Thursday, 7 September 2006

LAGI ISU MELIBATKAN KEPENTINGAN AGAMA ISLAM


Mualaf mohon ketepikan perintah halang Islamkan anak

KUALA LUMPUR 7 SEPT : Seorang saudara baru hari ini memohon kepada mahkamah supaya mengetepikan perintah sebelah pihak yang diperoleh isterinya yang bukan Islam yang menghalangnya daripada membawa dua anak mereka menganut Islam.

Pesuruhjaya Mahkamah Keluarga Datuk Aziah Ali mendengar permohonan T. Saravanan itu di dalam kamarnya semalam dan menetapkan Isnin ini untuk menyambung perbicaraan kes itu.

Pada 11 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah sebelah pihak kepada suri rumah R.Subashini yang menghalang Saravanan daripada menjadikan dua anak lelaki mereka, Dharvin Joshua, 3, dan Sharvind, setahun, sebagai penganut Islam sementara menunggu keputusan permohonan perceraian mereka.

Dalam permohonannya, Saravanan, yang nama Islamnya Muhammad Shafi Saravanan Abdullah, berkata perintah yang dikeluarkan kepada Subashini itu tidak sah kerana ia bercanggah dengan perintah sementara sebelah pihak yang dikeluarkan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 23 Mei yang memberi kepadanya hak sementara untuk menjaga Dharvin.

Katanya perintah itu tidak sah kerana ia diperoleh daripada Mahkamah Tinggi Sivil yang tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah berkenaan mengikut Seksyen Seksyen 121 (A) Perlembagaan Persekutuan yang memberi bidang kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah bagi perkara yang terletak di bawah bidang kuasanya.

Saravanan, yang bekerja sendiri, berkata beliau sedang menunggu keputusan perbicaraan dua kes yang difailkannya di Mahkamah Syariah permohonan untuk membubarkan perkahwinan dan permohonan mendapatkan hak penjagaan tetap terhadap anaknya.

Katanya Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan tentang penjagaan Dharvin, yang telah memeluk Islam bersamanya pada 18 Mei.

Dalam permohonan sebelah pihaknya, Subashini, bekas setiausaha, mendakwa suaminya cuba menyalahgunakan proses Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap Dharvin kerana dia, yang bukan penganut Islam, tidak layak untuk hadir di mahkamah itu.

Dalam affidavitnya, Subashini mendakwa dia dan suaminya menghadapi masalah rumah tangga dan percaya Saravanan mempunyai teman wanita ketika mula menghilangkan diri dari rumah mereka sejak Februari tahun ini.

Subashini menafikan bahawa Dharvin telah memeluk Islam kerana sebagai kanak-kanak, dia tidak mampu membuat keputusan tentang agama yang patut dianutinya.

Suri rumah itu mendakwa tidak pernah memberi persetujuan untuk anaknya memeluk Islam dan mengikut undang-undang, dia dan Saravanan perlu mencapai kata sepakat sebelum menukar agama anak mereka.

Subashini juga menafikan dakwaan Saravanan bahawa dia, ibu yang kasar serta sering menimbulkan masalah sejak mereka mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu berkahwin di Jabatan Pendaftaran Negara Petaling Jaya pada 26 Julai 2001

Sumber : The Star


MUSA GANTI BAKRI SEBAGAI KPN YANG BARU


KUALA LUMPUR 7 SEPT : Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru, menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Omar berkuatkuasa 12 September ini.

Pelantikan Musa telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah diperakukan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, merangkap Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pelantikan Musa, 55, dibuat berikutan tamatnya lantikan kontrak Mohd Bakri pada 11 September ini.

Musa yang berkelulusan undang-undang dari United Kingdom memulakan perkhidmatannya dalam pasukan polis sebagai Inspektor pada 11 November 1969.
Antara kursus yang pernah dihadirinya ialah dalam bidang kepimpinan dan pengurusan, Pemerolehan Risikan, Penguatkuasaan Dadah dan Undang-undang Narkotik.

Menurut laporan Bernama, sntara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Pegawai Pendakwa/Jenayah Melaka, Penolong Pengarah Bahagian Narkotik, Bukit Aman, Pensyarah Maktab Polis Kuala Kubu Baru, Pegawai Latihan di Bukit Aman dan Timbalan Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-undang Jenayah, Bukit Aman.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah I, Bukit Aman (2001), Ketua Polis Johor berpangkat Deputi Komisioner (2003) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (2004).

