Wednesday, 18 October 2006

BENARKAH NIK ADLI DAH DIBEBASKAN SEBENTAR TADI?


SMS DARI DPPP MEMBERITAHU BAHAWA NIK ADLI DAN 6 TAHANAN ISA LAIN DIBEBASKAN BENARKAH BEGITU?


SYARIKAT DENMARK MENCABAR UMAT ISLAM LAGI?


SYARIKAT LEGO YANG DIKATAKAN MEMBUAT ALAT PERMAINAN MENGHINA RASULULLAH MENAFIKAN BAHAWA BARANGAN TERSEBUT DIHASIL DAN DIPASARKAN OLEH MEREKA. IKUTI PENJELASAN MEREKA DI DALAM LAMA WEB MEREKA SEPERTI DI BAWAH. NAMUN BEGITU KITA MENGHARAPKAN KERAJAAN MALAYSIA MENYIASAT PERKARA INI. SEKIRANYA BENAR TINDAKAN TEGAS MESTI DIAMBIL.

Image of false LEGO box circulated via e mail

An image of a false LEGO box is currently being circulated across the world via e mail. The picture of the box is computer manipulated and in the picture LEGO elements are used to depict the Prophet Mohammed in a situation of a sexual nature – with a severely offensive text.

The LEGO Group wants to stress that there is no such LEGO product, and that the company totally condemns the picture and the manner in which someone has made use of the LEGO products and brand.

The LEGO Group does not know the original source of the image which back in spring appeared on some European websites. Possibilities of stopping this use of LEGO products and brands are being investigated, and the LEGO Group is collaborating with the Danish police in the matter.


The LEGO Group has released a statement which can be downloaded from this site.


For further information, please contact:
Charlotte Simonsen, Head of Corporate Communications
LEGO Group.
Phone: +45 79 50 65 79
c.simonsen@europe.lego.com


SEBELUM INI BLOG INI MENYIARKAN LAPORAN SEPERTI DI BAWAH :

SYARIKAT MEMBUAT MAINAN KANAK-KANAK YANG BERASAL DARI DENMARK TERUS MEMBUAT PENGHINAAN KEPADA RASULULLAH DAN UMAT ISLAM APABILA MENGHASILKAN ALAT PERMAINAN SEPERTI DIDALAM GAMBAR.

LUKA LAMA TERHADAP PENGHINAAN AKHBAR DENMARK TERHADAP RASULULLAH BELUM PUN SEMBUH KINI MEREKA SEKALI LAGI MENCABAR UMAT ISLAM APABILA MEMBUAT PENGHINAAN KALI KEDUA KEPADA RASULULLAH.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENGGESA KERAJAAN MENGHANTAR BANTAHAN KEPADA KERAJAAN DENMARK SUPAYA MENGAMBIL TINDAKAN KERAS TERHADAP SYARIKAT TERSEBUT. KERAJAAN MALAYSIA JUGA MESTILAH MENGHARAMKAN SEBARANG PENGIMPORTAN BARANGAN DENMARK. SELAIN ITU SELURUH UMAT ISLAM DISERU SUPAYA MEMBOIKOT BARANGAN DENMARK.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN


WARGA KERJA WEBLOG INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SELURUH TETAMU DAN PENGUNJUNG BLOG INI. HARAP SEMUA KESALAHAN DI MAAFKAN.

KAMI AKAN CUBA MENG'UPDATE'KAN BLOG INI SEMASA CUTI MUSIM PERAYAAN INI.

Blogmaster.
mstcmal@miosh.net


SELAGI KERAJAAN TIDAK DITUKAR SEHINGGA ITULAH BUDAYA HIBURAN DI AIDIL FITRI AKAN TERUS DIGALAKKAN


Gejala hedonisme dan hiburan melampau sudah menjadi darah daging rakyat Malaysia akibat dari 'tarbiah' pemerintah yang sentiasa menggalakkan program hiburan di tengah-tengah masyarakat.

Tidak hairanlah kita walaupun sesuatu perayaan itu adalah perayaan keagamaan seperti Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha ianya tetap dicemari dengan program maksiat dan hiburan melampau. Malah ketika bulan Ramadhan sekarang pun program maksiat seperti nyanyian di stesen RTM juga tetap diteruskan. Inilah mentaliti 'kepala otak' golongan Islam Hadhari.


Semalam, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria yang terkenal dengan ketegasannya dalam hal ehwal Islam hari ini menegaskan bahawa nama Aidilfitri tidak boleh digabungkan dengan hiburan yang melalaikan dan berunsur maksiat kerana ia mencemar hari yang merupakan puncak kepada ibadat berpuasa selama sebulan.

Katanya, perayaan dalam Islam adalah ibadat tetapi Aidilfitri hilang hikmah dan tujuannya apabila umat Islam terlalu menumpukan kepada hiburan sehingga sehari suntuk.

Malah, katanya, ada rancangan hiburan yang bermula pada malam menjelang raya.

