Monday, 16 October 2006

SIAPA BERTANGGUNGJAWAB LABELKAN BARANG MAINAN DENGAN BENDERA YAHUDI



Tidak cukup dengan kekejaman Yahudi terhadap umat Islam terutamanya di Palestin dan Lubnan, kini kanak-kanak di negara ini terutamanya di Pekan Triang cuba dipengaruhi pula oleh pihak-pihak tertentu dengan melekatkan bendera Israel pada barangan mainan.

Pihak berwajib digesa mengambil tindakan keatas pihak yang tidak bertanggungjawab ini atau mungkinkah mereka akan membiarkan sahaja perkara ini kerana bendera negara Laknatullah itupun pernah dikibarkan di Bangunan sebuah Parti Politik pemerintah


Gambar : Gambar menunjuk pedang yang dibeli di Pekan Triang yang mempunyai bendera negara Yahudi (Israel) .


SYABAS KERAJAAN KELANTAN. KERAJAAN NEGERI PERTAMA LAKSANA SKIM TAKAFUL WARGA EMAS


KOTA BHARU, 16 Okt - Inilah keberkatan melantik kerajaan yang takut kepada Allah. Di dalam lubuk hati pemimpinnya sentiasa memikirkan bagaimana untuk mendapat keredhaan Allah dan memberikan kesejahteraan kepada rakyatnya.

Ianya jauh berbeza dengan sebahagian pemimpin kerajaan pusat dan negeri lain yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk mengaut seberapa banyak harta.

Semalam rakyat Kelatan terutama warga emas mendapat berita gembira apabila Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang akan mencarum insurans kepada warga emas berumur antara 60 hingga 75 tahun sebagai usaha meringankan bebanan kehidupan mereka.

Sehubungan itu sebanyak RM3 juta bagi membiayai skim insurans kepada warga emas di bawah Skim Perlindungan Sosial Takaful diperuntukkan kerajaan negeri.


Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, cadangan itu akan dibentang pada persidangan Dun November ini.

"Sekiranya ia diluluskan, bermula Januari tahun hadapan warga emas berpeluang menyertai skim insurans perlindungan tersebut. Pencarum akan menerima pampasan apabila mereka meninggal dunia," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada 59 orang kurang upaya (OKU) di Dun Salor, baru-baru ini.

Di Kelantan sekarang dikenalpasti terdapat seramai 110,000 warga emas. Skim itu diberi keutamaan kepada warga emas yang daif, miskin dan mempunyai tanggungan ramai. Setiap mereka akan dicarum sebanyak RM25 setahun.

Husam juga berkata, bagi Tabung OKU kerajaan negeri akan menaikkan jumlah peruntukan daripada RM500,000 kepada RM1 juta mulai tahun hadapan.

Pada majlis itu setiap OKU menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat antara RM300 hingga RM600. Turut hadir hadir Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda Kubang Kerian, Mohd Nuri Yaakob.


BANTULAH INSAN-INSAN YANG KURANG BERNASIB BAIK


Disaat orang lain bergembira untuk menyambut Hari Raya nun sana masih ramai yang kurang bernasib baik. Itulah hakikat kehidupan 7 adik-beradik yang disiarkan oleh akhbar harian hari ini.

Sebenarnya masih ramai lagi golongan yang kurang bernasib baik seperti yang hilang tempat bergantung dan bermanja.

Begitu lah dengan kehidupan anak-anak mangsa kezaliman Kerajaan Islam Hadhari yang menahan ayah dan suami mereka di bawah akta zalim ISA.

BANTULAH MEREKA INI.

Laporan Media hari ini.

Ketika umat Islam terutama kanak-kanak gembira menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri, bagi tujuh beradik di Kampung Titi Kerbau, Mukim Sungai Laka di sini, suasana kemeriahan dan kegembiraan itu tiada lagi dalam kamus hidup mereka sejak kehilangan tempat bergantung.

Begitupun, walau terpaksa melalui keperitan hidup dan tinggal di rumah usang yang didirikan arwah bapa mereka di sebidang tanah wakaf, ketujuh-tujuh beradik itu bertekad untuk terus mengharungi hidup bersama-sama.

Ketujuh-tujuh beradik itu, Mohd. Shafifi Abdul Rahman, 20, Siti Shafira, 17, Mohd Shafirul, 14, Siti Shafiha, 13, Siti Shatirah, 10, Mohd. Shafizi, 8, dan Siti Shafihah, 5, tidak mahu mereka dipisahkan.

Episod duka mula mengocak kehidupan tujuh beradik berkenaan setelah bapa mereka, Abdul Rahman Bakar meninggal dunia empat tahun lalu akibat serangan jantung.

Lebih memilukan, ibu mereka, Rokiah Hamzah, 39, yang diharapkan dapat menggantikan tugas sebagai ketua keluarga kini koma setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Februari tahun lalu dan tinggal bersama nenek mereka di Sungai Petani.

Kini, tanggungjawab menyara keluarga terpikul di atas bahu anak sulung keluarga itu, Mohd. Shafifi yang baru sahaja bekerja sebagai pekerja am di Universiti Utara Malaysia (UUM), dekat sini dengan gaji RM520 sebulan.

“Dulu, saya hanya bekerja kampung untuk menampung keperluan hidup harian, tetapi saya sama sekali tidak akan menghantar adik-adik ke rumah anak-anak yatim kerana seboleh-bolehnya biar teruk kami menderita, biarlah kami bersama tanpa dipisahkan.

“Sekurang-kurangnya setiap kali Hari Raya, kami dapat beraya bersama terutama ketika mengunjungi pusara arwah bapa dan melihat ibu yang terlantar di Sungai Petani. Itulah rutin pada Hari Raya,” katanya ketika ditemui di rumah mereka.

Tinjauan mendapati, rumah yang didiami mereka sudah usang dengan tingkat atas tidak boleh lagi diduduki kerana bumbungnya bocor serta diserang anai-anai dan mereka kini terpaksa tinggal di ruang bawah yang agak sempit.

Malah lebih memilukan, mereka tidur bertilamkan simen.

Mohd. Shafifi berkata, bagi menambah pendapatan, tanggungjawab menyara keluarga turut dipikul bersama dengan adiknya, Siti Shafira yang bekerja sambilan di sebuah pusat membeli-belah di Changlun, dekat sini.

Sementara itu, Siti Shafira yang masih belajar di tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun memberitahu, setiap hari dia bangun awal untuk menyediakan sarapan sebelum ke sekolah.

Abangnya pula, kata Siti Shafira, akan menghantar dan mengambil adik-adiknya dari sekolah sebelum kembali semula ke tempat kerja.

“Balik dari sekolah, saya akan masak dahulu dan kemudian bergegas ke tempat kerja. Saya bekerja sekadar membantu abang kerana adakalanya belanja tidak mencukupi,” katanya yang hanya mendapat upah sebanyak RM3 satu jam.

Siti Shafira berkata, kepayahan membahagikan masa antara pelajaran dan tanggungjawab sebagai ‘ibu’ kepada adik-adiknya itu memang terlalu berat dan memenatkan, tetapi ia terpaksa ditelan demi kepentingan mereka sekeluarga.

Gambar Hiasan : "Bebaskan ayah kami" sempena sambutan Aidilfitri.Kami amat merindui belaian ayah yang telah lama terpenjara kerana kezaliman ISA," demikian kata rayuan anak-anak tahanan ISA yang berhimpun di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat (13 Oktober 2006) hari ini.Perhimpunan dihadiri pemimpin parti politik dan NGO yang mendesak pembebasan segera tahanan ISA.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59