Friday, 8 September 2006

KASIHAN Umno TERPAKSA GUNA PELBAGAI CARA UNTUK HALANG DR MAHATHIR DARI MEMENANGI PEMILIHAN PERWAKILAN BAHAGIAN KUBANG PASU


Umno sebagaimana tradisi parti tersebut akan menggunakan segenap cara samada halal atau haram bagi memenuhi sesuatu hajat. Dosa pahala,undang-undang, etika dan akhlaq bukan menjadi soal bagi Umno dan pemimpinnya.

Islam Hadhari yang menjadi 'wirid' terbaru parti itu rupa-rupanya 'menghalalkan' cara tersebut walaupun ianya jelas bertentangan dengan agama dan undang-undang. Islam Hadhari juga gagal dijadikan pedoman untuk mendidik pemimpin dan pengikutnya supaya lebih berakhlaq dan berdisiplin.

Ugut, paksa, rasuah, rayu, janji, tipu dan macam-macam lagi sudah menjadi pakaian bagi mereka. Kalau sebelum ini taktik ini digunakan untuk mengalahkan pembangkang dan penentang dalam setiap pilihanraya dan pemilihan Umno kini Dr Mahathir pula menerima 'bahana' tersebut.

Ugutan

Harakahdaily melaporkan bahawa para penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad mula merasai tekanan apabila beberapa jabatan kerajaan dan badan berkaitan kerajaan mengeluarkan surat amaran, panggilan telefon dan juga perjumpaan.

Guru, pekerja kontrak badan berkanun dan jabatan kerajaan antara yang diberi tekanan agar berhenti melahirkan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir dalam pemilihan kali ini.

Ini berikutan satu pertemuan sulit antara Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah dengan pengarah jabatan kerajaan pada hari rabu lalu di Darul Aman Golf Club.

Beberapa orang guru yang dikenali menyokong pencalonan Tun Dr Mahathir sebagai perwakilan bahagian tidak diluluskan cuti oleh Guru Besar (Sabtu ini merupakan hari sekolah ganti di Kedah).

Tiga orang daripada mereka turut dimaklumkan berada di dalam senarai pertukaran Jabatan Pendidikan Kedah sekiranya terus berkempen untuk Dr Mahathir.

Seramai 26 orang guru yang menjadi perwakilan ke Mesyuarat Umno Bahagian kali ini dikatakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir. Sebahagian mereka tidak diluluskan cuti oleh sekolah masing-masing.

Selain itu, antara yang menerima tekanan ini termasuk ketua cawangan yang bekerja sebagai pekerja kontrak Yayasan TEKUN, para perwakilan yang bekerja kontrak dengan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bekalan Air Kedah.

Mereka ini diingatkan supaya berhenti membantu sebarang usaha memenangkan Dr Mahathir dalam pemilihan perwakilan Sabtu ini atau menghadapi kemungkinan penamatan kontrak.

Rayuan

UMNO Bahagian Kubang Pasu juga dilaporkan membuat rayuan terakhir kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menarik diri daripada bertanding merebut satu daripada kerusi perwakilan bahagian itu, Sabtu ini.

Ketuanya, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, sepucuk surat juga telah diutuskan kepada bekas Presiden UMNO itu memohon agar beliau memikirkan semula keputusan untuk bertanding.

Ini rayuan terakhir sebelum persidangan perwakilan Sabtu ini. Dengan rendah hati saya merayu kepada Tun, katanya yang sesekali kelihatan sebak pada sidang akhbar di pejabat UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun Dr. Mahathir tidak dihalang untuk bertanding sebagai anggota perwakilan bahagian itu namun demi menjaga imejnya, UMNO bahagian itu merayu beliau menarik diri.

Kini Baru Kau sedar

Kini baru Tun sedar bahawa tarbiyah yang Tun berikan kepada anak buah Tun dahulu akhirnya memakan diri. Tun perlu sedar bahawa anak buah Tun ini sebenar orang-orang yang tidak berprinsip dan berpendirian. Mereka akan menyokong dan memuja orang yang hanya mempunyai kuasa dan projek. Tun sekarang dah tiada apa-apa lagi, yang tinggal hanya nama, gusi dan gigi.

