Thursday, 12 October 2006

PROGRAM KHATAN BERAMAI-RAMAI TERBUKA KEPADA SEMUA


PAS Cawangan Tmn. Cempaka, Peringgit, Melaka akan menganjurkan Program Berkhatan Secara Beramai-ramai (Berkelompok) pada bulan November atau Disember 2006 akan datang ini iaitu semasa cuti persekolahan hujung tahun 2006.

Peserta adalah terbuka kepada semua kanak-kanak yang tinggal di Taman Seri Cempaka, Peringgit, Taman Peringgit Jaya, Kg. Peringgit, Kg. Pangkalan Rama dan Taman Taman/Kampung-Kampung yang berhampiran.

Setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM60.00 dan program ini akan dilaksanakan oleh seorang doktor yang bertauliah. Ibu Bapa/Penjaga yang bercadang melibatkan anak-anak mereka menyertai program ini, bolehlah mendapatkan borang penyertaan di Balai Islam, Tmn. Cempaka/Taman Peringgit Jaya di Jalan Melati 5, Taman Peringgit Jaya, Melaka atau menghubungi nama-nama seperti berikut:-

1. Tuan Hj. Abdullah Hj. Ahmad - Tel.013-6305129
2. Tuan Hj. Mohd Rizal Hj. Idris - Tel.019-6821621
3. Tuan Hj. Mohd Nor - Tel: 017-6831947


MENTERI BRITAIN SEMAKIN BIADAP TERHADAP ISLAM


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengecam kenyataan BIADAP Menteri Kewangan Britain yang menghina Islam dan langsung tidak menghormati kepercayaan dan ajaran Islam.

Ketua Dewan Pemuda Kawasan, Hj Salamat Aman berkata kenyataan ini merupakan kenyataan jahat menteri tersebut serta ianya juga mempertikaikan kepercayaan Umat Islam mengenai kewajipan menutup aurat.

Hj Salamat menggesa kerajaan Malaysia menghantar nota bantahan kepada kerajaan Britain serta memanggil Duta Britain di Malaysia supaya memberikan jawapan kepada kenyataan tersebut.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan kenyataan-kenyataan BIADAP seperti ini. Pemimpin-pemimpin Umat Islam mesti mengambil tindakan atas perkara ini" jelas Salamat ketika diminta mengulas isu ini pagi ini.

"Pengerusi OIC iaitu Abdullah Badawi juga jangan berdiam diri membiarkan kenyataan BIADAP seperti ini dibuat satu demi satu oleh pemimpin barat. Mereka ini seolah-olah mencabar umat Islam" tambah Salamat lagi.


Dalam kenyataannya semalam, Menteri Kewangan British, Gordon Brown membuat kenyataan BIADAP mengenai isu pemakaian tudung dengan berkata, Britain akan menjadi lebih baik jika kurang wanita Muslim memakai purdah.
Sebelum ini bekas Setiausaha Luar, Jack Straw - kini Ketua Dewan Rendah - dalam tulisannya di akhbar tempatan Khamis lalu juga membuat kenyataan yang BIADAP meminta wanita Islam membuka purdah apabila mereka berkunjung ke pejabat kawasan Parlimennya di Blackburn.

Brown yang merupakan Canselor Exchequer merupakan calon pilihan menggantikan Perdana Menteri, Tony Blair ketika ditemu ramah oleh Perbadan Penyiaran British (BBC), tanpa obligasi atau penekanan kepada wanita Islam berkata, beliau “memilih dan beranggapan lebih baik untuk Britain jika tidak ramai yang memakai purdah”.

Kenyataan Brown ini jelas menunjukkan bahawa calon pengganti Blair ini akan meneruskan polisi Blair memusuhi Islam dan akan terus menjadi sekutu kuat Yahudi dan Amerika.


PROGRAM MAT REMPIT PUTERA Umno TERBUKTI SIA-SIA


Akhirnya Ketua Pemuda Umno dan Ketua Putera Umno akur kepada desakan dan kritikan bahawa program mendekati Mat Rempit yang dijalankan oleh gerakan tersebut sia-sia malah menghanyutkan Mat-Mat Rempti tersebut.

Perkara terbukti apabila perhimpunan 50,000 mat rempit anjuran Putera UMNO yang dijadualkan berlangsung di Bukit Jalil pada November ini, ditangguhkan ke awal tahun hadapan.

Putera UMNO juga diminta supaya menyusun rapi pelaksanaan program itu bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini. Kita juga tahu bahawa program Putera Umno sudah tentu menyelitkan program-program berunsur maksiat kerana ianya sudah menjadi 'makanan' mereka.

Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang dipengerusikan oleh Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini.

