Thursday, 21 September 2006

RM20 JUTA DUIT RAKYAT DIBAZIRKAN UNTUK SISTEM KESELAMATAN RUMAH IMAM AL HADHARI


Sah, kerja-kerja penyerenggaan dan pertukaran sistem keselamatan di kompleks kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana di Putrajaya menelan kos RM20 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengesahkan angka itu dalam jawapan bertulisnya kepada pendedahan yang dibuat oleh ahli Parlimen, Tan Kok Wai (DAP-Cheras) baru-baru ini.

“Kerja-kerja penyerenggaraan dan pertukaran sistem keselamatan di kompleks Sri Perdana itu melibatkan perbelanjaan RM19,570,000,” kata Nazri.

Beliau menjelaskan, perbelanjaan besar itu diperlukan untuk meningkatkan sistem keselamatan tersebut dengan satu sistem yang lebih lengkap dengan menggunakan peralatan dan teknologi canggih dan terkini.

Katanya, teknologi baru yang digunakan itu mengurangkan gangguan, mudah diselenggarakan dan menyedikan bilik kawalan yang lebih selesa untuk pengawal bertugas selama 24 jam.

Nazri juga menjelaskan, sistem keselamatan lama perlu ditukar kerana peralatan yang digunkan sukar untuk diselenggara dan dicari alat gantinya, hingga menyebabkan sering kali berlaku “amaran palsu”

“ Sistem keselamatan yang lama itu juga tidak berfungsi sebagai sistem bersepadu. Sistem yang digunakan itu adalah teknologi sebelum 1999, sudah tidak sesuai untuk tempat berrisiko tinggi seperti kompleks Seri Perdana” tambahnya.

Jawapan bertulis menteri itu juga menyenaraikan butir-butir kerja yang bernilai RM20 juta itu.

Tan (foto kanan) ketika membahaskan bajet 2007 baru-baru ini mempersoalkan mengapa kerja mengubahsuai sistem keselamatan berkenaan mencecah RM20 juta sedangkan 30 peratus dari peralatan itu dibuat di dalam negara.

Beliau juga bertanya tentang proses tender kontrak pengubahsuai sistem keselamatan itu dan mengapa syarikat berkenaan terpilih mengendalikan projek tersebut.

Tokoh pembangkang itu turut mempersoalkan mengapa sistem keselamatan di kompleks Sri Perdana yang baru dipasang pada tahun 1999 itu perlu ditukar?

Nazri menjelaskan pemberian tender projek itu kepada Tokai Lighting Protection Sdn Bhd, sebuah syarikat di Shah Alam secara rundingan terus setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan.

“Syarikat itu terpilih kerana ia menawarkan sistem keselamatan yang lengkap, terkini dan memenuhi aspek keselamatan bagi tempat berrisiko tinggi. Ia juga sebuah syarikat antarabangsa,” katanya.

Tokai Lighting Protection, anak syarikat Tokai Engineering (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada 1999 dan didaftar sebagi sebuah syarikat berstatus Bumiputera. Syarikat itu menjalin kierjasama dengan Furse, sebuah syarikat pembekal komponen eletrik dari United Kingdom.

“Nasihat dan pandangan dari pejabat ketua keselamatan negara telah diambilkira sebelum sistem keselamatan baru itu dipasang di kompleks Sri Perdana,” tambah Nazri.

Selain itu katanya, satu jawatankuasa penetapan harga yang dianggotai oleh pegawai polis, perbendaharaan negara dan pejabat keselamatan negara telah ditubuhkan bagi mengkaji dan menetapkan harga yang berpatutan bagi projek ini.

Lihat bagaimana pemimpin Islam Hadhari membelanjakan duit rakyat. Bayangkan beramai pelajar yang boleh dibiayai, berapa banyak rumah kos rendah boleh dibina, berapa ramai fakir miskin boleh dibantu dengan wang sebanyak itu.

Cuba bandingkan harga rumah MB Kelantan dan Presiden PAS dengan sistem keselamatan rumah pemimpin Islam Hadhari. Itu belum harga rumahnya lagi.


DEMONSTRASI KECAM KEBIADAPAN POPE BENEDICT DI MASJID AL AZIM ESOK SELEPAS SOLAT JUMAAT


DEWAN PEMUDA PAS NEGERI MELAKA AKAN MENGADAKAN DEMONSTRASI MENGECAM KEBIADAPAN POPE BENEDICT DI PERKARANGAN MASJID AL-AZIM ESOK SELEPAS SOLAT JUMAAT. DEMONSTRASI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN KEKESALAN DAN KECAMAN KEATAS POPE BENEDICT YANG BERTINDAK BERANI MENGHINA ISLAM DAN NABI MOHAMMAD S.A.W.

SELURUH UMAT ISLAM DI DALAM NEGERI MELAKA DIHARAPKAN DAPAT MELUANGKAN MASA UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA RAKYAT NEGERI MELAKA SENTIASA PEKA DENGAN KERJA-KERJA MUSUH ISLAM YANG SENTIASA INGIN MEMPERSENDA-SENDAKAN ISLAM DAN SETERUSNYA INGIN MELIHAT ISLAM LENYAP DI MUKABUMI INI.