Besok merupakan hari penentuan bagi Tun samada dipilih atau 'dibenamkan' oleh perwakilan dalam mesyuarat bahagian Kubang Pasu. Kalau Tun dibenamkan maka kita mengharapkan Tun jangan mudah mengalah, perjuangan Tun belum berakhir.

Kasihan Tun


SYARIKAT JUDI CATATKAN KEUNTUNGAN BESAR DALAM NEGARA ISLAM HADHARI. SYARIKAT KERAJAAN (GLC) RUGI


Diwaktu syarikat seperti Proton dan MAS mencatatkan kerugian, terdapat pula syarikat yang menangguk keuntungan yang berlipat ganda.

Salah sebuah syarikat tersebut yang mengumumkan keputusan suku pertamanya yang beraskhir 31 Julai 2006 baru0baru ini adalah Berjaya Sports Toto Berhad atau BToto. Menurut pengumuman syarikat perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia itu (yang Menterinya adalah pencipta konsep Islam Hadhari) bagi tempoh kewangan tersebut syarikat BToto telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM95.6juta.

Pendapatan BToto bagi 3 bulan pertama tempoh berkenaan adalah sebanyak RM745.6 juta ataupun kira-kira RM248.53 juta sebulan (bersamaan RM8.28 juta sehari atau RM345,000 sejam atau RM5,750 seminit!)

Wah lumayan Pak!

Sebelum pengumuman BToto ini, sebuah lagi syarikat perjudian yang lebih lama usianya iaitu Magnum 4D, telah mengumumkan kenaikkan pendapatan sebanyak 10.49% yang bersamaan RM1.17 billion bagi tempoh setengah tahun pertama berakhir 30 Jun 2006. Ini bermakna secara purata Magnum memeprolehi pendapatan sebanyak RM195 juta sebulan.

Kalau dicampurkan pendapatan purata bulanan BToto iaitu sebanyak RM248.53 juta dengan pendapatan purata bulanan Magnum iaitu sebanyak RM195 juta bermakna dua syarikat judi ini mampu memperolehi pendapatan sebanyak RM443.53 juta sebulan. Ini tidak termasuk syarikat judi yang lain iaitu Bigsweep, Genting dan lain-lain termasuk yang dilesenkan di Sabah dan Sarawak.

Hairan kalau begini besar keuntungan syarikat yang jenis perniagaannya diharamkan oleh Allah swt itu, mengapa kerajaan BN yang diterajui oleh Umno tidak memikirkan untuk menaikkan cukai ke atas syarikat-syarikat ini semasa pembentangan Bajet 2007 baru-baru ini?

Syarikat-syarikat ini seolah-olah diberi keistimewaan oleh kerajaan Islam Hadhari BN. Mungkin kerana syarikat-syarikat inilah yang paling banyak berjasa menghulurkan bantuan dan ang pow kepada BN dan Umno dalam menghadapi satu-satu pilihanraya.

Kalau begitu memang layaklah mereka ini dilayan bagaikan raja-raja.

Agaknya berapa peratuskah sumbangan orang Melayu (yang kononnya diharamkan undang-undang dari berjudi) kea rah keuntungan syarikat-syarikat gergasii ini?

Hadhari Boleh!

Sumber : Blog Roslan SMS


PENGERUSI DAP MELAKA YB GOH DISINGKIR DARI JAWATANKUASA PUSAT DAP


KUALA LUMPUR 8 SEPT : Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San disingkir daripada menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti, menurut satu kenyataan daripada pejabat setiausaha agung parti tersebut semalam.

Keputusan menyingkir anggota Dewan Undangan Negeri Bandar Hilir itu dicapai pada mesyuarat CEC pada 3 Julai lalu di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, atas sebab beliau tidak pernah walau sekali, menghadiri mesyuarat CEC sejak dipilih menganggotai badan pembuat keputusan parti itu pada Okt 2004.

Menurut kenyataan berkenaan, keputusan itu selaras dengan Fasal XII Seksyen 9 (h) perlembagaan parti yang membenarkan penyingkiran anggota CEC yang gagal menghadiri tiga mesyuarat berturut-turut tanpa sebarang alasan yang kukuh, dan CEC diberi kuasa untuk memilih mana-mana anggota untuk menggantikan tempat anggota itu.

