Monday, 9 October 2006

JANGAN PANDANG SERONG CARA PEMAKAIAN PENGANUT ISLAM


BUKIT KATIL 9 Okt. – Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil kesal dengan kenyataan seorang lagi menteri kerajaan pimpinan Tony Blair masuk campur dalam pertelingkahan hangat mengenai pemakaian purdah oleh wanita Islam dengan memberi amaran, mereka berdepan dengan risiko mencetuskan “ketakutan dan balas dendam.”

Kenyataan Menteri Masyarakat, Phil Woolas menggesa penduduk Islam memahami pandangan bukan Islam yang kononnya mendapati purdah sebagai sesuatu yang “menakutkan dan mengganggu merupakan suatu pandangan yang cukup menghina kepercayaan umat Islam, tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Hj Salamat Aman.

"Kami menggesa menteri tersebut menarik balik kenyataan yang biadap tersebut kerana ianya mengguris hati umat Islam seluruh dunia" tambah Hj Salamat.

"Kenyataan beliua ini kita lihat merupakan rentetan kenyataan yang menghina Islam sejak isu karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W dan kenyataan Pope Benedict baru-baru ini. Jangan cuba bermain api dengan isu agama, ini kerana Islam tidak pernah menghina agama lain walaupun kami yakin agama kami adalah yang diterima di sisi Allah S.W.T" jelas Hj Salamat yang juga merupakan Bendahari Dewan Pemuda Negeri Melaka.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59