DEMONSTRASI INI JUGA DIADAKAN SERENTAK DI SELURUH NEGARA OLEH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT DAN DEWAN PEMUDA NEGERI-NEGERI


TAZKIRAH RAMADHAN : PUASA DIDIK MUSLIM SABAR DAN BERDISIPLIN


RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

l Puasa adalah perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah dihukum.

l Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu, puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadan berlangsung. Sebagai pejuang Islam sifat kesabaran ini amat penting kerana kita seringkali diuji dan dicuba dalam pelbagai bentuk oleh musuh-musuh kita. Jika sekiranya kita tidak sabar maka sudah tentu seseorang itu akan lari dari perjuangan. Pejuang Islam juga diharapkan kita tunduk kepada nafsu dunia yang seringkali menjadi musuh dalam selimut dalam membantutkan semangat juang kita semua.

l Bulan Ramadan dikenali juga bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah SWT bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadat kepada Allah SWT. Dengan keikhlasan kita dalam melaksana ibadat kepada Allah kita mengharapkan darjat ketaqwaan kita semua dipertingkat oleh Allah S.W.T. Dengan ketaqwaan dan keimanan yang kuat ini kita mengharapkan pertolongan Allah S.W.T akan datang bagi memudahkan perjuangan kita.

l Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu, orang yang puasa pada bulan Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW.

l Ramadan adalah bulan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan salafus-soleh. Dengan itu, kita hendaklah benar-benar berusaha supaya tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadan ini kerana bulan Ramadan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah SWT. Jihad kita mesti diteruskan dalam bulan berkat ini kerana Rasulullah sendiri berperang dalam bulan Ramadhan. Janganlah pula kita menghentikan segala kegiatan jemaah dan dakwah. Sindrom tidak menghentikan gerakerja dakwah dan jemaah dalam bulan puasa ini dilihat semakin menular di kalangan ahli jemaah. Ini merupakan suatu tanggapan negatif yang mesti dibuang dari setiap ahli. Kita mesti yakin bahawa semua gerakerja yang kita jalankan akan mendapat ganjaran yang tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAQ SEMOGA SELURUH UMAT ISLAM DAPAT MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENINGKATKAN JIHAD DAN AMAL IBADAT LAIN KEPADA ALLAH S.W.T.

DI SAAT ISLAM DITEKAN DAN DIHIMPIT DI SELURUH DUNIA, UMAT ISLAM MESTI MEMPERTINGKATKAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN BAGI MENGHADAPI ANCAMAN MUSUH-MUSUH ISLAM YANG SENTIASA MENGINTAI PELUANG UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM DENGAN CARA HALUS DAN KEKERASAN.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN BAGI SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA INI AGAR MEREKA SEMUA SELAMAT DAN MENDAPAT PERLIDUNGAN DARI ALLAH S.W.T. KITA UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEWAJIBNYA MENGAMBIL KESEMPATAN DI BULAN RAMADHAN INI UNTUK MENILAI SEMULA GERAKERJA DAKWAH ISLAM KITA DI BUMI YANG TERCINTA INI.

APA YANG DAPAT DI LIHAT HARI INI, KITA MENYERU KEARAH KEBAIKAN DAN BERUSAHA MENCEGAH KEMUNGKARAN TETAPI PADA MASA YANG SAMA PIHAK BERKUASA MENEKAN GERAKERJA TERSEBUT MALAH MENGGALAKKAN KEMUNGKARAN PULA. MAKA TIDAK HAIRANLAH BAGAIMANA MASYARAKAT SEMAKIN PUNAH DENGAN KEJADIAN JENAYAH, MAKSIAT DAN GEJALA SOSIAL SEMAKIN BERTAMBAH DAN MEMBIMBANGKAN KITA SEMUA.

OLEH ITU MARILAH KITA DI BULAN BAIK DAN HARI YANG BAIK INI KITA MEMUHASABAH DIRI KITA SAMADA DARI SEGI AMALAN FARDHI MAUPUN GERAKERJA DAKWAH KITA KERANA KITA BIMBANG ALLAH TIDAK MENOLONG KITA KERANA KELEMAHAN DAN KESALAHAN KITA SENDIRI. ANGGOTA JAMAAH MESTI MENYEDIAKAN DIRI DENGAN PERTAHANAN IMAN YANG KUAT DAN KENTAL MENGHADAPI CABARAN YANG LEBIH HEBAT PADA MASA DEPAN.

KEPADA PEMERINTAH KITA MENGHARAPKAN MEREKA KEMBALI KEPADA ISLAM UNTUK MENYELESAIKAN KEMELUT YANG MELANDA NEGARA SAMADA DARI SEGI POLITIK, JENAYAH, GEJALA SOSIAL, RASUAH DAN APA JUGA MASALAH YANG MELANDA NEGARA.