Musa dilantik sebagai Timabalan Ketua Polis Negara tahun lalu.

Sumber : Malaysiakini


Masyallah. Apa nak jadi dengan negara kita ini?





Gambar penggerak Kumpulan 11. Malik Imtiaz juga ada dalam gambar berdiri di barisan hadapan.

----------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" surah Al Asr ayat 1-3.

Saat mendukacitakan bagi umat Islam di Malaysia sudah tiba. Satu demi satu gerakan licik puak kafirun menampakkan hasil bagi menindas dan menjatuhkan martabat agama Islam. Namun umat Islam di Malaysia masih ramai yang lena di ulit mimpi indah duniawi sehingga tidak menghiraukan langsung tentang agama Allah yang semakin terhimpit.

Saya baru sahaja menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia di Putrajaya.

Soalan yang saya tanyakan kepada pegawai disana ialah, " Benarkah di sijil kelahiran bayi tidak lagi dinyatakan status agama bagi bayi tersebut?"
Jawapannya, "Benar. Bermula dari bulan Jun 2006. Ini adalah kerana bayi tersebut berhak menentukan agamanya sendiri apabila berusia 18 tahun."


Terkejut, geram, sedih, marah... semuanya bersarang di dada saya sekarang ini. Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini? Bukankah ini salah satu tuntutan dari memorandum yang dihantar oleh menteri-menteri kafirun kepada Perdana Menteri Hadhari dan juga salah satu tuntutan pihak Artikel 11?

Ke mana hala tuju negara Islam Hadhari ini sebenarnya? Kita di larang membincangkan isu Artikel 11, murtad dan isu-isu sensitif atas dasar perpaduan dan keselamatan negara. Di sebaliknya pihak kerajaan menurut apa saja yang di minta oleh pihak kafirun. Berapa lama lagi kita harus membiarkan diri kita dan umat Islam terus di tipu? Masih belum sedarkah kita? Sampai bila? Cuba kita pejamkan mata dan kita fokuskan ingatan kita pada wajah-wajah anak-anak kita. Sanggupkah kita membayangkan anak kita datang bertemu kita suatu hari nanti dalam keadaan murtad? Nauzubillah.

Sedarlah wahai umat Islam. Bangunlah. Paling tidak, bila tiba masa kita diberikan hak untuk mengundi memilih kerajaan... fikirkanlah semasak-masaknya. Janganlah hanya memandang kepada keindahan duniawi yang sementara ini. Janji dan omong kosong yang terbit dari mulut pemimpin yang langsung tidak mengambil berat dan melindungi agama Allah.

Sedarlah semua..........

Wallahua'lam

Dipetik dari Blog Niezam Pahang


PARLIMEN DIPENUHI DENGAN KAKI AMPU DAN BODEK


Kuala Lumpur 7 Sept : Malang sungguh rakyat Malaysia yang melantik Ahli-ahli Parlimen di kalangan yang suka mengampu dan membodek. Apa sahaja yang dilakukan oleh Ketua mereka semuanya betul belaka.

Maruah, integriti dan kredibiliti Ahli Parlimen sudah hilang dan berkubur disebabkan sifat yang jijik ini. Sifat berani kerana benar, menegakkan yang hak dan membantah yang batil sudah tiada lagi dalam kamus ahli-ahli Parlimen BN dan Islam Hadhari.

Semalam sekali lagi terbukti bahawa mereka ini sebenarnya sayangkan pangkat dan 'fulus' melebihi dari segala-galanya. Sepatutnya tuduhan dan dakwaan pembangkang sepatutnya disiasat dan diteliti bukannya menghentam dan memperlecehkan dakwaan tersebut.

Media melaporkan bahawa dua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mendesak pembangkang supaya berhenti membuat pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap anak sulung dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut mereka, penglibatan Kamaluddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin dalam bidang perniagaan tidak seharusnya dijadikan isu.

Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) berkata, beliau yakin dan percaya Perdana Menteri tidak akan membiarkan ahli keluarganya menyalahgunakan kedudukan beliau (Abdullah) sebagai pemimpin nombor satu negara.

