menjaga ibu yang tua.

Bagi Rahmah (bukan nama sebenar), walaupun anak tidak kunjung tiba dia tetap sabar menanti, namun apabila tiba Ramadan dan Syawal hati kecilnya semakin hiba dan sentiasa bertanya masih adakah lagi Ramadan dan Syawal untuk dia bersama keluarganya.

Walaupun, ada rakan senasib untuk menyambut Ramadan dan Syawal, baginya ia tidak sama dengan berbuka dan menyambut Aidilfitri bersama anak yang dibesarkan dengan dua telapak tangannya.

Walaupun, kisah Rahmah mengundang cerita pilu, inilah antara nasib yang menimpa sebahagian warga emas yang mendiami Rumah Seri Kenangan Cheng, di sini.

Bagi sesetengahnya, mereka sendiri tidak tahu apa salah mereka sehingga ada anak yang tergamak meletakkan mereka di situ.

Timbalan Penguasa Rumah Seri Kenangan Cheng, Mohd Emran Abdul Salam, berkata ada kalangan anak yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di pintu pagar Rumah Seri Kenangan ini, sebelum berlalu pergi dan terus menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.

Tidak kurang juga katanya, yang menghantar orang tua mereka ke rumah itu dan berjanji akan menjengah ketika lapang serta meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Namun, agak mengecewakan apabila pihak berkuasa rumah kebajikan menghubungi nombor yang diberikan, ia tiada dalam perkhidmatan, katanya.

Mendedahkan perkara itu, beliau berkata, ibu bapa yang ditinggalkan sering datang ke pejabat bertanya sama ada anak mereka ada menghubungi atau tidak.

Paling menyedihkan katanya, ada anak yang dihubungi untuk memaklumkan ibu atau bapa mereka meninggal dunia di rumah kebajikan itu, enggan datang untuk menuntut jenazah.

"Kes anak yang enggan menjenguk ibu atau bapa mereka termasuk sepanjang Ramadan dan sempena Aidilfitri, bukan satu perkara luar biasa di Rumah Seri Kenangan Cheng.

"Ramai penghuni di sini mempunyai anak tetapi anak tidak mempedulikan mereka dan seolah-olah membuang terus ibu bapa mereka," katanya.

Beliau berkata, 61 daripada warga emas yang menghuni rumah kebajikan itu adalah beragama Islam.

Mohd Emran berkata, mereka yang beragama Islam sering bercerita mengenai kenangan berbuka, bersahur dan sembahyang tarawih bersama anak ketika mereka masih muda.

"Kadang-kadang mereka tidak dapat menahan sebak setiap kali mengimbau kenangan bersama keluarga. Mereka sering bertanya, ada tak anak mereka datang atau menelefon rumah kebajikan ini," katanya.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana sepanjang Ramadan ini pelbagai pihak tampil memberikan sumbangan makanan dan pakaian kepada penghuni di situ.

Seorang penghuni, Elan Chop, 68, menzahirkan rasa sedihnya kerana anak tunggalnya tidak pernah datang melawatnya di situ sejak dia dihantar ke Rumah Seri Kenangan Cheng, empat tahun lalu.

"Rasanya anak pakcik kini tinggal di Felda di Negeri Sembilan. Rindu sangat nak jumpa dia, terutama menjelang Aidilfitri seperti sekarang," katanya.

Bagi Mohd Dawam Yusof, 71, pula merajuk kerana ditempatkan di rumah orang tua, menyebabkan beliau enggan berhari raya di rumah anaknya sekalipun dijemput menjelang Aidilfitri nanti.

Namun, jauh di sudut hatinya, beliau tetap mendoakan anak serta cucunya bergembira menyambut Syawal.

"Biarlah pakcik menghabiskan usia pakcik di rumah orang tua ini dengan beramal ibadat. Sekurang-kurangnya jiwa pakcik lebih tenang," katanya.

Kata pepatah, syurga di telapak kaki ibu dan bagi Rahmah, dosa anak yang menghantarnya ke situ dan tidak menjenguknya sudah lama diampunkan, namun jauh di sudut hati, beliau terus berharap akan ada yang menemuinya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59