Monday, 11 September 2006

KINI BARU KAU SEDAR - BAHAGIAN 4


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gagal terpilih sebagai perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung Umno November ini.

Dalam pemilihan hari ini, beliau memperolehi 227 undi untuk menduduki tempat kesembilan daripada 15 calon yang bertanding.

Bagaimanpun, anaknya, Datuk Mukhriz berjaya terpilih sebagai perwakilan dengan memperolehi 289 undi ditempat ke-lima.

Tujuh orang perwakilan dipilih dalam mesyuarat bahagian hari ini. Setiap bahagian menghantar 13 perwakilan – tujuh dipilih dalam mesyuarat bahagian manakala enam lagi – ketua, timbalan dan naib ketua bahagian, ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Umno – terpilih secara automatik.

Tujuh orang calon yang berjaya terpilih sebagai perwakilan Umno Kubang Pasu ialah Ahmad Hamid (317), Samsudin Ahmad (311), Mohd Fadzli Abdul Halim (296), Shuib Din (293), Mukhriz (289), Zulkifli Yaakob (286) dan Manaf Kecik (270).

Seramai 473 perwakilan cawangan mula mengundi jam 12.55 tengahari dan keputusan diumumkan pada jam 5.03 petang ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Umno Bahagian Alor Star Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah selaku wakil Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah ke persidangan perwakilan itu.

Bagaimanapun, Dr Mahathir telah meninggal dewan mesyuarat kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Kini baru kau sedar bahawa pemimpin Umno akan menggunakan apa sahaja untuk menumbangkan musuh mereka samada musuh dalaman atau musuh luaran.

Di fahamkan pelbagai cara digunakan oleh Umno untuk mempengaruhi perwakilan Umno Kubang Pasu supaya tidak mengundi Tun Mahathir antaranya ugutan dan macam-macam lagi.

BERITA HARAKAHDAILY

'Sampul coklat misteri' di Kelab Darulaman punca Mahathir kalah?

Banyak pihak menyebut, kalaulah tidak kerana pertemuan khas bersama perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu pada malam 8 September lalu di Kelab Golf Darulaman, Bandar Baru Darulaman, di sini kemungkinan peluang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpilih dalam G7 masih ada.

"Inilah masanya kita singkirkan Dr Mahathir," khabarnya diucapkan pada perwakilan di kelab tersebut oleh seorang yang suatu ketika dulu amat rapat dengan Tun Mahathir dan pernah memegang jawatan penting di Kedah.

'Sampul coklat misteri'

Namun misteri kandungan sampul surat biasa berwarna coklat dan putih yang dilihat diagihkan kepada ketua-ketua zon di dalam sebuah bilik persidangan di kelab yang sama lebih menimbulkan tanda tanya.

Ketua zon adalah pihak yang mewakili beberapa Umno Cawangan di seluruh Bahagian dan di Kubang Pasu terdapat 11 zon semuanya.

Difahamkan jumlah sampul coklat lebih banyak dari sampul putih dan sampul putih lebih panjang ukurannya berbanding yang berwarna coklat.

Lebih dari itu, tindakan menutup bidai pada dinding kaca bilik dengan serta merta apabila ada 'lembaga' dari luar yang memerhatikan 'pergerakan sampul surat' menambahkan persoalan.

Yang ada di dalam bilik itu adalah ketua-ketua zon dan orang penting di kalangan Umno Bahagian Kubang Pasu.

Ada yang mendakwa sampul itu berisi wang di antara RM200 ke RM300.

Johari akui pertemuan di Kelab Darulaman

Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Dato' Johari Baharom pada sidang media selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kubang Pasu di Dewan Wawasan di sini mengakui memang ada pertemuan di antara pihaknya dengan perwakilan pada malam 8 September di Kelab Golf Darulaman.

Itu pertemuan biasa katanya kerana dah lama pihak cawangan mahu adakan pertemuan bersama beliau.

Johari juga ditanya adakah sebab utama kekalahan Tun Mahathir berpunca dari pertemuan malam itu, namun beliau menjawab itu adalah pertemuan biasa.

Ditanya adakah benar, Tan Sri Dato' Seri Osman Aroff ada berucap meminta perwakilan agar tidak mengundi Tun Mahathir, Johari menyuruh wartawan bertanya sendiri pada Osman.