Menurutnya, jika berlaku sebarang penyelewengan dikaitkan dengan anak dan menantu Perdana Menteri, ia seharusnya diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk siasatan.

‘‘Saya yakin Perdana Menteri sendiri tahu bahawa jika ahli keluarganya membuat salah, maka mereka perlu disiasat. Pihak pembangkang tidak perlu membuat tuduhan tidak berasas terhadap kedua-dua ahli keluarga Perdana Menteri.

‘‘Sebagai wakil rakyat, kita sendiri tidak mahu berlaku rasuah atau salah laku tetapi jika benar seseorang itu melakukan kesalahan, ia, perlu dikenakan tindakan,” katanya.

Mohd. Alwi berkata demikian ketika mencelah perbahasan Bajet 2007 oleh Salahudin Ayub (Pas-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Salahudin dalam perbahasannya membangkitkan mengenai pembabitan anak sulung dan menantu Perdana Menteri dalam bidang perniagaan dengan mendakwa kedua-dua ahli keluarga Abdullah itu mendapat projek kerajaan dengan menggunakan nama Perdana Menteri.

Mohd. Alwi berkata, beliau percaya Perdana Menteri tidak akan melepaskan sesiapa mahupun ahli keluarganya jika melakukan kesalahan.

‘‘Yang Berhormat (Salahudin) membangkitkan mengenai pembabitan anak Perdana Menteri dalam perniagaan. Perkara ini tidak salah kerana beliau (Kamaludin) hanya berniaga. Kalau berlaku apa-apa kesalahan buat laporan sahaja, jangan buat tuduhan,” ujar beliau.

Sementara itu, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) berkata, ahli Parlimen Pas itu tidak seharusnya membuat sebarang tuduhan liar mengenai ahli keluarga Perdana Menteri.

‘‘Kalau seseorang itu mengkritik, kita boleh terima tetapi apa yang Yang Berhormat katakan ini seperti satu tuduhan. Kalau apa yang diperkatakan ini hanya dengan khabar angin, ini sudah menjadi satu tuduhan.

‘‘Kalau Yang Berhormat ada bukti, cuba buktikan. Jangan buat tuduhan tidak berasas, ini akan makan diri sendiri,” katanya.

Inilah rupa sebenar mereka kerana Islam Hadhari mengajar mereka bahawa apa yang dilakukan ketua mereka semuanya benar dan betul belaka.


INDEKS JENAYAH MENGGERUNKAN KITA (JANUARI - MAC 2006)


Indeks jenayah yang dikeluarkan oleh PDRM amat menggerunkan kita. Cuba saudarakan amati statitik di bawah ini.

INDEKS JENAYAH
Januari - Mac 2006


JENAYAH KEKERASAN

BUNUH
152

ROGOL
586

CABUL KEHORMATAN
478

SAMUN BERKAWAN BERSENJATA API
35

SAMUN BERKAWAN TANPA SENJATA API
662

SAMUN BERSENJATA API
85

SAMUN TANPA SENJATA API
4554

PEMERASAN
436

UGUTAN JENAYAH
1615

MERUSUH
577

MENCEDERAKAN (SEK. 323)
1691

MENCEDERAKAN (SEK.324 - 326)
1339

JUMLAH
12210




JENAYAH HARTA BENDA

CURI
8513

CURI VAN/LORI/JENTERA BERAT
1548

CURI MOTOKAR
2570

CURI MOTOSIKAL
14937

CURI RAGUT
2645

PECAH RUMAH SIANG HARI
2021

PECAH RUMAH MALAM HARI
4726

JUMLAH
36960

JENAYAH KOMERSIL
JUMLAH

TIPU
1174

PECAH AMANAH JENAYAH
488

JENAYAH KOMPUTER
69

JUMLAH
1731




JENAYAH NARKOTIK

MENGEDAR
257

MEMILIKI
4958

JUMLAH
5215


JUMLAH JENAYAH INDEKS
56116


AS KECUT DENGAN KEHEBATAN SENJATA IRAN










TANDINGI AMERIKA: Jet pejuang Iran, Saegheh dikatakan
mengatasi kemampuan F-18 milik Amerika Syarikat.


TEHERAN 7 SEPT : Iran semalam mengumumkan dua kehebatan ketenteraannya apabila menunjukkan jet pejuang terbarunya yang didakwa lebih hebat daripada jet pejuang F-18 Amerika Syarikat serta bom kawalan jauh seberat 900 kilogram.