Polis dikatakan tidak bersetuju dengan program itu dengan alasan jika 8,000 mat rempit yang berhimpun di Teluk Batik, Perak gagal dikawal, adalah mustahil untuk mengawal 50,000 orang di Bukit Jalil.

Perhimpunan di Teluk Batik, Perak pada 9 dan 10 September lalu diselubungi pelbagai kontroversi.

Antaranya seperti yang disiarkan oleh blog ini sebelum ini.

KES 1 : Di sana mereka mendapati para peserta termasuk kira-kira 300 peserta wanita bercampur gaul secara bebas di dalam kemah-kemah yang disediakan di situ, walaupun telah ditetapkan sebelum ini bahawa peserta lelaki dan wanita dipisahkan di tempat yang berasingan.

KES 2 : Beliau berkata, pihaknya turut memeriksa sebuah chalet di mana mereka menahan sembilan orang Mat dan Minah Rempit berusia antara 15 dan 19 tahun kerana disyaki berkhalwat. Mereka berasal dari dari Kuala Lumpur, Selangor dn Kedah yang juga peserta ekspedisi tersebut.

KES 3 : Kami memeriksa dua bilik – satu bilik mengandungi lima orang iaitu tiga lelaki dan dua perempuan dan di satu bilik lagi terdapat empat orang iaitu satu lelaki dan dua perempuan. Kami menahan mereka kerana tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.

KES 4 : Katanya, apabila diberitahu mengenai perkara tersebut, beliau pergi ke masjid dan ternampak kira-kira 10 remaja Mat Rempit termasuk perempuan berpakaian seksi berada di situ. Menurutnya, seorang daripada mereka berada di dalam kolah wuduk dan apabila ditanya, dia menjawab dia ditolak oleh kawan-kawan.

Kes 1 hingga 3 di atas adalah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Manjong, Muhamad Zainuddin Muhamad Zaini manakala kes 4 adalah kenyataan yang dibuat oleh Imam Masjid Telok Muroh, Mat Junoh Mat Sidek. Ianya adalah peristiwa yang berlaku ketika program ekspedisi Merdeka anjuran Putera Umno di pantai Teluk Batik, Lumut.


HARGA RAMUAN MAKANAN NAIK MENDADAK. RAKYAT SEMAKIN TERBEBAN


BUKIT KATIL 12 OKT : Hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan berita kenaikan barangan lagi. Kali ini harag ramuan makanan dipula diberitakan naik dengan mendadak. Sudahlah harga ayam dan barangan lain naik dan tidak turun-turun, kini ditambah pula dengan kenaikan ramuan makanan pula.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesan kenaikan mendadak harga bahan ramuan makanan sejak dua bulan lalu.

Berdasarkan tinjauan CAP, antara bahan mengalami kenaikan harga ialah dal kuning daripada RM3 kepada RM6 sekilogram, kacang kuda besar (RM3 kepada RM4.50 sekilogram), kacang kuda kecil (RM2 kepada RM3.50 sekilogram).

Kacang hitam (RM2.40 kepada RM6.50 sekilogram), dal Australia (RM1.20 kepada RM2.50), jintan manis (RM1 kepada RM1.50 bagi 100 gram), serbuk cili meningkat 50 sen dan cili kering (RM5.50 kepada RM6.50 sekilogram).

Menurutnya, peniaga memberikan alasan permintaan pada musim perayaan sebagai punca peningkatan mendadak harga bahan-bahan makanan itu.

Sehubungan dengan ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggalakkan petani tempatan menanam kekacang dan cili bagi mengatasi masalah kekurangan dan peningkatan harga tersebut.

Selain itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula perlu menyiasat kenaikan harga dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya untuk mengawal harga makanan demi untuk membela nasib rakyat yang semakin terhimpit menjelang hari raya ini.

Kenyataan di atas di buat oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Khairuldin Ismail di sini pagi ini.


MEREKA DIZALIMI SEPERTI YAHUDI MENZALIMI UMAT ISLAM DI PALESTIN


Terbayang kesedihan pada wajah mereka yang menjalani ibadah puasa dan akan menyambut Aidilfitri dalam suasana yang penuh kedaifan.Ogos lalu, MPAJ telah meroboh kediaman mereka atas nama pembangunan dan kempen "Setinggan Sifar" oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tindakan MPAJ ini umpama tindakan Yahudi yang cuba menghapuskan kediaman Umat Islam di Palestin. Tidak ada perasaan belas ke atas rakyat sebangsa dan seagama dengan mereka.

Tidak takutkah mereka kepada DOA ORANG YANG KENA ZALIM.

Gambar Ehsan HARAKAHDAILY : Wartawan Harakah (kiri) sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama salah sebuah daripada 20 keluarga yang mendiami khemah-khemah uzur di Kampung Batu 8, Hulu Kelang malam tadi (11 Oktober).


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59