KITA JUGA MENGHARAPKAN KERAJAAN LEBIH BERSIFAT DEMOKRATIK DAN ADIL KEPADA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT. TAHANAN ISA MESTI DIBEBASKAN ATAU DIBICARAKAN DENGAN ADIL DAN SAKSAMA. JANGANLAH MEREKA MENERUSKAN KEZALIMAN TERHADAP TAHANAN DAN KELUARGA TAHANAN TERSEBUT LEBIH-LEBIH MENJELANG AIDILFITRI.

SELAMAT BERPUASA SEMOGA MENDAPATKAN KESEJAHTERAAN DAN KEAMPUNAN DARI ALLAH S.W.T

HAJI SALAMAT AMAN
KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL
MELAKA
21 SEPTEMBER 2006


PILIHANRAYA PERTAMA DI YEMEN BERJALAN LANCAR TETAPI SENGIT


SANAA 21 Sept. – Para pengundi keluar mengundi hari ini dalam pilihan raya pertama sebenar bagi Presiden Ali Abdullah Saleh selepas 28 tahun berkuasa di negara termiskin di dunia ini.

Hampir 90,000 tentera dan polis ditempatkan di 5,620 pusat mengundi di seluruh negara sebelum ia dibuka pada pukul 8 pagi (1 tengah hari waktu Malaysia).

Pusat mengundi bagi pilihan raya Presiden dan perbandaran ini ditutup pada pukul 6 petang (11 malam waktu Malaysia).

Ali Abdullah yang mengambil alih kekuasaan di Yemen Utara pada tahun 1978 berjaya menghadapi perang saudara dengan Yemen Selatan yang berfahaman komunis pada 1994 serta keganasan yang berpunca daripada rangkaian Al-Qaeda.

Beliau yang berumur 64 tahun merupakan sekutu utama Amerika Syarikat dalam perang keganasan dan dicabar oleh bekas Menteri Minyak dari selatan, Faisal Shamlan, 72.

“Pilihan raya ini berbeza. Belum pernah ada pertandingan yang sengit begini,” kata penganalisis politik dari Universiti Sanaa, Mohammed al-Sabri.

“Presiden berada dalam persimpangan pada sebelah tangannya, beliau bangga dengan eksperimen demokratik yang didakwa sebagai ideanya tetapi pada hakikat yang lain, beliau bimbang dengan cabaran sengit yang dihadapinya,” kata Mohammed.

Faisal pula dilapor mendapat sokongan daripada Islah Islam dan Parti Sosialis Yemen yang berpangkalan di selatan dan menjadikan pilihan raya sebagai langkah menuju “demokrasi berparlimen yang membawa kepada peralihan kuasa secara aman.”


BERITA ANTARABANGSA : IRAN KECAM BARAT


NEW YORK 21 Sept. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mempertahankan program nuklearnya dalam ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam sambil menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Britain memanipulasi badan dunia itu untuk memajukan agenda mereka sendiri.

“Segala aktiviti nuklear kami telus, untuk kegunaan awam dan dipantau rapi oleh pemeriksa IAEA (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa),” kata pemimpin Iran itu.

“Maka mengapakah ada bantahan terhadap hak-hak kami yang diiktiraf di sisi undang-undang?”

Mahmoud melemparkan kecaman pedas terhadap Washington dan London hanya beberapa jam selepas Presiden AS, George W. Bush menyelar para pemimpin Iran dalam ucapan beliau.

Presiden Iran itu membidas ‘kuasa-kuasa hegemoni’ yang memaksakan dasar mereka sendiri terhadap mekanisme membuat keputusan antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan.

Beliau mendakwa sesetengah negara yang menentang program nuklear Iran telah menyalahgunakan teknologi nuklear untuk tujuan perang termasuk pengeluaran bom nuklear.

Malah kata beliau, sesetengahnya mempunyai rekod buruk menggunakan bom tersebut terhadap manusia.

Mahmoud menuduh AS dan Britain memperalatkan Majlis Keselamatan untuk kepentingan sendiri.

“Kita perlu bertanya, jika kerajaan AS atau United Kingdom, yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan, melakukan pencerobohan dan pendudukan serta mencabuli undang-undang antarabangsa, mana jentera PBB yang boleh mengambil tindakan terhadap mereka?” kata beliau.

“Selagi Majlis Keselamatan tidak mampu bertindak bagi pihak seluruh masyarakat antarabangsa secara telus, saksama dan demokratik, selagi itulah kedudukannya tidak sah dan fungsinya tidak berkesan,” tambah beliau.

Mahmoud menggesa agar pembaharuan menyeluruh dilakukan terhadap struktur dan kaedah kerja Majlis Keselamatan 15 anggota itu.

Beliau menggesa Perhimpunan Agung mengambil tugas melaksanakan pembaharuan terhadap Majlis Keselamatan, terutamanya menyelamatkannya daripada keadaannya sekarang.

“Sementara itu, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Pertubuhan Persidangan Islam dan benua Afrika masing-masing patut mempunyai wakil sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan yang memiliki kuasa veto,” katanya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59