Jet pejuang itu dikenali nama Saegheh atau kilat, manakala bom itu ‘Ghased’ atau bermaksud ‘Perutusan.’ Kedua-dua pelengkap ketenteraannya itu adalah sebahagian daripada usaha Teheran mempertingkatkan kekuatan pertahanannya.

Jet pejuang yang dipamerkan dalam satu latihan tentera besar-besaran di negara Islam berkenaan juga dikatakan mampu melancarkan roket, menggugurkan bom selain dilengkapi sistem radar terkini.

“Pesawat pengebom Saegheh itu sama seperti F-18 tetapi jauh lebih kuat. Reka bentuknya dan keupayaannya dipertingkatkan oleh pakar Iran sendiri. Kami yang merekabentuk dan menghasilkannya dengan usaha sendiri. Tiada negara asing terbabit membantu usaha itu.

“Malah, ia kini secara rasminya menjadi sebahagian daripada kekuatan angkatan tentera mulai hari ini,” kata pegawai kanan tentera Iran, Jeneral Attollah Salehi yang dipetik agensi berita rasmi IRNA.

Pasukan tentera udara Iran melancarkan Saegheh selepas beberapa penerbangan ujian sebelum ini.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Mostafa Mohammad Najjar yang dipetik agensi berita ISNA berkata, bom kawalan jauh itu juga hasil usaha anak tempatan.

“Selaras usaha Iran meningkatkan keupayaan pertahanan, kami merangka dan mengeluarkan sendiri bom kawalan jauh seberat 2,000 pound berkenaan,” katanya.

Bom itu lazimnya menggunakan teknologi laser supaya lebih tepat mengenai sasaran. Bom jenis itu juga banyak digunakan oleh tentera udara negara lain.

Pihak tentera darat, udara dan laut Iran mempamerkan kehebatan masing-masing termasuk peralatan barunya sejak sebulan lalu dalam Latihan Tentera Zolfaghar Blow yang kebetulan timbul ketika Teheran menjadi sasaran kecaman kerana program nuklearnya.

Sementara itu sumber-sumber dalaman Iran dilaporkan menyatakan kira-kira 2 juta pemuda sudahpun mendaftar diri untuk menjadi pengebom berani mati jika Amerika menyerang Iran. Ini merupakan tamparan hebat bagi Amerika yang mana askarnya terkenal dengan takut mati dalam menghadapi peperangan.

SYABAS IRAN


PAS KAWASAN BUKIT KATIL LANCARKAN PROGRAM IHYA RAMADHAN 17 SEPT.


BUKIT KATIL 7 SEPT : PAS Kawasan akan melancarkan Porgram Ihya Ramadhan pada 17 September ini bertempat di Markaz PAS Bukit Katil di sini. Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Urusan Ulama' Kawasan, Us. haji Abu Bakar Ramli (Gambar) ketika ditemui selepas mesyuarat AJK pelaksana program Ihya Ramadhan di sini malam tadi.

Us. Hj Abu Bakar juga menyeru seluruh kepimpinan PAS Cawangan-cawangan di dalam kawasan ini akan menghadiri program pelancaran Ihya Ramadhan tersebut yang akan bermula pada pukul 7.00 malam di mana ianya akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan taklimat program dan Tazkirah oleh Us Salehuddin Mohd Nasir, TYDP PAS Kawasan Gombak.

Antara pengisian yang akan dijalankan bersempena dengan program ini ialah Iftar Jamaie, Tazkirah Ramadhan, Bantuan Kebajikan, Kuliah Subuh, Tamrin Kepimpinan dan sebagainya.


MAT REMPIT DAN MAT CEMERLANG PEMUDA Umno


Tedin Ng, 51, memerhatikan kerosakan pada kenderaannya yang dirosakkan dan dipecah masuk awal pagi Rabu lalu oleh sekumpulan mat rempit. (Gambar)


Menjelang November, Putera Umno bakal menukar imej ganas golongan mat rempit menjadi Mat Cemerlang dan berharap mereka akan dipulihkan.

Namun, kejayaan usaha ini masih menjadi tanda tanya. Apakah setakat menjenamakan semula nama Mat Rempit kepada Mat Cemerlang akan menyelesaikan masalah.