"Aidilfitri kelihatan sudah dicemari dengan terlalu banyak rancangan hiburan sehingga amalan kunjung-mengunjung semakin dilupakan.

“Ada yang bergegas tinggalkan masjid kerana nak kejar tengok siaran, bukannya nak ziarah rumah orang," katanya kepada pemberita di Ipoh.

Menurutnya, setiap tahun pelbagai rancangan televisyen dirangka untuk memeriahkan Aidilfitri tetapi malangnya di negara ini boleh dikatakan sebahagian besarnya bercorak hiburan.

"Orang Melayu begitu tenggelam dalam hiburan. Perkara ini sangat berbeza dengan beberapa negara Islam lain seperti di Indonesia di mana sepanjang bulan Ramadan dan pada Aidilfitri lebih banyak rancangan bercorak keagamaan disiarkan.

"Tidak terkecuali di negara-negara Arab yang banyak menyiarkan cerita berkaitan kesedaran dan bercorak agama tetapi drama di negara kita masih dengan kisah cinta, kahwin, cerai dan sebagainya," katanya.

Tegasnya, perbuatan menyambut Aidilfitri dengan pengisian hiburan yang keterlaluan sehingga menjadikan umat Islam lalai "boleh jatuh kepada haram".

"Menyambut Aidilfitri dengan sogokan rancangan bercorak hiburan yang terlalu banyak sehingga melalaikan amatlah tidak sesuai seolah-olah menidakkan hari raya itu sebagai hari kemenangan umat Islam.

"Islam tidak menghalang hiburan tetapi bukan yang keterlaluan sehingga umatnya lalai semata-mata kerana ingin memuaskan nafsu," katanya.

KESIMPULANNYA SELAGI KERAJAAN ISLAM HADHARI MEMERINTAH SELAGI ITULAH GEJALA MAKSIAT DAN MUNGKAR INI AKAN DITERUSKAN TANPA MENGIRA MASA DAN MUSIM.


KERAJAAN NEGERI MELAKA 'PANDAI PERINTAH' - HUTANG MENINGKAT 114 %


BUKIT KATIL 18 OKT : Ketua Menteri Melaka sering menuduh bahawa MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz tidak pandai memerintah. Sehingga pernah suatu ketika beliau melarang rakyat Melaka dari melawat Kelantan.

Tetapi hakikat yang sebenar ialah beliaulah yang sebenarnya tidak pandai mentadbir dan memerintah sehingga ada pejabat agensi kerajaan yang disita kerana berhutang
.


Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Hj Salamat Aman menyifatkan bahawa Ali Rustam memang pandai memerintah iaitu mentadbir negeri dengan hutang sekeliling pinggang.

"Kalau macam ini saya pun pandai memerintah negeri, tak ada duit berhutang, tak ada duit berhutang dengan pusat" sindir Hj Salamat.

Hj Salamat juga menyeru rakyat negeri Melaka supaya menilai kembali sokongan mereka kepada kerajaan yang ada sekarang kerana telah terbukti bahawa pemimpin yang ada sekarang gagal membawa negeri ini keluar dari beban hutang malah ianya semakin parah sekarang.

"Rakyat mesti menolak golongan yang hanya pandai bermewah-mewah dan berbelanja dengan boros dan rakus. Malah rakyat mesti mempersoalkan kemana perginya duit yang banyak itu, bagaimana ia dibelanjakan sehingga hutang negeri meningkat dengan mendadak" tambah Hj Salamat.

"Jangankan nak bayar hutang, tambah hutang adalah. Ianya berlainan dengan kerajaan Negeri Kelantan yang sentiasa komited membayar hutang kepada Kerajaan Pusat sehingga hutang negeri itu kepada Pusat semakin menyusut. Ini semua adalah kerana keberkatan pemerintah Negeri Kelantan yang berpegang kepada Islam dan mengamalkan perbelanjaan berhemah" tegas Hj Salamat.


Semalam pembangkang mendedahkan bahawa kedudukan baki hutang kerajaan negeri itu telah meningkat sebanyak 114 peratus – daripada RM482 juta pada 1999 kepada RM 1,031 juta pada 2005.
“Penyata Akaun Awam 2005 mengakui bagi setiap ringgit baki hutang kerajaan negeri disokong dengan hanya 2 sen rizab hasil negeri, berbanding 25 sen pada 1999 – merosot 92 peratus,” kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka,” Betty Chew Gek Cheng.

Ketika membahaskan usul dan enakmen perbekalan 2007 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana berkata, pada 1999, sekurang-kurangnya setiap satu ringgit hutang kerajaan disokong dengan 25 sen rizab hasil negeri.

“Bukankah membimbangkan 25 sen pada 1999 sudah jadi 2 sen enam tahun kemudian (pada 2005) untuk setiap ringgit hutang?

“Semasa kerajaan negeri cuba menasihatkan rakyat supaya mengurangkan pembaziran dan jangan berhutang banyak, hutangnya pada 1999 sebanyak RM 482 juta, boleh naik kepada RM 1,031 juta pada 2005,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau membidas pembentangan bajet berimbang oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dengan perbelanjaan mengurus sebanyak RM 289,734,445 berbanding dengan hasil sebanyak RM 289,181,146.

