Friday, 13 October 2006

UNTUNG BERBILION RINGGIT MENGAPA NAIKKAN TARIF ELEKTRIK?


KUALA LUMPUR 13 OKT : Media melaporkan bahawa TENAGA Nasional Bhd (TNB) meraih keuntungan bersih sebelum pendapatan tukaran mata wang asing berjumlah RM1.635 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos lalu, meningkat 51.1 peratus berbanding RM1.082 bilion dalam tahun kewangan sebelumnya.

Dalam tahun kewangan berkenaan, syarikat utiliti itu mencatatkan pendapatan tukaran mata asing berjumlah RM491.3 juta berikutan pengukuhan nilai ringgit.

Jika mengambil kira pendapatan tukaran asing itu, keuntungan bersih TNB dalam tahun kewangan berkenaan adalah RM2.126 bilion, meningkat kira-kira 66 peratus berbanding RM1.28 bilion tahun kewangan sebelumnya.

Dalam tahun kewangan dikaji, TNB meraih pendapatan berjumlah RM20.384 bilion, naik 7.4 peratus daripada RM18.977 bilion tahun kewangan sebelumnya.

Pencapaian lebih baik itu antara lain disumbangkan oleh inisiatif pengurangan kos serta kenaikan dalam tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.

TNB meraih pendapatan tambahan berjumlah RM400 juta daripada kenaikan tarif itu.

KALAU DAH UNTUNG BERBILION RINGGIT MENGAPA KERAJAAN SANGGUP MEMBENARKAN TNB MENAIKKAN TARIF ELEKTRIK? BUKANKAH INI NAMANYA MENINDAS RAKYAT.

Gambar : Presiden merangkap Ketua Eksekutif TNB, Datuk Che Khalib Mohamad Noh


SUMBANGAN KUIH RAYA
















Seperti biasa bila menjelang hari raya ahli-ahli PAS sibuk menyediakan kuih raya untuk disumbangkan kepada pesakit-pesakit di Hospital dan anggota Tentera serta juga masyarakat Orang Asli. Program ini amat bermakna dan berkesan untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat.

Bagaimana pula dengan PAS Kawasan-Kawasan di Melaka sudahkah program ini dilaksanakan.


TINGKATKAN KORBAN, BERI PERHATIAN TERHADAP MUSUH - TUAN IBRAHIM


TEMERLOH 13 OKTOBER – Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man membidas golongan agama di dalam Umno di atas kegagalan membendong kemungkaran di dalam masyarakat.

Katanya walaupun kini ramai ‘Ustaz-ustaz’ di dalam parti itu tetapi perkara mungkar terus berlaku dan mencabar kesabaran umat Islam.

Ini termasuklah keujudan kedai Serbaneka yang beroperasi 24jam (7 Eleven) yang menjual arak dipremisnya serta keujudan program hiburan melampau diseluruh negeri.

Turut disentuh beliau dalam perutusan Aidil Fitrinya termasuklah cabaran semasa yang dihadapi umat Islam seperti persepakatan kumpulan anti Islam diseluruh dunia yang berusaha secara tersusun menentang Islam.

Manakala cabaran-cabaran lain pula datangnya daripada pelbagai fahaman seperti fahaman liberalisme, pluralisme dan resionalisme yang meracuni pemikiran umat Islam dengan tafsiran berbeza.

Keujudan fahaman ini seperti fahaman resionalisme yang menafsirkan fahaman menurut logik akal semata-mata golongan ini berhujah kononya tidak mungkin Allah menurunkan hukum (syariat ) bercanggah dengan akal pemikiran manusia.

“Umat Islam sama anggota parti atau bukan perlu meningkatkan pengorbanan masing-masing dan dalam kontek Pahang mereka perlu menuntut hak sosial, demokrasi dan agama,” katanya.

Dari : Blog Dari Hati


PAS CAWANGAN TAMAN MERDEKA TUBUHKAN PASTI BARU


TAMAN MERDEKA 13 OKTOBER : PAS Cawangan Taman Merdeka akan menubuhkan sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) baru di Taman Merdeka bermula sessi persekolahan 2007 ini. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Ketua Cawangannya Hj Salleh Othman di sini malam tadi.

Menurut Haji Salleh PASTI tersebut akan beroperasi di kawasan Taman Merdeka dan lokasinya telah dikenalpasti di mana ianya sangat strategik. Beliau juga memberitahu setakat pihaknya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana kira-kira 20 keluarga telahpun menyatakan keinginan untuk menghantar anak mereka belajar di PASTI tersebut.

Beliau yakin bahawa lebih ramai keluarga akan tampil untuk mendaftarkan anak mereka menjelang sessi persekolahan akan datang.

"Guru PASTI tersebut juga sudah dipilih dan beliau merupakan seorang guru yang berpengalaman mengajar PASTI sebelum ini" jelas Hj Salleh dengan bersungguh-sungguh.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada beliau di talian 019-627 1353 atau Setiausaha PASTI Taman Merdeka 019-682 1318.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59