Kita semua sudah lali dengan Pemuda Umno. Kebanyakan aktiviti mereka hanya untuk mencari publisiti dan juga untuk menarik golongan sasaran mereka menyertai Pemuda dan Putera Umno.

Bagaimana dengan gejala sosial, gejala murtad, gejala hedonisme dan sebagainya. Mana pergi Pemuda Umno dalam isu ini?

Sebagai langkah permulaan, timbalan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ketua Putera Umno Datuk Abdul Azeez Rahim mendekati lebih 1,500 mat rempit di Dataran Merdeka pada hujung minggu dengan harapan untuk membawa perubahan kepada golongan ini.

Malangnya, awal pagi Rabu lalu sekumpulan penunggang motosikal mengganas di Jalan Medang Serai, Bangsar, dengan memecahkan cermin kenderaan penduduk di situ yang melaung kepada mereka supaya tidak membuat bising. Bukan salah penduduk berkenaan kerana berbuat demikian -- kejadian tersebut berlaku pada jam 5 pagi!

Jadi, mengapa Putera Umno merasakan imej mat rempit ini masih boleh diselamatkan? Jika dilihat pada insiden-insiden kebelakangan ini, tidak mungkin masyarakat umum akan menyokong golongan yang dianggap sebagai pembawa masalah kepada mereka.

Azeez yakin beliau mampu melakukannya, dan merancang untuk menganjurkan satu karnival November ini dalam usaha untuk menjenamakan semula mat rempit menjadi Mat Cemerlang. Pergerakan itu juga merancang untuk menubuhkan kelab-kelab bagi golongan ini bagi membolehkan aktiviti mereka dipantau.

Apakah dengan menubuhkan kelab-kelab sebegini tanpa pengisian agama dan akhlaq akan dapat menukar imej dan perangai Mat Rempit yang hanyut dibuat keseronokan tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain.?

Diharap pergerakan ini akan membuat kajian secukupnya sebelum dibeban oleh tugas yang dicari oleh mereka sendiri.

Pertama -- mat rempit, atau pelumba haram jalanan, mendapat keseronokan dengan mengingkari perintah pihak berkuasa. Jika tidak, mengapa mereka berkumpul segenap dinihari (perhimpunan tersebut sudah jelas haram) dan berlumba sesama mereka di jalan-jalan umum, yang juga salah di sisi undang-undang.

Kedua, pihak polis melalui ketua Penguatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur DSP Tan Hiap Seng, telah mendifinisikan mat rempit sebagai penunggang muda yang menunjukkan aksi bermotosikal dan pada masa yang sama membahayakan diri mereka dan pengguna jalanraya lain.

Putera Umno perlu mendapatkan pandangan pihak lain sebelum memulakan aktiviti reformasi ini. Pandangan tokoh agama, ilmuwan, Polis dan sebagainya mesti diambil kira. Jangan mengambil langkah dengan hanya mengikut logik akal semata-mata. Kita tahu bahawa sudah menjadi kezaliman bahawa Umno tidak suka mengambil pendekatan agama dalam apa juga masalah yang dihadapi.

Sebagai contoh, mereka harus mendapatkan pandangan ulama dan cerdik pandai agama dalam menangani apajuga permasalahan akhlaq dan moral remaja. Pandangan Polis juga perlu diambil kira kerana Polis sudah masak dengan perangai dan tingkah laku pelumba ini, apatah lagi sebahagian daripada mereka cedera parah semasa menjalankan tugas.

Salah satu sumber yang baik adalah masyarakat dan pengguna jalan raya sendiri. Siapa di antara kita yang tidak memandang mat rempit dan pelumba haram beroda empat sebagai ancaman keselamatan? Lebih-lebih lagi apabila kita melihat penunggang motosikal menongkah aliran trafik di jalan yang sibuk untuk melepaskan diri dari tindakan pihak berkuasa.

Putera Umno memberi alasan sukar bagi kita untuk menghalang mat rempit memenuhi kemahuan mereka. Hal ini perlu diperjelaskan lagi, kerana sudah jelas kemahuan mereka adalah berlumba di jalan-jalan umum, yang melanggar undang-undang.

Seperkara lagi yang perlu diperjelaskan adalah mat rempit ini tidak lagi dilihat sebagai satu ancaman, dan analogi yang digunakan adalah -- jika tidak boleh lawan, jadikan kawan -- sudah jauh menyimpang daripada matlamat asal.

