Thursday, 19 October 2006

SETELAH PUAS MENZALIMI MANGSA ISA AKHIRNYA KERAJAAN ISLAM HADHARI BEBASKAN MEREKA


KUALA LUMPUR 19 Okt. – Nik Adli Nik Abdul Aziz, anak Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara tahanan Akta 'Drakonian' ISA yang digunakan oleh kerajaan Islam Hadhari dengan rakus. Tahanan-tahanan telah dizalimi dalam jangkamasa yang begitu lama tanpa dibuktikan kesalahan mereka di mahkamah. Nik Adli sendiri telah di tahan lebih dari 5 tahun.

Nik Adli, 39, adalah antara 11 orang tahanan ISA yang dikatakan terbabit dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah (yang tidak pernah dibuktikan keujudannya) dibebaskan serentak semalam.

Apakah kesalahan dan kekejaman yang telah mereka lakukan tidak pernah dibuktikan walaupun pelbagai tudugan dan dakwaan di buat kepada mereka samada dalam tahanan ataupun di dalam media yang bersekongkol dengan penzalim tersebut.

Pelbagai penyiksaan dan tekanan samada dari segi fizikal dan mental dikenakan kepada tahanan ISA seperti yang pernah diceritakan oleh bekas-bekas tahanan ISA. Ada yang tahan dengan penyiksaan ini malah ramai juga yang terpaksa tunduk mengaku akan kesalahan mereka walaupun mereka tidak melakukannya.

Penyiksaan dari segi fizikal dan mental ini amat perit untuk dilalui jika tahanan ini tidak mempunyai kekuatan akidah dan kekuatan dalaman seperti yang pernah kita dengar dalam ceramah dan tulisan tahanan ISA seperti Dr Badrul Amin dan Saari Sungip serta tahanan yang lebih senior dari mereka.

Lima lagi yang dituduh sebagai anggota KMM yang dibebaskan ialah Mohd. Rafi Udin (Cheras, Kuala Lumpur), Zid Shaharani Mohd. Isa (Perak Tengah, Perak), Ahmad Pozi Darman (Sepang, Selangor), Zainon Ismail (Cikgu Non) dan Ustaz Md. Lotfi Ariffin, masing- masing dari Baling, Kedah.

Keenam-enam anggota mereka itu ditahan di bawah Seksyen 73(1) Akta ISA 1960 berkuat kuasa 24 September 2001 kerana dituduh mengancam keselamatan negara.

Manakala mereka yang dikatakan anggota JI yang dibebaskan ialah Abd. Samad Shukri, Mazlan Ishak, Syed Ali Syed Abdullah dan Abdul Manaf Kasmuri, semuanya dari Selangor manakala seorang lagi iaitu Alias Sani, berasal dari Sandakan, Sabah.

Pembebasan mereka disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Abdullah memberitahu pemberita di Putrajaya bahawa beliau menandatangani surat pembebasan semua tahanan ISA itu.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA MANGSA-MANGSA ISA DAN KELUARGA MEREKA KERANA LULUS UJIAN ALLAH DENGAN BERJAYA DAN SABAR


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59