Friday, 6 October 2006

RANKING UM MERUDUM LAGI : STOPA JANGAN DOK SIBUK HAL-HAL POLITIK SAHAJA.


Setelah bertukar menteri, rakyat mengjangkakan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan ditadbir dengan lebih baik demokratik. Namun ianya hanya tinggal harapan dan angan-angan kosong.

Bermula dengan 'kedurjanaan' pihak HEP dan pimpinan Universiti terus 'memperkosa' pilihanraya kampus kini sekali lagi kelemahan dan kelembapan kementerian yang dipimpin oleh Stopa Mamat ini terserlah. Media hari ini melaporkan bahawa bekas universiti terulung di Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM) terus menjunam dari dalam ranking universiti terbaik dunia.


Ketika tiga universiti awam utama – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) – berjaya memperbaiki kedudukan mereka dalam Ranking Universiti Terbaik Dunia 2006, kedudukan universiti tertua di Malaysia – Universiti Malaysia – terus merosot.

Malah, UKM melompat 105 tangga untuk menduduki tangga 185 dalam ranking tersebut, berbanding pada kedudukan 289 sebelum ini, dan pertamakali muncul muncul antara 200 universiti terkemuka di dunia.

Ia juga bermakna UKM sekaligus berjaya mengatasi kedudukan UM dalam ranking tersebut. Kedudukan UM merosot daripada kedudukan 89 pada 2004 kepada 169 tahun dan kini merosot lagi ke tangga 192, sehingga ia menjadi sasaran kritikan awam sebelum ini.

Ranking Universiti Dunia 2006 itu diterbitkan oleh Time Higher Education Supplement dan dikendalikan oleh QS Quacquarelli Symond.

Ranking tersebut dibuat berdasarkan kepada penilaian industri (40%), kajian di kalangan majikan (10%), fakulti antarabangsa (5%), pelajar antarabangsa (5%), nisbah kakitangan dengan pelajar (20%), dan jumlan penyelidikan yang dijalankan yang dipetik oleh ahli akademik yang lain (20%). Butiran lanjut kriteria bagi tahun in belum diperolehi.

USM dan UPM pula masing-masing melonjak sebanyak 102 anak tangga (UPM) dan 49 anak tangga (USM). USM naik dari tangga 326 kepada 277, manakala UPM dari tangga 394 kepada 292.

Universiti terkemuka dari Britain dan Amerika menguasai 10 tempat di atas ranking tersebut. Manakala Universiti Beijing merupakan universiti dari Asia yang berada kedudukan tertinggi – tangga 14.

Manakala Universiti Tokyo dan Universiti Nasional Singapura masing-masing berada di tangga ke-19 dan merupakan dua lagi universiti Asia – selain Universiti Beijing – yang berada dalam kedudukan 20 universiti terbaik dunia.

Kita mengharapkan Stopa jangan asyik sibuk 'mengacau' pilihanraya kampus serta jangan dok sibuk berpolitik sehingga mengabaikan kerja-kerja beliau di kementeriannya hingga menyebab mutu pendidikan universiti di Malaysia semakin merosot.

Nampaknya Stopa tidak serik-serik lagi. Baru-baru ini beliau menghimpun semua 17 Timbalan-Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar universiti awam pada satu perjumpaan di sebuah hotel di Kota Baharu pada 22 September lalu.

Manakala pada hari kedua TNC terbabit pula dikatakan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamad dan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa di UiTM Cawangan Machang.

Nampak sangat bahawa Stopa menggunakan kedudukannya sebagai menteri untuk kepentingan politik Umno dan diri sendiri. Penjawat awam dilibatkan dengan kerja-kerja politik Umno/BN dan ianya sudah tentu akan menjejaskan tanggungjawab sebenar TNC iaitu merancang bagaimana untuk melahirkan mahasiswa yang bermutu tinggi.


Umno DAN GERAKAN TERUS PINGGIRKAN MELAYU PULAU PINANG


PULAU PINANG 6 OKT : Riuh satu Malaysia beberapa minggu lepas kononnya Umno Pulau Pinang ingin membela orang melayu di sana. Tetapi hakikatnya 'jauh panggang dari api' .

Khabar yang diterima dari Pulau Pinang bahawa lebih 121 buah rumah penduduk Melayu dirobohkan oleh pemaju untuk didirikan perumahan mewah di Kg Sungai Batu, Balik Pulau. Untuk pengetahuan Kg Sungai Batu adalah antara kampung melayu yang masih tinggal di pinggir pantai Pulau Pinang. Tetapi kini mungkin kampung ini akan terus lenyap di telan arus pembangunan yang dibanggakan oleh Umno dan Gerakan.

Umno yang diharapkan untuk membela melayu rupa-rupanya bermain mata dengan Gerakan. Kenyataan-kenyataan mereka untuk membela melayu hanyalah lakonan semata-mata.

Semalam AJK PAS Pusat Ustaz Mujahid Yusuf bersama Adun Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman, menziarahi dan mendengar keluhan wakil penduduk Kg Sungai Batu yang dirundung malang menjelang Hari Raya.

Sengketa Umno - Gerakan hanyalah permainan wayang, sedangkan Melayu Pulau Pinang terus terpinggir! Mana perginya perjuangan Melayu Umno?

Gambar menunjukkan Ustaz Mujahid dan YB Hamdan Abd Rahman bersama penduduk Kg Sungai Batu. Gambar Ehsan Harakahdaily


HARGA MINYAK DUNIA TURUN, KENAPA KERAJAAN TAK TURUNKAN HARGA MINYAK DI MALAYSIA?


Kalaulah kerajaan Islam Hadhari benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat sudah tentu harga minyak di negara kita akan diturunkan sejajar dengan penurunan harga minyak dunia sekarang.

Kerajaan Islam Hadhari telah memberikan alasan bahawa harga minyak dunia dinaikkan AS$70 setong semasa mengumumkan kenaikan harga minyak. Itulah alasan yang diberikan setiap kali menaikkan harga minyak.

Tetapi mengapa sekarang Kerajaan Islam Hadhari tidak menurunkannya pula apabila
harga minyak dunia telah turun kepada AS$59 setong, Selasa lalu. Mungkin harga itu belum stabil tetapi sekurang-kurangnya pemimpin Islam Hadhari membuat kenyataan akhbar bahawa kerajaan bersedia untuk menurunkannya apabila harga tersebut stabil kelak. Setidak-tidaknya ia akan mengembirakan rakyat yang sudah teruk tersiksa.

Media tempatan semalam melaporkan harga minyak jatuh ke paras terendah sejak bulan Februari lalu kepada AS$59 setong.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59