Ada juga nilai yang boleh kita pelajari daripada kumpulan remaja ini, seperti setiakawan. Ya, hubungan mat-mat rempit ini sangat akrab, seperti yang pengajaran yang diperolehi penduduk Jalan Medang Serai apabila kenderaan mereka dirosakkan kerana menyuruh mereka jangan membuat bising pada dinihari.

Mungkin opsyen yang lebih baik bagi pergerakan itu adalah untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini.

Cadangan-cadangan seperti mendapatkan lesen daripada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mat rempit ini adalah satu langkah permulaan yang baik, namun aspek yang lebih penting untuk diambil perhatian adalah kaedah untuk mendidik mereka.

Cadangan menutup jalan-jalan supaya mereka boleh berlumba sesama mereka tidak boleh digunapakai sama sekali. Ia hanya akan membawa lebih banyak masalah dan setentunya memberi gambaran buruk terhadap negara ini di kalangan pelancong, baik dari dalam mahupun luar negara.

Dan pastilah, tindakan menghalalkan perlumbaan-perlumbaan seperti ini akan menggalakkan lebih ramai remaja menggadai nyawa dan tubuh badan demi gelaran jaguh kampung.

Menarik mereka menyertai kelab-kelab adalah satu idea yang baik, tetapi bagaimana kaedahnya untuk mengawasi aktiviti-aktiviti haram? Mat rempit menceburi gelanggang ini untuk nama, wang dan seks -- bolehkah masyarakat kita menyediakan semua ini?

Seperkara lagi yang menjadi persoalan adalah sama-ada mereka akan berubah walaupun aktiviti mereka dihalalkan? Satu wawancara televisyen dengan beberapa orang mat rempit ini tidak lama dulu mendedahkan golongan ini mendapat keseronokan apabila berjaya melanggar undang-undang.

Isu ini adalah tugas yang sukar untuk diperjelaskan oleh Putera Umno. Di atas kertas, usaha pergerakan ini untuk mendekati remaja di dalam sub-budaya ini adalah satu usaha yang baik, tetapi apa yang ingin dilihat oleh masyarakat adalah pencapaiannya.

Apa yang harus ditangani oleh pergerakan ini adalah sikap "anti-establishment" mat rempit ini apabila mempersoalkan isu hormat kepada undang-undang. Akhirnya, pergerakan ini tidak akan mendapat apa-apa manfaat jika golongan yang ingin mereka dekati ini terus melanggar undang-undang.

Oleh sebab itu, Putera Umno harus mencapai satu penyelesaian komprehensif terhadap masalah ini. Satu penjenamaan semula bunyinya bagus, tetapi setakat itu sahajalah.


LAPORAN AUDIT NEGARA DI PERTIKAI


ALOR STAR 6 SEPT : Kerajaan Kedah keliru dengan laporan audit negara yang menyebut negeri ini hanya membelanjakan sebanyak 32 peratus daripada peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8).

Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata laporan itu berbeza dengan laporan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri yang menyebut negeri itu telah membelanjakan sebanyak 80 peratus dari peruntukan itu.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mendapatkan laporan penuh Ketua Audit Negara 2005 untuk diteliti.

"Saya tidak pertikai laporan Ketua Audit Negara, cuma saya perlu mendapatkan laporan penuh. Kalau betul laporan itu, kita mengaku saja, buat apa kita hendak malu," katanya kepada para pemberita ketika diminta mengulas laporan Ketua Audit Negara 2005 hari ini.

Laporan itu antara lain menyebut bahawa Kedah membelanjakan sebanyak RM1.1 bilion berbanding peruntukan sebanyak RM3.6 bilion yang diluluskan kepada sembilan jabatan di negeri ini.

Nampaknya kerajaan Islam Hadhari cuba nak berselindung dari fakta sebenar. Laporan Jabatan Audit Negara iaitu suatu agensi kerajaan sendiri hendak dipertikaikan. Apatah lagi kalau fakta itu datang dari pembangkang sudah pasti ia ditolak mentah-mentah. Bukannya mereka hendak bermuhasabah dan memperbetulkan segala kesilapan malah mereka menempelak dan mempertikaikan kebenarannya laporan audit tersebut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59