Kenyataan itu berkata tempat Goh dalam CEC akan diganti oleh ketua biro pekerja parti, A. Sivanesan, yang merupakan seorang peguam.


Amerika akan tembak pesawat penumpang diancam pengganas


Amerika Syarikat akan memintas dan jika perlu menembak mana-mana pesawat penumpang termasuk dari negara itu sendiri yang diancam pengganas sebagai langkah melindungi lebih banyak nyawa di darat, kata seorang pegawai kanan kerajaan Amerika hari ini.

"Itulah realiti kejam pada hari ini," kata Penolong Setiausaha Pertahanan bagi Keselamatan Dalam Negeri, Paul McHale dalam satu taklimat kepada wartawan dari enam agensi berita menjelang memperingati serangan pengganas pada 11 September 2001.

Demi melindungi negara, katanya, Amerika tidak membezakan sama ada pesawat seperti itu milik tempatan atau asing.

Menurut laporan Bernama, McHale tidak menjelaskan siapa yang akan memberi arahan menembak pesawat yang diancam pengganas itu kerana ia adalah rahsia.
Bagaimanapun, jika sesebuah pesawat dirampas oleh pengganas, keputusan yang penting perlu dibuat oleh beberapa pegawai kanan tentera.

Menurut McHale, ekoran serangan pesawat penumpang yang merempuh bangunan kembar World Trade Center di New York dan bangunan Pentagon di Washington, ancaman yang dihadapi Amerika Syarikat dalam abad ke-21 ini berlainan daripada yang berlaku semasa Perang Dingin.

Amerika, katanya, telah menyusun semula penguatkuasaan undang-undang dan tenteranya bagi membendung ancaman pengganas yang mungkin melancarkan serangan di beberapa lokasi.

Dalam berdepan dengan ancaman ini, tambahnya, Amerika memerlukan kerjasama negara lain daripada segi maklumat perisikan dan kemampuan operasi.


'SETERU KASTAM' DAKWA PELABURAN TNB DI INDONESIA RUGI


KUALA LUMPUR 8 SEPT : Ahli Parlimen Jasin yang juga terkenal sebagai 'seteru kastam' mahu satu siasatan dibuat terhadap pelaburan arang batu oleh Tenaga Nasional Berhad di Indonesia yang katanya boleh menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian RM300 juta.

Datuk Mohamed Said Yusof (BN-Jasin) berkata perkara itu perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana ia melibatkan syarikat milik kerajaan (GLC).

Katanya, TNB memegang 99 peratus ekuiti dalam PT Dasa Eka Jasatama (DEJ) untuk melombong arang batu di Kalimantan.

Bagaimanapun, ia dikatakan tidak mempunyai kuasa pengurusan dalam syarikat itu, sebaliknya dikuasai pemegang konsesi lombong berkenaan, Robert Priantono Bonosusatya, yang memiliki satu peratus saham.

Semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2007 di Dewan Rakyat hari ini, Mohamed Said berkata usahasama itu kini bermasalah yang boleh menyebabkan TNB menanggung kerugian besar.

Ini kerana TNB telah melabur USD$10 juta (kira-kira RM36 juta) dalam syarikat itu dan menerima tuntutan USD$77 juta lagi untuk kerja melombong dan pembelian peralatan, katanya.

"Pada 27 Mei, TNB dapat surat daripada Robert (Priantono Bonosusatya) supaya ia mengeluarkan semua kakitangannya daripada lombong itu kerana tidak ikut perjanjian.

"TNB juga telah cuba menghantar pegawainya untuk melawat lombong itu tetapi gagal mendapat visa kerana ia tidak ditandatangani oleh Robert yang merupakan pemegang konsesi," dakwa beliau.

Beliau berkata TNB juga tidak lagi menerima bekalan arang batu daripada lombong itu sejak April lepas dan terpaksa mengimportnya dari Australia dan Afrika Selatan.

Mohamed Said menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) menyiasat perkara itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau mendakwa masalah itu timbul selepas harga arang batu di pasaran antarabangsa melonjak daripada USD$27 kepada USD$50 setan, menyebabkan Bonosusatya meminta bayaran royalti yang lebih tinggi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59