Rizab bayaran gaji

“Sejauh manakah bajet berimbang ini bermakna, apabila pengurusan kewangan agak lemah berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2005 bahawa kedudukan jangka panjang bagi tahun 2005 juga tidak memuaskan,” katanya.

Laporan tersebut, tambahnya, menunjukkan aset sebanyak RM 934.02juta dan tidak dapat menampung tanggungan hutang kerajaan negeri berjumlah RM1.03 bilion.

Betty berkata, keadaan kewangan kurang memuaskan kerajaan negeri sekali lagi tertera dengan rizab bayaran gaii yang terus menurun daripada 3.5 bulan pada 2004 kepada hanya 2.9 bulan pada 2005 dalam Akaun Awam Negeri Melaka 2005.
“Penurunan rizab bayaran gaji sebanyak 92 peratus daripada 38.1 bulan kepada 2.9 bulan dalam masa enam tahun YAB Ketua Menteri menerajui tampuk pimpinan negeri amat membimbangkan,” tambahnya.

Menurutnya, hutang kerajaan negeri sebanyak RM1,031 juta bermakna setiap 650,000 rakyat Melaka perlu bayar hutang RM1,500 bagi setiap orang dewasa, pelajar dan bayi di Melaka.

“Macam mana YAB Ketua Menteri boleh berbangga dengan pengurusan kewangannya apabila setiap ringgit hutang disokong oleh hanya 2 sen rizab hasil negeri, liabiliti melebihi aset ataupun hutang RM1,500 setiap orang?” soalnya.

Katanya, sungguhpun ‘hutang bertimbun’ kerajaan masih ingin meneruskan projek infrastruktur yang tidak menfaatkan rakyat seperti Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bangunan baru DUN

Sebaliknya, tegas Betty, kerajaan negeri harus mempercepatkan pembinaan projek yang sedia ada, khususnya projek Lebuhraya Muar-Simpang Empat yang berharga RM505.6 juta yang sudah dua tahun terlewat sejak pembinaanya dimulakan pada 9 April 2001.

Beliau juga menyifatkan cadangan pembinaan bangunan DUN Melaka membazirkan wang rakyat kerana bangunan lama yang bernilai RM85.6 juta dan berusia 10 tahun, masih boleh digunakan.

Di samping itu, katanya, persidangan DUN hanya selama lapan hari setiap tahun – satu tempoh masa singkat, yang didakwanya, mencerminkan kurangnya budaya dan perjalanan demokrasi dan akauntabiliti di negeri Melaka.

“Mengapakah bangunan kosong yang sedia ada tidak boleh digunakan seperti Bangunan Pertam di Melaka Baru, Bangunan Expo di sebelah Taman Buaya Ayer Keroh, Graha Maju, Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan,” tambahnya.

Berikutan itu, beliau menggesa supaya cadangan tersebut digugurkan demi kepentingan rakyat dan wang terbabit – sekitar RM100 juta – disalurkan kepada projek yang memanfaatkan rakyat seperti membina longkang, jalan dan lampu jalan.

Mengenai masalah banjir pula, Betty berkata, ia harus diatasi dengan pembinaan sistem perparitan baru “tetapi kami lihat projek RM 53 juta di kawasan bandar masih dilengah-lengahkan”.


BERSIHKAN DIRI, KELUAR DARI RAMADHAN MENJADI GOLONGAN MUTTAQIN


BATU BERENDAM 18 OKTOBER : Umat Islam diseru mengambil kesempatan dari Ramadhan yang masih berbaki 6 hari supaya bertaubat kepada Allah. Peluang keemasan mestilah direbut supaya seluruh umat Islam yang ditarbiah di bulan ini keluar sebagai hamba yang muttaqin seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam yang mewajibkan puasa di Bulan Ramadhan. Seruan ini telah dibuat oleh Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Us Mohd Noor Omar ketika menyampaikan tazkiran Ramadhan di sebuah surau di sini semalam.

"Kita mesti bertaubat dari segala dosa yang telah kita lakukan kerana hanya hamba yang suci dari dosa sahaja yang akan terselamat dari azab neraka Allah yang maha dahsyat. Umpamanya Neraka Sakar yang akan membakar hamba yang ingkar sehingga tidak meninggalkan kesan atau jelaga yang langsung, habis semua hangus" tegas Us Mohd Noor.

"Dari itu marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan wajib dan sunat serta meninggalkan amalan haram dan makruh, kerana dengan amalan dan pahal sahajalah menjamin kita mendapat balasan syurga Allah. Di mana diriwayatkan bahawa hanya seorang dari 1000 orang yang akan masuk syurga. Apakah kita akan menjadi orang yang seorang itu" soal beliau.

Tazkirah Ramadhan yang dianjurkan oleh AJK Surau tersebut telah mendapat sambutan yang baik sejak dilancarkan sebelum Ramadhan lalu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59