"Itu saya tak tahu, kena tanya sendiri pada beliau," jawab Johari pada wartawan.

Johari juga menyatakan bahawa sebab itulah beliau meminta Tun Mahathir menarik diri dari bertanding, katanya,"Kami di sini tahu bagaimana gambaran sebenar, mereka tak mahu letak Tun di tempat itu (sebagai perwakilan Bahagian)."

"Saya dah tulis surat, Tun patut tarik diri, kerana tak banyak pencalonan, ini dibuat (pencalonan) oleh pihak-pihak tertentu," sambung Johari.

Ditanya siapa pihak-pihak tertentu itu, Johari menyatakan ia ada dari dalam dan luar parti.

"I tak tahu apa dia nak"

Menjawab pergolakan Tun Mahathir-Abdullah Badawi, Johari bersetuju bahawa tindakan Tun Mahathir sekarang ini (membongkar kelemahan pentadbiran Abdullah) sebagai tindakan yang tak betul.

"Tindakan (Tun Mahathir) sekarang ini tak betullah, boleh bincang, kalau marah anak jangan marah depan khalayak ramai, panggil elok-elok," ujarnya.

Johari juga menyatakan bahawa keputusan menolak Tun Mahathir sebagai perwakilan adalah tanda sayang Umno Kubang Pasu kepada bekas Perdana Menteri itu.

"Saya tak ada masalah dengan Tun, kerap jumpa, 'last one month ago' saya jumpa, saya selalu jumpa dia, bila dia letak diri dia macam tu, dia kena terima, kalau dia sebagai bekas Presiden (Umno) dia tak payah lawan, kita boleh bagi tempat khas pada dia (di Perhimpunan Agung Umno), negeri pun dah buat keputusan tak bagi dia bercakap, I tak tahu apa dia nak?" jelas Johari lagi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri itu juga menafikan bahawa ada arahan dari MKT Umno (Majlis Kerja Tertinggi) untuk mengenepikan Tun Mahathir sebagai perwakilan Kubang Pasu.

"MKT tak ada arahan, orang Perlis semua lalu sini, Agong pun lalu sini, tu jalan depan tu (Lebuh raya Utara Selatan), Setiausaha Umno pun lalu sini, tak pernah ada pertemuan, kalau dia lalu, singgah kedai kopi sembang dengan sapa-sapa itu saya tak tahu la," ujar beliau.

Kata-kata Johari," selesai masalah dah" sebaik sahaja bangun menamatkan sidang media di sambut gelak ketawa, para wartawan hanya memandang antara sama sama lain.

Anwar Ibrahim diselar MB Kedah

Mesyuarat tersebut dirasmikan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid, antara kandungan ucapannya, beliau turut menyelar tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menjelajah seluruh negara untuk mengkritik kepimpinan kerajaan.

Namun tidak pula dinyatakan apakah yang dikritik oleh Anwar.

Tun Mahathir tiba sebagai pemerhati bersama isterinya Dr Siti Hasmah dan disambut laungan 'hidup Mahathir' yang bergema di Dewan Wawasan, Jitra.

Sepanjang majlis perasmian, beliau ditemani bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff yang duduk di sebelahnya.

Bekas Presiden Umno itu juga turut bersarapan bersama pimpinan Umno Bahagian yang lain, bagaimanapun Mahdzir tidak bersama atas alasan akan ke Langkawi untuk merasmikan mesyuarat Agung Bahagian tersebut.

Tun Mahathir meninggalkan Dewan Wawasan kira-kira jam 2.00 petang, mesyuarat yang dijadualkan disambung pada jam 3.00 petang terpaksa menanti hingga jam 3.45 petang kerana tidak cukup korum, seperti yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap.

Keputusan pemilihan G7 diumumkan wakil Umno Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md. Haniffa kira-kira jam 5.05 petang menyaksikan Dr.Mahathir tewas dengan hanya memenangi tempat ke sembilan dari 15 orang calon.

Beliau memperolehi 227 undi dari 472 perwakilan, sementara itu anaknya, Dato' Mukhriz menang di tempat kelima dengan 289 undi, Bashah juga mengumumkan terdapat 10 undi rosak dan satu kertas undi tidak diserahkan kembali.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59